TAWAKKAL

SOALAN

Assalamu'alaikum wbt. dan salam sejahtera.Dr. Muhazzibun Nufuus,

Bolehkah dr. terangkan kepada saya mengapakah dikatakan bertawakal itu mendapat satu kepujian tinggi disisi Allah?Sekian terima kasih,

Raja Fadzil
kingfad@hotmail.com

JAWAPAN

Wa'alaikumussalam wbt.

Ya ! orang yang bertawakkal mendapat kepujian yang tinggi di sisi Allah swt. kerana;

  1. Tawakkal merupakan puncak iman.
  2. Ia juga menunjukkan bahawa orang yang bertawakkal itu mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah swt.
  3. Tawakkal dapat merealisasikan tauhid.
  4. Tawakkal juga boleh menambahkan iman.
  5. Tawakkal merupakan separuh daripada agama.
  6. Ia dapat menenangkan hati.
  7. Tawakkal adalah tanda kita redha terhadap apa yang ditetapkan oleh Allah swt.
  8. Dan ia juga berkait rapat dengan nama-nama Allah swt. al-Husna dan sifat-sifatnya yang Maha Tinggi.
  9. Tidak sempurna iman seorang yang tidak bertawakkal kepada Allah swt.
  10. Tawakkal meggalakkan seseorang itu berusaha bersungguh-sungguh dan tidak berputus asa.


  1.