PETUA RUMAH TANGGA

SOALAN

assalamuaalaikum

Saya selalu mengikuti ruangan ini.Saya nak tanya satu soalan.

Isteri saya selalu naik angin waktu dtng bulan.

Selalu sangat saya sabar.Tapi kadang-kadang rasa nak kahwin lagi je.

Apa pandangan doktor.Sekian.

JAWAPAN

Islam menyukai perkahwianan dan segala hakikat akibat baik yang bertalian dengan perkahwinan, baik bagi yang bersangkutan bagi masyarakat mahupun bagi kemanusiaan pada umumnya.

Di antara manfaat perkahwinan ialah perkahwianan itu mententeramkan jiwa, menahan emosi, menutup pandangan dari segala yang dilarang Allah dan untuk mendapat kasih sayang suami isteri yang dihalalkan Allah sesuai dengan firman Nya yang bermaksud:

"Dan di antara tanda-tnada kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendir, supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antra kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir" -Ar Rum: 21

Apabila akad telah dilakukan maka ada beberapa hukum yang harus dilaksanakan dalam kehidupan suami isteri. Hak-hak itu ialah :
  1 . Hak suami atas isterinya
  2 . Hak isteri atas suaminya dan
  3 . Hak bersama antara suami dan isteri

Apabila suami dan isteri melaksanakan kewajipan masing-masing dengan bijaksana, ikhlas sebagai teman hidup, masiung-masing merasa bertanggungjawab atas kewajipan, maka suami isteri itu akan mendapat kebahagian yang sempurna, Insyaallah, keduanya akan hidup dalam keredhaan Allah.

Seorang suami berkewajipan memulihkan dan menggauli isterinya dengan baik, menyediakan apa yang dapat ia sediakan untuk isterinya yang akan dapat mengikat hatinya, memeperhatikan dengan sabar apabila ada yang tidak berkenan di hatinya.

Adalah tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian besar daripada kaum Hawa akan mengalami perubahan emosi di waktu datang bulan. Mereka mudah terasa hati, marah-marah, serius atau dengan kata lain bad mood.

Berkenaan dengan masalah isteri saudara sering marah-marah diwaktu datang bulan, antara penyelesaiannya ; bolehlah saudara berbincang dari hati ke hati dengannya mungkin di sana ada ketidakpuasan hatinya terhadap diri saudara smada perbuatan, kata-kata dan sebagainya. Yang paling penting ianya tidak bertentangan dengan agama.

Saudara mungkin bernasib baik kerana mengetahui perihal kemarahan isteri, jikalau kemarahan tersebut tidak diketahui maka akibatnya lebih buruk kerana kemarahan yang disimpan di dalam ibarat api dalam sekam menunggu masa untuk meletup sehingga tidak dapat dikendalikan akan dapat merosakkan hubungan suami isteri berterus terang terhadap perangainya, agar kita tidak menyimpan dendam terhadapanya. Sudah pasti tidak elok , jika kita menyimpan rasa dendam dan benci terhadapa orang yang mendampingi kita.

Selain itu saudara boleh meminta bantuan daripada ahli keluarga isteri yang dipercayai dan disegani oleh isteri itu sendiri, agar segala nasihat dan terguran yang diberikan akan diterima pakai oleh si isteri. Tetapi pastikan orang yang kita pilih untuk memberi nasihat dan bimbingan itu adalah orang yang mahu dan tahu, menyimpan rahsia kita.

Cuma tips yang saya cadangkan kepada saudara ialah:

1. Tanamkan sifat timbangrasa pada isteri, anggaplah segala tindakan isteri itu bukanlah lahir dari hati nuraninya bahkan datang dari jiwanya yang berserabut.

2. Ketika anda didatangi perasaan marah pada isteri, cubalah imbaskan kembali segala kebaikan isteri dan juga detik-detik romantis saudara bersamanya.

3. Kurangkan berhadapan dan bercakap denganya agar tidak timbul sebarang perselisihan.

4. Kuatkan lagi kesababaran saudara dalam menghaapi situasi ini, semoga saudara akan menadapat ganjaran yang besar dari Allah. Rasulullah tekah bersabda yang bermaksud " Jangan marah nescaya syurga adalah untuk mu"

5. Berjumpa doktor perubatan untuk mendapatkan nasihat dan ubat yang dapat mengurangkan kesan hormon yang melanda isteri saudara.

Wallahuaklam..