PERHUBUGAN TIDAK MENDAPAT RESTU KELUARGA

    Soalan :

    Assalamualaikum.

     Saya berharap Ustaz dapat membantu saya dalam masalah saya ini. Saya telah bertemu dengan seorang gadis dari Sabah. Sekarang dia berada di KL untuk melanjutkan pelajaran di sebuah kolej swasta.

    Umur gadis ini 19 tahun dan saya berumur 21 tahun. Kami saling mencintai dan kami bertekad untuk berkahwin apabila gadis itu habis belajar dan saya mempunyai pendapatan yag tinggi.

     Masalah saya kedua ibu bapa saya tidak merestui hubungan kami kerana saya lebih beratkan gadis itu. Untuk pengatahuan Ustaz saya mempunyai masalah keluarga. Oleh itu saya mengharapkan kasih sayang daripada gadis itu. Alasan ibu bapa saya tidak dapat menerima gadis itu kerana dia berasal dari Sabah. Selain itu mereka mengatakan saya masih tidak matang dan belum bersedia menerima tanggungjawab.

    Pada saya, saya memang telah bersedia kerana sebelum ini saya hidup susah di tempat orang mencari pengalaman. Apa yang memeningkan kepala saya sekarang ini ibu bapa saya dan rakan saya mengatakan gadis ini telah pun main ilmu hitam pada saya. Saya tidak tahu betul atau tidak. Saya mengaku gadis dr Sabah tidak elok perangainya walaupun bertudung tetapi saya cuba mengubah perangainya.

    Alhamdulillah dia semakin berubah. Saya merancang dlm 2 tahun ini saya cuba bina hidup saya. Saya mahu buktikan yang saya boleh berjaya dalam usia yang muda kepada orang tua saya lebih-lebih lagi kepada orang tua gadis pilihan saya.

    Saya mintan pendapat Ustaz tentang masalah saya ini dan nasihat yang dapat membantu saya.

    Zin Hasan


    Jawapan :

    OLEH: Ustazah Syakirah Mohd Razman

    Assalamulaikumwarahmatullah

    Bila membaca masalah saudara, saya rasakan bahawa saudara sudah mempunyai niat yang baik dalam perhubungan saudara dengan gadis dari Sabah tersebut dengan menghalakannay kepada satu noktah yang dihalalkan oleh islam iautu perkahwinan.

    Walaubagaimanapun, kosep kasih sayang yang dianjurkan oleh islam ialah berkasih sayang secara sederhana, sebagaimana yang dianjurkan oleh sebuah hadis Rasulullah yang mengatakan:' Cintailah seseorang secara sederhana ( berpada-pada, tidak berlebih-lebihan) dan bencilah pada sesorang secara sederhana juga"

    Ini kerana didalam islam tidak ada konsep cinta yang mutlak kepada makhluk melainkan kepada AllahTaala semata-mata. Jika ditakdirkan hubungan ini gagal nanti, saudara tidak akan terlalu kecewa dan tertekan.

    Dalam meletakkan cinta saudara kepada gadis tersebut, fahamilah dan renungilah sebab-sebab kenapa saudara menyayanginya sebenarnya. Adakah kerana mengikut perasaan darah muda atau semata-mata sebagai "escapism" dari masalah keluarga, lantas inginkan perhatian diluar rumah? Sepatutnya dalam menyayangi sesorang kita perlu menggariskan matlamat yang jelas dalam pilihan, kenapa, apa, bagaimana...etc dan dalam konteks ini semestinya selari dengan tuntutan islam iu sendiri agar kedua-dua belah pihak saing dapat berperanan (give & take) dalam kehidupan rumahtangga kearah yang diredhai Allah dan diberkati oleh Allah Taala.

    Saudara juga ada menyebut bahawa kelaurga saudara tidak merestui perhubungan ini kerana, kerana saudara lebih beratkan gadis itu. Pada pendapat saya, saudara perlu memperbaiki hubungan dengan keluarga terlebih dahulu, supaya mereka lebih yakin dengan saudara. Agenda membuat kebaikan kepada ibibapa dan keluarga perlu didahulukan bukan hanya untuk menyelesaikan masalah ini, tetapi perlu didalam semua keadaan. Seorang anak perlu meraikan perasaan orang tua dalam semua perkara selagi tidak bercanggah dengan prinsip islam. Perlu difahami, mereka nampaknya mengambil berat masa depan diri saudara, serta takut kehilangan kasih saudara sebagai seorang anak. Itulah sebabnya mereka mungkin agak keberatan. Cubalah menjadi anak yang terbaik untuk mereka dan menangilah hati mereka.

    Tentang gadis itu pula, sebaik-baiknya selidikilah latar belakang dirinya dan kelaurganya, kawan-kawannya, tabiatnya bukan dari penilaian saudara sahaja, tatapi dari kacamata orang-orang di sekelilingnya supaya saudara tidak terperangkap denga perasaan semata-mata. Tetapi sandarkanlah pilihan cinta itu kepada hujah dan sebab yang kukuh. Nasihat saya sebagai seorang sahabat seagama, buatlah sembahyang hajat dan solat istikhorah meminta petunjuk yang terbaik dari Allah, serta doa yang berterusan agar dijauhi dari perkara-perkara yang tidak diingini. Apatah lagi tentang apa yang disebut oleh keluarga dan rakan-rakansaudara tentang perkara-perkara yang agak buruk tentang diri gadis tersebut. Kuatkan pergantungan kepada Allah dalam hal ini, dan yakinlah sepenuhnya bahawa jika saudara mengikut apa yang telah digariskan oleh islam dalam perkara ini, insya Allah saudara akan mendapat penyelesaian yang terbaik

    Wallahuklam

    OLEH:Ustaz Zamri Abdul Halim

    Didalam islam tidak ada konsep cinta diantara lelaki denga perempuan yang bukan mahram. Sebab itu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

    "Aku tidak nampak jalan keluar bagi pasangan yang bercinta kecuali perkahwinan"

    Niat saudara untuk berkahwin dengan perempuan tersebut merupakan langkah terbaik mengikut islam.

    Mengikut apa yang saudara jelaskan, saudara mempunyai masalah dengan keluarga saudara kerana saudara lebih mementingkan gadis tersebut dari keluarga. Apa yang penting dalam kehidupan sesorang Muslim adalah mengharapkan keredhaan Allah Taala. Keredhaan Allah Taala terhadap hambanya berkait rapat dengan keredhaan kedua ibubapa. Sebagaimana sabda RAsulullah SAW:

    " Keredhaan Allah itu tertakluk kepada keredhaan kedua ibu bapa dan kemurkaan Allah tertakluk kepada kemurkaan kedua ibubapa"

    Saya yakin saudara sayangkan kedua ibu bapa saudara dan pada masa yang sama saudara juga sayangkan gadis dari Sabah tersebut. Saudara perlu pandang kepada keutamaan . Cuba menangi hati kedua ibibapa saudara dengan memperbaiki hubungan saudara dengan keluarga. Cuba bawa perkara ini dalam suasana perebincangan dari hati kehati denga kedua ibubapa. Saya yakin kedua ibubapa saudara ingin sesuatu yang terbaik buat saudara. Jangan berkasar dengan keduanya dan melukai perasaan mereka, kerana disebut oleh ulamak, mereka yang menderhaka kedua ibibapa menerima balasan didunia lagi ditambah pula balasan diakhirat. Saudara perlu ingat ketaatan kepada kedua ibibapa adalah wajib walaupun saudara telah beristeri, berbeza dengan isteri, ketaatan kepada suami yang harus diutamakan.

     Tentang kematangan saudara, saya berpandangan pada usia 21 tahun bukanlah satu perkara yang pelik, ddan saya berkeyakinan saudara telah matang. Islamtidak memandan dari sudut ini, hukum berkahwin didalam islam berbeza mengikut pendirian seseorang serta keteguhannya dalam agama. Wajib bagi sesorang itu sekiranya kalau tidak berkahwin seseorng itu akan terjebak denga perzinaan . Dalam persoalan ini, saudara haruslah memberi keyakinan kepada kedua ibubapa saudara bahawa saudara inginkan daripada perkahwinan ini agar perkara agama saudara terjaga. Pada tahap ini hukum berkahwin adalah sunat.

    Saudara juga ada menyebut bahawa gadis tersebut dikatakan menggunakan ilmu hitam terhadap saudara. Perkara ini tidak dapat dipastikan, mungkin saudara lebih mengtahui. Apa yang penting, Islam telah meletakkan garis panduan untuk memilih pasangan abadi diantaranya kerana kecantikan , keturunan, harta dan agama. Namun apa yang disarankan oleh islan adalah pilihan wanita yang solehah sebagaimana di sebut didalam hadis yang bermaksud:

    "Dunia ini adalah perhiasan dan sebak-baik perhiasan ialah perempuan yang solehah"

    Cuba saudara renung kembali kenapa saudara memilih gadis tersebut. Adakah semata-mata cinta pandang pertama, ataupun cinta darah muda atau sebagainya.

    Saya tidak bersetuju dengan pandanggan yang mengatakan bahawa gadis dari sabah semuanya tidak solat. Kita tidak boleh menghukum semuanya tidak elok. Mungkin sebahagian besarnya tidak elok, tetapi ukuran ketakwaan tidak bergantung kepada tempat, mungkin ada dikalangan mereka yang lebih beragama dari penduduk semenanjung.

    Wallahukalam