MALU UNTUK BELAJAR

SOALAN

Assalamualaikum...Doktor,

Saya berusia 22 tahun dan saya ingin mengemukan masalah saya pada doktor. Masalah saya ialah, saya ini tak pandai mengaji. Sebenarnya dahulu saya tahu mengaji, tapi setalh lama ditinggalkan saya menjadi lupa kepada huruf-huruf tersebut. Saya berasa sedih kerana tak tahu mengaji dan malu, saya ingin belajar tapi tiada orang yang saya ingin rujuk dan lagi pun saya merasa malu. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah ini.Saya amat memerlukan pertolongan. Terima kasih

Satu lagi soalan saya ialah adakah sembahyang subuh seseorang itu akan diterima sekiranya dia terlupa untuk baca doa qunut? Adakah berdosa sekiranya doa qunut tidak dibaca?

Rizkin

Alamat email: qeen11@hotmail.com

JAWAPAN

Wa'alaikumussalam wbt.

Pertamanya kami ucapkan terima kasih di atas kepercayaan saudari bertanyakan soalan kepada kami. Terlebih dahulu kami memohon kemaafan sekiranya jawapan yang bakal kami berikan di sini tidak bertepatan dengan apa yang diharapkan, tapi insya-Allah swt. kami akan mencuba sedaya upaya untuk menjawabnya dengan tepat.

Yang keduanya, saya tidak tahu keadaan sebenar diri saudara/ri, daripada segi tempat tinggal, ibu bapa, suasana alam sekitar dan beberapa perkara yang berkaitan dengan keperibadian saudara/ri. Kerana sesuatu masalah itu diselesaikan berdasarkan kepada perkara-perkara tersebut.

Soalan pertama : Malu untuk mengaji.

Sebenarnya masalah umur tidak menghalang kita daripada menuntut ilmu kerana sabda nabi saw. yang mafhumnya : Tuntutlah ilmu daripada buaian sehingga ke liang lahad. Jadi di sini saudara/ri tidak perlu malu dan tidak harus malu menuntut ilmu. Saudara/ri juga perlu percaya dengan firman Allah swt. yang bermaksud : Allah swt. akan mengangkat darjat orang-orang yang beriman daripada kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan.

Seterusnya saya tegaskan di sini ialah tak baik kita katakan diri kita ini tak pandai, kita digalakkan untuk mencuba sedaya upaya dan daripada cubaan inilah Allah swt. nak uji sejauh mana keinginan kita kepada sesuatu perkara. Dan apabila kita mendapatkan sesuatu perkara itu dengan hasil usaha kita sendiri, insya-Allah swt. kita akan berasa lebih puas.

Saudara/ri katakan, dulu pernah saudara/ri mengaji tetapi sekarang kebanyakan huruf-huruf tersebut sudah dilupakan. Ini adalah fitrah kejadian manusia, selalu lupa. Tetapi saya yakin saudara/ii ingat lagi kalau tak semua pun huruf-huruf berkenaan sebab saudara/ri belajarnya semasa kecil dan pelajaran yang didapati sejak kecil ini susah dilupakan.

Sepatutnya saudara/ri dulu tidak meniggalkan pengajian yang telahpun dimulakan, sebaiknya diteruskanlah kalau pun susah. Sebab perkara yang susah tu kalau makin ditinggalkan akan bertambah susah. Jadi baguslah kalau saudara/ri dah sedar sekarang dan ingin mengaji balik. Al-Hamdulillah.

Cadangan saya ialah saudara/ri selalulah hadir ke kelas-kelas yang di adakan di masjid-masjid, di tempat saudara/ri ataupun di tempat-tempat lain. Sebab di sana kita diajarkan perkara-perkara yang fardhu ain, yang asasi. Hadirlah ke kelas-kelas berkenaan walaupun dengan bayaran. Ingatlah baik kita gunakan wang ringgit kita ke arah menuntut ilmu daripada benda-benda lain.

Seterusnya, selalu amalkan membaca doa-doa penerang hati seperti doa : Allahuma rabbisyrah li sadri wa yassir li amri wahlul uqdatan millisani yafqahu qauli. Ayat-ayat al-Quran seperti surah al-ikhlas, Alam nasyrah dan surah Luqman.

Altenatif lain, cuba saudara/ri dapatkan satu CD al-Quran yang dikeluarkan oleh UM kalau tak silap ana dengan kerjasama syarikat arab : as-Shokhar. Di dalamnya terdapat cara-cara menbaca al-Quran dengan betul, sebutan dan tajwidnya, ada juga tafsir dalam bahasa melayu, arab dan inggeris. CD ini amat bermanfaat harganya pun (mengikut yang ada pada saya) RM 10 . Mungkin ciplak tapi yang penting ilmunya. Dan banyak lagi CD-CD yang tidak ada dalam simpanan saya, tapi saya pernah ternampak di tempat-tempat pameran Komputer.

Sebenarnya saudara/ri, pintu hidayah dan ilmu memang terbuka luas depan mata kita, cuma tepuklah dada tanyalah iman, apa yang kita mahu sebenarnya. Ingatlah, ilmu itu merupakan cahaya Allah swt. dan cahaya tersebut tidak akan mendekati orang-orang yang melakukan dosa. Pepatah melayu ada mengatakan : di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Saya doakan saudara/ri mendapat jawapan yang baik daripada penerangan saya ini, jika ada sebarang pertanyaan secara peribadi ataupun komen alamatkan : ibnrajab@yahoo.com

Soalan dua: Doa qunut.

Doa qunut merupakan perkara sunat muakad dalam solat subuh pada pendapat Imam Syafie sahaja. Kalau kita tertinggalnya kita perlu sujud sahwi. Manakala solat kita tetap sah kalau kita tak sujud pun. Solat kita juga akan diterima yang Esa insya-Allah swt., tetapi pada kita (mazhab syafie) kena bacalah (sunat muakad). Dan tidak pula berdosa jika kita tertinggal, ataupun kalau kita sengaja tinggal pun tidak mengapa kalau niat kita nak ikut pendapat mazhab lain yang kata qunut tidak sunnat. Tetapi kita perlu tahulah pendapat ulama-ulama tersebut secara mendalam.

Wallahu'alam.