Saya bersyukur kepada Allah Taala kerana Allah telah membuka pintu hati saudara dan memberi satu perasaan untuk mengambil berat tentang mempelajari ayat-ayat Allah. Ini merupakan satu nikmat besar yang dianugerahkan oleh Allah Taala kepada hamba-hambaNya. Semogga perasaan dan keinginan pada saudara terus berkekalan. Rasulullah pernah menyebut di dalam Hadisnya: Sebaik-baiik kamu adalah mereka yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya untuk orang lain. Sesungguhnya saudara telah dibuka jalan oleh Allah untukk bersama-sama dengan mereka yang disebut oleh Rasulullah sebagai sebaikbaik manusia, maka teruskanlah niat saudara ini sehingga saudara dapat menguasai dan membaca Al Quran. Tidak dapat dinafikan bukan suatu perkara yang mudah untuk menguasai dalam sesuatu perkara, tambahan pula bahasa Al Quran jauh berlainan dengan bahasa kita, tetapi keiltizaman yang jitu serta kesungguhan yang padu akan membuahkan hasil yang diinginkan sebagaimana Rasulullah pernah menyebut di dalam hadisnya yang bermaksud: "Sesungguhnya
Allah amat suka kepada hambaNya yang memikirkan sesuatu perkara dengan tekun dan bersungguh-sungguh". Tentang
umur saudara tak perlu dibimbangkan, pada usia 22 tahun sebenarnya masih terlalu muda untuk belajar. Untuk pengetahuan saudara, saya sendiri pun berumur 22 tahun pelajar tahun empat di Al al-Bayt University. Saya merasakan semakin banyak saya belajar, rasanaya diri ini semakin jahil berbanding dengan warisan ilmu yang ditinggalkan oleh Ulama-ulama kita yang Islam. Rasanya diri kita terlalu kerdil berbanding dengan mereka. Hakikat pengajian bukannya terhenti setelah kita memasuki alam kerja. Kalau kita perhatikan Ulama-ulama Islam, mereka mewakafkan diri mereka semata-mata untuk perkembangan ilmu. Lihatlah tokoh-tokoh seperti Imam Ghazali, Ibn Sina, imam mazhab kita iaitu Imam Syafie dan ramai lagi yang tak terkita, kehidupan harian mereka penuh dengan aktiviti-aktiviti keilmuan samada belajar ataupun menjadi tenaga pengajar. Contoh
yang menarik untuk dikongsi bersama, saya pernah terdengar kisah seorang ulama ilmu nahu bahasa Arab yang Khalid al-Azhari. Beliau pada usia 36 tahun masih lagi tidak dapat menulis dan membaca dengan erti kata lain buta huruf. Beliau bekerja sebagai pemasang lampu di Universiti Al-Azhar di Mesir, pada satu ketika dahulu. Setiap hari apabila tibanya waktu malamm Khalid tadi kan memasang lilin untuk menyerikan lagi suasana malam dengan cahaya supaya penuntut-penuntut ilmu pada waktu itu dapat belajar di bawah cahaya lilin tadi , pada suatu ketia, sewaktu Kahlid sedang memasang lilin tiba-tiba api tersebut jatuh ke atas buku salah seorang daripada penuntut di situ, lalu penuntut tersebut berkata: "Wahai sang jahil, kalau kamu ketahui nilai buku ini nescaya kamu tidak lalai sehingga merosakkan buku ini. Kata-kata tadi amat memberi kesan kepada dirinya. Lalu beliau mengambil keputusan untuk belajar membaca dan menulis. Setelah memulakan pengajiannya dengan salah seorang penuntut di situ, Khalid mendapati kesusahan dalam belajar pada usianya yang agak lanjut, lalu beliau mula merasa untuk meniggalkan pengajian dan berputus asa. Sambil termenung, tiba-tiba matanya tertumpu kepada seekor semut yang berusaha membawa makanan yang berat melintasii sebuah tembok. Pada
mulanya semut tersebut tidak dapat menaikinya lalu jatuh kebawah dari satu langkah ke satu langkah akhirnya semut tadi berjaya samapai ke puncak tembok tersebut dan berjaya menyeberanginya. Peristiwa ini menjadi satu noktah penting kepada dirinya dan menjadi satu motivasi bagi dirinya, lalu beliau bersungguh-sungguh dalam pengajiannya. Dan hasilnya, beliau merupakan salah seorang ulama yang terkenal pada waktu itu. Jika
nak dibandingkan dengan Khalid beliau memulakan pengajian dengan kosong dan tidak tahu apa-apa dalam menulis dan membaca, sedangkan kita tidak seteruk Khalid kerana kita paling kurang boleh menguasai bahasa kita dengan sebahagian daripada ilmu lain. Contoh
kedua, seorang sahabat Rasulullah yang bernama Abu Ayyub Al-Ansari bermusafir beribu-ribu batu dari Madinah ke Mesir semata-mata untuk mendengar sepotong hadis Rasulullah yang beliau tidak sempat mendengarnya sewaktu hidup Rasulullah. Usaha
mereka yang terdahulu daripada kita sebenarnya boleh memberi motivasi kepada kita, ada di antara mereka yang tidak tidur malam semata-mata menuntut ilmu. Begitu juga Imam Sayuti, sebagaimana disebut oleh ulama hasil karangannya mencapai 40 helai kertas sehari kalau dibahgikan dengan umurnya bermula daripada kelahiran. Tentang
persaan malu pula saya tak nafikan kalau saya berada pada tempat saudara pun, kemungkinan perasaan tersebut terbuku di hati tetapi dalam persoalan agama dan kemajuan diri sendiri, seharusnya kita cuba melupakan perasaan ini ilmu tidak akan terhasil dengan sifat malu, sebab itulah dalam menanyakan persoalan-persoalan agama, walaupun perasaan tersebut menyentuh soal nikah kahwin ataupun hubungan antara suami isteri sebagai contoh Saidatina Aisyah pernah memuji perempuan-perempuan Kaum Ansar (yang menolong kaum Muhajirin sewaktu peristiwa hijrah Rausulullah kem Madinah) dengan mengatkana : "Sebaik-baik perempuan adalah permepuan kaum Ansar yang tidak malu dalam mendalami ilmu-ilmu agama". Begitu juga ada seorang perempuan di zaman Rasulullah datang kepada Rasulullah bertnaykan tentang masalah haid dengan tidak segan silu. Saya
nasihatkan saudara mencari seorang guru yang sanggup mengajar saudara dan saudara hendaklah melazimi guru tersebut dengan berterusan tanpa jemu. Apa yang dipelajari terus dipraktikkan supaya lebih mendapat keberkatan dalam pembelajaran. Jua
disarankan agar saudara sentiasa membiasakan diri dengan kaset Bacaan Al-Quran supaya dapat membiasakan diri dengan sebutan bahasa Arab. Saya sarankan juga saudara memulakan usaha saudara ini dengan mengenali huruf-huruf bahasa Arab dan cara-cara menyebutnya serta cara menyebutnya dengan baris. Saya rasa guru tersebut lebih mengetahuinya. Langkah
kedua, cuba dapatkan seorang kawan yang telah menguasinya dan cuba dapatkan manafaat darinya dengan mengambil tunjuk ajar daripadanya. Kadang-kadang kawan-kawan pun salah satu faktor untuk menambahkan motivasi kita. Apa yang lebih penting ialah keikhlasan dalam jiwa, kalau saudara benar-benar ikhlas dengan apa yang saudara tekadkan, saya berkeyakinan penuh bahawa saudara pada suatu hari nanti akan dapat menguasainya. Pengalaman
saya di Jordan, ramai sahbat-sahabat saya dari Russia, Albania yang datang ke Jordan dengan dada yang kosong tentang bahasa Arab dan tak dapat membaca Al Quran. Tetapi setelah empat tahun berada di sini nampaknya mereka lebih fasih berbahasa Arab daripada orang-orang Malaysia. Kalau saudara orang yang berkemampuan, saya sarankan saudara datang ke Jordan atau ke negara Arab yang lain untuk mengikuti kursus intensif bahasa Arab. Jangan
abaikan hubungan dengan Allah, sentiasalah memohon doa dariNya agar Allah mempermudahkan usaha saudara khususnya sewaktu tengah mlaam dengan bertahajjud dan memohon kepadaNya kerana pada waktu itu diterima oleh Allah Taala. Akhirnya
saya amat bersimpati dengan sauadara dan saya memahami apa yang saudara rasai, saya doakan semoga Allah bersama-sama dengan saudara dalam usaha saudara dan Allah memudahkan dalam urusan saudara di dunia dan akhirat saya yakin saudara boleh ! Hubungi
kami di sini kalau ada pertolongan yang dapat kami hulurkan. |