SOALAN
Assalamualaikum...Dr,
Saya telah berkahwin selama 7 tahun dan mempunyai 3 orang anak berusia dlm lingkungan 2 - 6 tahun. Masalah saya ialah saya terlalu sensitif. Sensitif dari segi perasaan iaitu terlalu mudah mengalirkan airmata. Contohnya: bila saya terlalu marah, nak berterus-terang dengan suami akan sesuatu keadaan walaupun bukan silap saya, menonton cerita-cerita yang ada adegan menangis, melihat kesusahan hidup seseorang. Saya menjadi begini sejak kematian bapa saya lebih kurang 5 tahun yang lalu.
Sebelum itu saya adalah seorang yang agak keras hati, in the sense of tak mudah mengalirkan airmata. Bolehkah Dr. berikan panduan dari segi nak control perasaan yang sebegini. Kalau boleh berikan doa-doa yang boleh dijadikan amalan seharian terutamanya bagi mengubati 'penyakit'saya ini.
Hamba Allah Jln. tun razak
JAWAPAN
walaikumussalam..
puan,
1. Sentiasalah berzikir kepada Allah kerana dapat menenangkan hati.
2. Lupakan peristiwa sedih yang lampau dan redhalah dengan Qada' an Qadar.
3. Sentiasa berfikiran positif dan bertawakkal kepada Allah.
4. Membaca doa ini setiap kali selepas solat dan ketika puan berasa sedih:-
Maksudnya: Ya Allah tuhan yang maha hidup, Tuhan Yang Maha Berdiri sendiri Tanpa pertolongan makhluk, aku memohon bantuan dengan rahmat-Mu, Bakilah segala urusanku janganlah Engkau meninggalkan aku tanpa sebarang pertologan.
[ Hadis disohehkan oleh Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi (1/545), Soheh At-Targhiib Wat-Tarhiib: Al-Albany (1/273) }