PERSAHABATAN YAN RETAK

SOALAN

ASSALAMUALAIKUM....
  SAYA ADALAH PELAJAR TINGKATAN 5 DAN AKAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM
PADA PENGHUJUNG NOVEMBER INI. SEJAK TINGKATAN 4 LAGI, SAYA BERAZAM UNTUK
MENCAPAI KEPUTUSAN SPM YANG SEBAIK MUNGKIN.
  BERUSAHA TETAP AKAN BERJAYA. ITULAH MOTTO SEKOLAH SAYA YANG MENJADI
PENDORONG DAN PENGUAT SEMANGAT DALAM MENGHARUNGI SEGALA KESUKARAN DALAM
MENCAPAI MATLAMAT SAYA. ALHAMDULILLAH, HINGGA KE SAAT INI, KEPUTUSAN
PEPERIKSAAN SEMESTER SAYA ADALAH BAIK.
  AKAN TETAPI, SEJAK BEBERAPA BULAN KEBELAKANGAN INI, SAYA MENGHADAPI
MASALAH DENGAN RAKAN YANG DUDUK DI SEBELAH SAYA DI DALAM KELAS. SEJAK
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 1998 DIUMUMKAN, DIA DAH BANYAK
BERUBAH. UNTUK PENGETAHUAN DOKTOR, DIA MENDAPAT GRED 3 DAN SAYA MENDAPAT
GRED 1. KALAU DULU KAMI SALING HORMAT-MENGHORMATI , SEKARANG DIA AKAN
CUBA SEDAYA UPAYANYA UNTUK MERENDAH-RENDAHKAN SAYA. PADA MULANYA, SAYA
DAPAT BERSABAR DAN MENERIMA PERKARA TERSEBUT SEBAGAI IMPLIKASI DAPIPADA
TEKANAN YANG DITERIMANYA DARIPADA RAKAN -RAKAN YANG LAIN (DIA DIEJEK
OLEH RAKAN-RAKAN DI ASRAMA). TAMBAHAN PULA, SPM SEMAKIN DEKAT.
  AKAN TETAPI, SETELAH BEBERAPA BULAN BERLALU, SAYA DAPATI KEYAKINAN
TERHADAP DIRI SAYA MULAI LUNTUR. DITAMBAH PULA DENGAN SEGALA
TAKTIKTAMBAHAN YANG DIGUNAKANNYA UNTUK MENGHALANG SAYA DARIPADA TERUS
MENGEJAR IMPIAN MENJADI IGAUAN.
  DOKTOR, SAYA BERASA SUNGGUH SEDIH KERANA PERHUBUNGAN KAMI YANG
BEGITU MESRA PADA MULANYA MENJADI BAGAIKAN BENANG YANG AKAN PUTUS PADA
BILA-BILA MASA. KAMI BAGAIKAN MUSUH............ SESUNGGUHNYA DALAM
SAAT-SAAT GENTING PEPERIKSAAN SEBEGINI, SAYA MEMERLUKAN TEMAN TO RELY
ON. MALANGNYA, HUBUNGAN SAYA DENGAN RAKAN-RAKAN LAIN JUGA TURUT
RETAK........HASIL FITNAH NYA!
  JAUH DI SUDUT HATI SAYA, SAYA INGIN BERBAIK SEMULA DENGA RAKAN SAYA
ITU. TAPI, SAYA TAK MAMPU UNTUK BERBUAT DEMIKIAN.

hamba Allah yang sedih

JAWAPAN

Assalamualaikum w.b.t.

Puji & syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat & kurnia dari-Nya yang tak terhitung, selawat & salam buat Nabi junjungan.

Mengikut e-mail yang awak kirimkan saya difahamkan awak adalah antara pelajar terbaik di sekolah, bakal mengambil SPM untuk tahun ini & berpotensi untuk memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang begitu penting untuk menentukan masa depan awak satu hari nanti & boleh dikatakan awak juga berpotensi untuk cemerlang di antara pelajar seluruh Malaysia.

Secara ringkasnya boleh saya simpulkan awak adalah seorang pelajar dinamik yang harus menjadi contoh kepada pelajar yang lain & mempunyai daya juang yang tinggi syabas !!

Tetapi malangnya awak tidak terlepas daripada tindakbalas yang kurang sihat dari rakan-rakan awak sendiri, dimana awak menjadi mangsa akibat hasad dengki yang ditimbulkan oleh salah seorang sahabat yang begitu hampir dengan awak sehingga menjejaskan hubungan awak deangan rakan-rakan yang lain. Inilah bahaya fitnah yang ditakuti selama ini, sebab itu juga fitnah ini dianggap lebih bahaya dari membunuh kerana implikasi yang ditimbulkan bukan sahaja boleh membinasakan seorang sahaja bahkan boleh menghancurkan satu masyarakat, termasuk komuniti masyarakat di antara kamu & rakan2 yang lain.

Begitulah asam garam kehidupan tak pernah lari dari ujian & cabaran, semakin hampir dengan kejayaan semakin besar ujian yang terpaksa kita terima... teringat kepada kisah di awal perjuangan Rasulullah menyebarkan Islam ketika beliau masih lagi di Makkah. Ketika itu jalan untuk berjaya dirasakan seakan tiada, dengan tohmahan & fitnah yang dilontarkan kepada muslimin yang pada ketika itu terlalu sedikit. Tidak sekadar itu sahaja, sesiapa yang menyahut seruan Nabi Muhammad pada ketika itu disiksa & dipaksa untuk kembali semula ke agama nenek moyang mereka yang dicipta sendiri oleh mereka dengan menyembah berhala.

Melihat kepada apa yang diterima oleh muslimin di Makkah pada ketika itu Allah mengarahkan Nabi-Nya berhijrah ke Madinah & disinilah bermulanya sinar baru bagi umat Islam pada kerika itu & kejayaan Rasulullah pada ketika itu tidak lain dan tidak bukan adalah hasil dari semangat yang diperolehi hasil dari didikan iman yang dianjurkan oleh Islam itu sendiri. Bukan itu sahaja... bantuan para sahabat yang begitu setia kepada beliau juga banyak membantu.

Di sini saya ingin memberi contoh dimana kejayaan di dalam apa bidang sekalipun boleh diperolehi... tetapi adalah lebih manis kalau kita dapat berkongsi kejayaan kita dengan orang lain, disini saya sokong langkah awak untuk berbaik dengan kawan awak, sememangnya dia tidak boleh kita lupakan walaupun dia mungkin agak lemah jika nak dibandingkan dengan kebolehan yang awak perolehi, dan disinilah sahabat amat diperlukan... bantu sahabat dalam apa keadaan sekalipun. Bukan sekadar semasa gembira sahaja, semasa berduka juga kita harus berkongsi kedukaan tersebut. Berikan sedikit masa buat kawan awak tersebut untuk dia menerima kembali awak sebagai sahabatnya kerana dia terasa tertekan setelah menerima keputusan awak lebih baik dari dia. Tekanan yang dialami inilah yang memaksa dia melakukan sesuatu yang diluar dugaan termasuklah FITNAH yang dilemparkan itu... dan saya kurang senang dengan ejekan dari rakan-rakan yang lain. Sepatutnya kamu semua sama-sama membantu rakan yang lemah... bukankah lebih baik semuanya berjaya.

Peranan guru tak boleh dilupakan dalam situasi sebegini... laporkan apa yang berlaku, kerana kehilangan kesemua kawan akibat dari fitnah itu memang menyedihkan di saat kita memerlukan kawan untuk sama-sama berbincang menghadapi peperiksaan yang semakin hari semakin hampir. Kerana saya tak fikir awak mampu menegah kawan-kawan awak yang lain agar berhenti mengejek mereka yang lemah. Awak juga harus cuba untuk memenangi semula hati rakan awak yang telah pudar warna persahabatan di hatinya itu. Sememangnya agak sukar bagi manusia untuk mengakui kelemahan dirinya sendiri... sedangkan kita yang berkebolehan ini pun mungkin ada kelemahan yang tak kita sedari, fikirkan satu cara yang sesuai, sesuatu yang boleh menghiburkan perasaan dia yang tertekan itu, kalau awak rasa tak mampu cuba dapatkan bantuan dari rakan-rakan awak yang lain yang boleh dipercayai, kerana lagi sedikit yang tahu lagi bagus, tidak memalukan kawan awak tersebut. Mungkin awak boleh ajak dia ulangkaji bersama kerana memandangkan peperiksaan percubaan semakin hampir & peluang untuk dia berjaya juga masih terbuka... apa yang dia perlukan hanyalah kemahuan & usaha untuk berjaya & dia juga boleh jadi seperti orang lain. Kerana dia harus sedar akan kelemahan yang ada pada dirinya... pengakuan itu bukan untuk memalukan diri sendiri tetapi untuk membuang kelemahan yang ada pada dirinya itu dan digantikan dengan semangat yang lebih cekal membolehkan dia berjaya seperti orang lain... kerana tak guna dia terus berada dalam keegoan, bersifatlah lebih terbuka tidak ada ruginya disitu.

Saya harapkan semua ini boleh diselesaikan secara damai tanpa perlu menjatuhkan mana-mana pihak... kerana selama ini mungkin ada kesilapan yang kita telah lakukan tanpa kita sedari, dan kita anggap ianya kecil tapi sebenarnya bagi orang lain sudah cukup untuk mengenakan dia. Sekiranya cara ini masih lagi tidak berjaya, awak harus patahkan segala FITNAH yang dilontarkan... kerana dengan mengetengahkan kebenaran segala masalah boleh dihindari. Saya harapkan awak boleh hadapi masalah ini dengan penuh kematangan... fikir sebelum bertindak... kerana sesal selepas berkata-kata merugikan diri sendiri, dan jangan lupa banyakkan doa & bangun bermunajat agar terbuka hati kawan awak itu untuk bersahabat seperti sedia kala... dan antara waktu yang paling sesuai untuk berdoa adalah dipenghujung malam.

Tanamkan sifat jati diri dalam diri awak, sematkan falsafah bahawa awak boleh berjaya tanpa bantuan orang lain dan orang lain tidak dapat memberi apa-apa kesan kepada awak. awak boleh berjaya dengan usaha sendiri. Anggaplah ini adalah cabaran dalam persahabatan awak untuk menguji keikhlasan dan kesetiaan awak dalam bersahabat. Semoga dengan senjata kesabaran ini dapat meraih keredaan Allah seterusnya dapat merubah suasana persahabatan awak. Tawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah tidak akan mengecewakan hambaNya yang bergantung harap padaNya.

Untuk akhirnya saya ucapkan selamat maju jaya... Semoga Berjaya Dengan Cemerlang dalam SPM nanti dan Try Your Best dalam Peperiksaan Percubaan nanti... kerana ianya adalah ujian terakhir untuk mengetahui kemampuan diri awak.