BIMBINGAN

SOALAN

Assalamualaikum..w.b.h.,

Alhamdullilah, saya bersyukur kehadrat Allah S.W.T. kiranya segala tulisan saya mendapat perhatian & sudilah kiranya dapat membimbing dan membantu semampu.

( masalah seorang ibu dalam mendidik anak yang nakal dan menghadapi sedikit selisih faham dengan ibu dan sudah berpsah dengan suami) ringkasan soalan oleh pihak klinik hati.

Kenakalan anak saya mungkin berpunca dari sikap saya yang berlembut dgnnya. Masa yg saya habiskan dipejabat (bekerja) dan dirumah dgn kerja rumah juga peruntukan masa yang pendek sewaktu bersamanya...menyebabkan saya BIMBANG Tidak dapat menjadikannya Insan yg TERBAIK WALAUPUN ADALAH MUSTAHIL KEPADA INSAN YG SEMPURNA.(INSAN YG SEMPURNA TIADA LAIN SELAIN NABI JUNJUNGAN KITA, MUHAMMAD S.A.W.) Saya ingin menjadikanya Insan yg Soleh, Berakhlak, Berfaedah, Berjaya, Bijaksana Dan Ciri-Ciri yg Terpuji.Tapi dgn Persekitaran sekarang adalah Menyedihkan....Tolonglah Saya.

Walaupun....Kata-kata itu hanya layak diucapkan sewaktu berdoa kpd Allah S.W.T. tapi kita disuruh berusaha....jadi usaha yg saya fikirkan ialah menceritakan masalah ini utk sama-sama dikongsi dan menyelesaikannya.

Semuga Allah S.W.T. membuka jalan kepada kita kejalan yg DiREDHAI.

AMIN.

 

JAWAPAN

 

Terima kasih atas kiriman surat buat klinik hati.

Klinik hati memohon kemaafan atas kelewatan membalas surat tersebut kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan . Ini kerana pihak klinik hati sibuk dengan peperiksaan akhir.

'ibu':-

Berhubung dengan persoalan yang 'ibu' kemukakan , terlebih dahulu klinik hati mengucapkan berbanyak syabas atas kesabaran yang ditunjukkan dalam menghadapi masalah yang datang dan tidak mengambil sikap melarikan diri daripadanya.Hakikatnya , setiap masalah mempunyai hikmatnya yang tersendiri. Cuma kadangkala kita menyedari hikmah tersebut, akan tetapi di waktu yang lain kita tidak menyedarinya. Sesungguhnya Allah dalam menguji kekuatan iman hambanya dia datangkan ujian tersebut dalam bentuk bala/masalah dan ada juga ujian dalam bentuk nikmat. Oleh itu jika kita diberi nikmat hendaklah kita bersyukur sesuai dengan firmannya yang bermaksud " kalau sekiranya kamu bersyukur nescaya kami akan tambahkan lagi nikmat tersebut". Namun jika kita didatangkan masalah haruslah kita bersabar seperti sabda baginda Rasulallah " sebaik-baik sabar adalah ketika kita ditimpa bala/ujian".

Tidak dapat dinafikan bahawa anak merupakan anugerah dan amanah buat kita . Tugas untuk mendidiknya bukanlah satu perkara yang mudah. Namun kita terpaksa mendidiknya agar dia bersedia untuk mendoakan bagi kita ketika didalam kubur kelak sepertimana hadis Nabi besar kita ; " sesungguhnya apabila mati seorang anak adam itu maka terputuslah amalan perbuatannya kecuali tiga perkara : sedekah yang jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh yang mendoakan buat kedua ibu bapanya"

Oleh yang demikian kita perlu berusaha lebih keras dalam mendidiknya supaya hasil yang kita harapkan dapat dinikmati di akhirat kelak.

'Ibu',

Sebagai ibu yang tunggal , bukanlah perkara mudah untuk mendidik anak . Namun begitu jikalau 'ibu' benar-benar bertekad untuk menharungi lautan cabaran dalam mendidik anak 'ibu' dan ingin membuktikan kepada anakdan juga masyarakat bahawa 'ibu' adalah seorang ibu yang kuat dan cekal demi melihat anak yang soleh , Insyaallah klinik hati yakin 'ibu' akan berjaya . Cuma ianya menuntut kecekalan dan kesabaran disamping berusaha tanpa persaan putus asa.

Klinik hati cadangkan kepada 'ibu' agar membina wawasan tersendiri bagi diri 'ibu' dan anak 'ibu' disamping tidak lupa kewajipan kepada yamg maha esa ditunaikan . Dari situ mulakan langkah 'ibu' bagi memenuhi wawasan tersebut berlandasan landasan yang benar. Luangkan masa yang sedikit yang 'ibu' ada sepenuhnya kepada anak 'ibu'.

Dalam masa bersama-sama anak ibu kami cadangkan;-

Cuba didik anak 'ibu' kepada ketaatan kepada Allah, Rasulnya dan juga kedua ibu bapa sepertimana apa yang dikisahkan oleh Allah dalam Al-Quran tentang kisah Luqman Al-Hakim dalam mendidik anaknya dia berkata : " Wahai anakku ! janganlah kamu sekutukan Allah " dan lain-lain lagi . (Tolong baca tafsir surah Al-Luqman) . Kedua, ajarlah dia ajaran islam yang sebenar sekadar yang mampu secara sendiri atau dengan meminta bantuan dari mereka yang berkemampuan dan suruh serta galakkan dia agar dia beramal dengan amalan tersebut .Tanamkan segala sifat yang mahmudah ( terpuji) kepada anak ibu seperti bercakap benar dan sebagainya. Ceritakan kisah-kisah yang boleh membentuk peribadinya seperti kisah-kisah nabi-nabi. Ambil berat tentang persekolahannya serta perhubungannya dengan kawan-kawan persekolahannya . Ini kerana kawan adalah cermin bagi seseorang. Tunjukkan rasa kasih sayang kepadanya . Manakal persoalan berlembut mestilah kena pada tempatnya . Ingatlah pepatah yang menyatakan " kalau kita simpan rotan , anak itu akan rosak" ( spare the rod, spoil the child)

Selain itu , tunjukkan kepada anak 'ibu' Qudwah (contoh) yang terbaik agar diikuti.

Akhir sekali , klinik hati doakan agar ibu berjaya dalam melahirkan anak yang soleh.

Sekian, terima kasih.