MINTA BIMBINGAN

 

assalamualaikum dan salam kesejahteraan ke atas semua.

disini, saya ingin meluahkan kepada klinik hati tentang masalah saya yang saya hadapi tentang teman sejati. dulu sewaktu menuntut di itm melaka, saya telah menjalin hubungan dengan seorang muslimat yang begitu taat dengan perintah Allah s.w.t. tapi hubungan yang dianggapkan petang higga ke petang tidak kesampaian kerana ribut taufan di tengahari. ia disebabkan oleh perasaan terlalu merendah diri saya yang saya kerapkali ajukan kepada si dia yang membuatkan si dia pun terfikir bahawa si dia perlu mencari orangyang benar- benar boleh membimbingnya ke jalan yang diredhai Allah. saya terkilan kerana selama ini saya mengharapkan bahawa ada orang yang dapat memberikan kekuatan kepada saya dengan membimbing saya, tapi sebaliknya si dia yang saya kagumi berharapkan perkara yang sama. dekat dua tahun ia berlalu, kenangan lama masih erat bertaut. saya yang dianggap seorang yang manja, kekadang keanak- anakkan dan penuh dengan perasaan kasih sayang ini merasakan saya perlu bimbingan dari seorang wanita yang boleh membina semula kekuatan dan menunjukkan jalan yang lurus kepada
saya dalam menghadapi hidup ini. apakah pendapat pihak klinik_hati ?
sekian terima kasih.

joe hann

JAWAPAN

Akhi Fillah:-

Terima kasih kerana sudi bersama klinik hati dan juga diatas persoalan yang dikemukakan

Terlebih dahulu klinik hati bersimpati di atsa apa yang di alami oleh saudara dan harapan klinik hati agar saudara terus sabar dalam menempuh hari-hari yang akan mendatang .

Akhi Fillah:-

Menjawab persoalan yang dikemukakan oleh saudara , klinik hati ingin bertanya dahulu ,adakah si dia menolak saudara adalah di atas dasar sikap 'rendah diri' yang ada pada diri saudara? Atau sebab-sebab lain? Namun jika hal yang demikian adalah seperti yang diceritakan, maka kilnik hati berpendapat-mungkin ianya benar dan boleh dijadikan panduan ,jika tidak harap maaf- bahawa sikap 'rendah diri ' sememangnya baik. Akan tetapi jika ianya keterlaluan akan membawa kepada kemudharatan. Oleh itu cuba pastikan waktu yang sesuai untuk kita merendah diri. Sebagai contohnya dalam satu peperangan seorang sahabat berjalan dengan keadaan bongkak, lalu Rasullallah bersabda kalaulah dalam hal selain ini -iaitu peperangan-nescaya aku tidak izinkan. Jadi disimpulkan daripada hadis ini ada beberapa ketika yang perlu kita buang sikap 'rendah diri'. Tetapi perlu diingat bahawa klinik hati tidak menggalakkan saudara menjadi bongkak , takabur dan tidak merasa 'rendah diri' langsung ,akan tetapi pilih waktu yang sesuai. Sebagai contohnya apabila kita diminta untuk mebimbing atau memberi nasihat , cuba berikan sekadar yang mampu . Dalam hadis yang lain Nabi menyebut: Apabila kamu diminta memberi nasihat , maka berilah" . Bahkan ia adalah kewajipan seorang muslim. Seringkali kita melihat ramai dikalangan kita apabila diminta memberi nasihat dia berdalih dengan katanya "iskh! Saya tak mampu la" . sebenarnya kata-kata ini kadangkala bukan menunjuk kepada rendah diri sebaliknya melepaskan diri.

Masalah untuk menunjuk jalan yang lurus pula tak semestinya diberi tugas ini sepenuhnya kepada wanita/isteri malah kadang-kadang saudara sendiri berupaya atau diperolehi daripada kawan-kawan atau alim ulama yang dikenali. Cuma persoalannya kita hendak ataupun tidak. Hatta jika bersama isteri sekalipun ia adalah tanggungjawab bersama. Kilnik hati cuma dapat syorkan agar wujud sifat suka menerima nasihat dan memberi nasihat sesama ahli keluarga . Oleh yang demikian jika saudara masih berpeluang untuk bersama si dia cuba jelaskan hal ini dengan sebaik mungkin . Insya-Allah kemunkinan si dia bersedia memahami.

Selain itu sikap manja,keanak-anakkan dan sikap kasih sayang adalah sikap fitrah yang wujud dalam diri manusia . Walau bagaimana sekalipun saudara berusaha ianya tak dapat dihilangkan .akan tetapi dapat dikurangkan . Oleh yang demikian kilnik hati mengesyorkan agar ianya dikurangkan dan di sampaing itu ia bukanlah penghalang untuk saudara membimbing orang lain. Membimbing adalah satu tanggungjawab yang perlu ditunaikan . kepada mereka yang memerlukan tak kralah siapa mereka itu. Jangan jadikan alasan sikap 'manja,keanakan dan kasih sayang' untuk saudara mengelak diri dari membimbing dan mengharap bimbingan orang lain. Sebagai contoh yang paling dekat kita lihat Nabi besar kita dia adalah seorang kasih kepada isteri baginda diwaktu yang sama baginda memimpin rumahtangga dan negara.

Akhirnya ,klinik hati memohon maaf sekiranya jawapan yang saudara kehendaki bukan berbentuk sedemikian , ini sahaja yang yang dapat klinik hati jelaskan. Maaf sekali sekiranya lagi andaikata klinik hati tidak memahami persoalan dan perhatian yang diberikan.Klinik hati mendoakan agar saudara beroleh apa yang saudara citakan.Amin.

Sekian , terima kasih.

Walaikumussalamwarahmatullah

Ar-rijaalu qawwamuuna a'lan nisaa'

"Orang lelaki adalah ketua-ketua bagi wanita" (surah An-Nisa' )