SOALAN
Saya, Mariam ingin bertanya
1. Bagai mana cara untuk mendidik diri agar patuh dan bersikap lembut pada suami?
2.Apakah doa-doa untuk menjadikan anak-anak
i. patuh
ii. cerdas
iii.solehah
sekian Wassalam
JAWAPAN
Saudari;-
Merhormati suami amat dituntut didalam Islam . Dalam sebuah hadis hadis Nabi besar kita pernah bersabda dengan sabdanya " sekiranya jika diizinkan manusia sujud sesama manusia nescaya aku perintahkan agar isteri sujud kepada suami ". (- Sujud sesama manusia tidak boleh dalam Islam kerana akan membawa kepada syirik ) . Jelas dalam hadis ini bahawa isteri diminta taat kepada suami.
Namun begitu tidak dapat dinafikan bahawa disana terdapat fenomena dimana isteri tidak taat dan patuh kepada suami. Oleh yang demikian hal ini perlulah di selesaikan dengan jalan yang terbaik.
Apa yang saudari persoalkan tentang bagaimana cara hendak patuh pada suami kami cadangkan :
1 ) Cuba hayati/praktikan ajaran Islam tentang cara hidup suami isteri .
2 ) Kedua . Tanyakan persoalan ini dalam diri saudari:-
a ) Adakah anda merasa kekurangan pada suami saudari yang patut disempurnakan.
b ) Adakah suami saudari tidak mempunyai ciri-ciri yang saudari inginkan.
c ) Adakah dia suka meyakiti saudari
d ) Adakah dia kurang sensitif dengan kehendak saudari
Selepas saudari menjawab persoalan tersebut, cuba bincangkan deangan suami anda secara terus terang untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Pastikan saudari lakukan dengan bijaksana supaya mesej yang hendak disampaikan difahami dan diterima secara positif.
Apabila masalah ini diselesaikan secara bersama , Insya-Allah dengan sendirinya saudari akan tahu memainkan peranan sebagai seorang wanita yang berlemah lembut serta taat kepada suami.
Bagi mengekalkan kehaomonian rumahtangga saudari, klinik hati syorkan agar saudari membaca buku-buku tentang tanggungjawab seorang isteri yang solehah dan kisah-kisah isteri para nabi dan orang soleh, bagaimana mereka mengharungi kehidupan mereka .
Akhir sekali klinik hati berdoa sempga saudari tergolong dalam golongan yang taat dalam menjalankan perintah Allah dan Rasulnya di samping memainkan tugas sebagai isteri dengan sebaik-baiknya.
Persoalan yang kedua ;-
Mengenai Doa agar anak menjadi patuh ,cerdas dan solehah .
Sebenarnya sebarang doa yang dipohon kehadrat ilahi diketahui oleh yang maha Esa . Ini kerana ia maha mendengar lagi maha mengetahui. Tidak kira samada doa itu dalam bahasa melayu ataupun arab. Yang penting dalam doa tersebut perlulah ada keikhlasan yang jitu bahawa apa yang kita pohon hanya yang menunaikan adalah tidak lain tidak bukan ialah ALLAH . Selum klinik hati memberi beberapa doa terlebih dahulu kilnik hati ingin menasihati kerana sabda nabi " ingat memperingatilah, sesungguhnya peringat memperingati itu memberi manafaat kepada orang yang mukmin"
Dalam kita berdoa perlulah kita sertai dengan usaha . Oleh yang demikian ,dalam usaha menjadikan anak supaya patuh ,klinik hati menyarankan agar :-
Didiklah mereka tentang adab-adab terhadap ibu bapa, orang-orang tua dan lainnya. Jangan sekadar mengharap didikan guru-guru disekolah sahaja. Pendidik yang terbaik adalah ibu sendiri. Tegur kesilapan mereka dengan cara yang paling berhikmah. Ajarkan adab-adab dan didikan Islam. Nasihatilah mereka dengan cara yang terbaik tidak tengking menengking contohnya dan lain-lain lagi.
Dalam masalah cerdas , berilah mereka aktiviti-aktiviti yang kreatif serta meniliti kegemaran mereka. Sediakan aktiviti mengikut kegemaran mereka disamping menyediakan kegiatan yang berfaedah.
Bagi mendidik anak agar ianya soleh, pastikan mereka solat sebaik-baiknya berjemaah bersama kita . Bacakan kepada mereka buku-buku agama serta kisah-kisah nabi atau para solihin.Pastikan pengetahuan agama untuk mereka tidak diabaikan.
Antara doa yang boleh diamalkan.;-