SOALAN
Tuan, saya tinggal bersama emak mertua. Tiap-tiap hari dia akan berleterkan anak tiri saya, saya mudah terasa. Kadang-kadang saya selalu mendiamkan diri dan malas untuk berbual dengannya kerana apabila bercakap akan menyakitkan hati saya. Jadi lebih baik saya diam. Bagaimanakah caranya untuk saya boleh menerima dia sebagai emak mertua yang paling saya sayangi. Terima kasih.
HAMBA ALLAH
smtinggi@tm.net.my
JAWAPAN
Assalamualaikum wmt;
Ini adalah perkara biasa bagi orang tua. Oleh itu banyakkanlah bersabar. Cuba selesaikan perkara ini melalui perbincangan. Tanya dia apa sebab dia selalu marah terhadap anak tiri puan. Kalau puan yang bersalah, mintalah maaf kepadanya. Kemudian gembirakanlah hatinya selalu dengan melakukan perkara-perkara yang menyukakan hatinya. Insya Allah dian akan berhenti berleter.
Bacalah doa ini setiapkali lepas solat :
Maksudnya : Ya Allah; Satukan hati-hati kami, dan damaikanlah persengketaan sesama kami, dan tunjukkanlah bagi kami jalan-jalan kesejahteraan, dan selamatkanlah kami dari kegelapan kepada cahaya, dan jauhkanlah kami daripada perkara-perkarafahsyaa (mungkar) yang zahir dan yang batin, dan berkatilah pendengaran-pendengaran kami, penglihatan-penglihatan kami, hati-hati kami , isteri-isteri dan suami-suami kami,, zuriat-zuriat kami, danterimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat dan Maha Mengasihani, dan jadikanlah kami dari kalangan mereka yang mensyukuri nikmatmu, memujimu dengannya dan menerimanya serta sempurnaknlah nikmat-nikmatmu ke atas kami.
[Hadis ini dikeluarkan oleh al-Hakam di dalam al-Mustadrak dan beliau menyatakan sohih berdasarkan syarat Imam Muslim dan dipersetujui oleh Azzahaby 1/265]
Sekian Wassalam