![]()
|
|
Soalan : |
Assalamualaikum Warahmatullah 1. Bagaimanakah cara kita mahu ikhlaskan hati apabila melakukan sesuatu kerja atau amalan ?.Hati saya selalu tidak tenang disebabkan selalu tidak ikhlas dalam sesuatu. Walaupun saya sering beristighfar, zikir , baca quran dan lain-lain untuk menghilangkan rasa riak tadi tetapi saya masih susah hendak menghindarkan diridaripada perasaan riak. Seringkali juga saya rasa tertekan dengan keadaan diri saya yang begini. Saya amat mengharapkan keredaan Allah. Bolehkah Allah meredai saya yang berkeadaan begini? 2. Bagaimana caranya kita ingin merawat penyakit lupa?. Hamba Allah |
|
Jawapan : |
1. Persoalan ikhlas adalah merupakan perkara pokok dalam ibadat. Sesuatu ibadat dinilai oleh Allah berdasarkan kepada ukuran keikhlasan kita terhadap Allah.Alhamdulillah Allah telah membuka hati saudara untuk mengetahui hakikat ikhlas. Semoga sama-sama kita dapat memahami seterusnya menghayati hakikat keikhlasan kepada Allah. Saya rasa elok kiranya kita sama-sama teliti ungkapan -ungkapan ulamak tasawwuf dan membincangkan persoalan iklas: ( Risalah Al-Qusyairiyyah) i - nabi SAW ditanya: Apakah yang dimaksudkan dengan ikhlas? Lalu baginda bersabda: "Aku telah bertanya Jibril Alaihissalam tentang ikhlas, lalu Jibril berkata: Aku telah bertanya Allah tentang ikhlas. Lalu Allah berfirman: Ikhlas adalah rahsia daripada rahsia ku dimana aku campakkan kedalam hati sesiapa yang aku suka daripada kalangan ummah ku". ii - Abu Ali Ad-Daqqaq berkataq :Ikhlas adalah penjafgaan diri daripada pujian manusia" Ini bermakna tidak berbangga dengan amalan yang dilakukan. iii - Abu Ya'kob As-Suusi berkata: "Apabila sesorang itu mendapati ikhlas dalam keikhlasan amalannya, percayalah bahawasanya keikhlasan itu perlu kepada ikhlas". iv - Sahl bin Abdullah berkata: " Orang yang benat-benar ikhlas sahaja yang mengetahui hakikat riak". V - Abu Othman Al - Hariri berkata: " Ikhlas adalah kamu melupakan pandangan manusia dengan sentiasa manumpukan pandangan kepada pencipta". vi- Huzaifah al- Mura'syi berkata: "Ikhlas adalah perbuatan zahir sama dengan perbuatan batin (niat) ". vii- Al-Fadhil bin Fayyadh berkata: " Meninggalkan amalan kerana menusia adalah riak, melakukan amalan kerana manusia adalah syirik. Dan ikhlas adalah kamu dijauhkan daripada 2 perkara diatas. viii- Seorang ulamak ditanya mengenai ikhlas lalu lelaki berkata:" Kamu tidak tunjukkan amalan kamu kecuali kepada Allah semata-mata" Keikhlasanjuga boleh dihasilkan dengan kita melahirkan pada diri kita rasa bahawa Allah Taala sentiasa mengawasi kita serta kita perhatikan oleh Allah setiap setik dan tika. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :" Darjat ihsan adalah kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya. Sekiranya kamu tidak melihatnya sesungguhnya dia melihat kamu". Setwlah wujudnya perasaan ini, kita rasakan bahawa hanya Allah sahaja yang berhak disembah, segala amalan kita tentunya kedanya sahaja tanpa memandangkan kepada pujian menusia atau meminta supaya kita disepanjang daripada amalan kita.
Cara- cara ini mendatangkan keikhlasan didalam amalan seharian:- 1. Sentiasa menghadirkan niat dalam setiap didalan perbuatan kita sehinggakan perkara-perkara yang remeh. Sepertimana yang dilakukan oleh seorang tabi;iin Abdul Rahmaan bin Yazid. Beliau tsentiasa berniat ketika melakukan sesuatu sehinggakan makan dan minum. 2. Cuba tanamkan didalam hati perasaan bencikan pujian daripada hasil amalan kita. Kita lakukan amalan didunia adalah sebagai bekalan untuk berhadapan dengan Allah bukannya amalan itu untuk kepentingan duniawi denan mendapatkan kemasyhuran dan lain-lain. Di perhimpunan Mahsyar besok , Allah Taala mencabar orang yang riak supaya dia memanggil orang-orang kerannyan dia dilakukan amalan supaya mereka menolong si riak tadi dihadapan Allah. 3. Sentiasa memuhasabah setiap amalan yang dilakukan samaada benar-benar kerana Allah ataupun sebaliknya. Biasanya kita mengetahui keadaan niat kita. Kalau kita rasa kita tidak ikhlas, bersegeralah bertaubat serta beristighfar kepada Allah. Natara sifat orang yang benar-benar ikhlas dengan Allah, perasan bahawa amalan kita tidak akan diterima oleh Allah lalu, bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadat mengikut khendak Allah. 4. Ulamak telah menyebut dua syarat penting, supaya amalan kita diterima oleh Allah. Pertama, Ibadat yang betul dan bertepatan dengan kehendak syariat, dan yang keduanya yang benar-benar ikhlas kepada Allah. 5. Membiasakan diri dengan melakukan ibadat secara bersendirian dan jauh daripada pandangan umum. Serta kita tidak suka kalau amalan kita di ketahui umum. Salah satu cara terbaik adalah bangun sembahyang malam ketika mana orang nyenyak. Waktu ini kita hanya keseorangan bermunajat kepada Allah serta doa pada waktu itu dimakbul oleh Allah Taala. 6. Tidak tertipu dengan pujian umum tentang kita serta sentiasa beristihgfar jika dipuji serta menerangkan bahawa segala puji hanya layak bagi Allah. Sentiasa bertawaddu' dengan pujian orang menyedari bahawa amalan yang kita lakukan tidak dapat untuk membalas nikmat yang telah Allah Taala anugrahkan kepada kita. Kalau kita di puji, kita disunatkan supaya membaca doa ini: ![]() 7. Cuba letak didalam diri kita bahawa setiap amalan yang dilakukan hanya semata-mata mengharapkan keredaan Allah bukannya mengharaokan balasan manusia serta pujian mereka. 8. Di antara tanda keikhlasan adalah sifat sabar diatas jalan Allah . Sesungguhnya amalan yang dilakukan tidak semestinya mendapat balasan segera. Kadang-kadang kita mudah putus asa serta diselimuti oleh perasaan malas. Amalan yang ikhlas hasilnya besar disisi Allah Taala walaupun kita tidak menikmatinya didunia. 9. Orang yang benar-benar iklas akan akan merasakan kenikmatan dalam beribadat, lalu dia sentiasa mempertingkatkan daya keimanan dengan menambahkan amalan-amalan sunatnya sehngga dia mencapai taraf kekasih Allah yang setiap permintaan dikabulkan Allah. 10. Menjauhkan diri daripada berbangga diri sendiri dan amalan yang dilakukan disamping mengelak daripada suka meninggikan diri sendiri. 11. Sentiasa berdoa kepada Allah Taala agar dijauhi daripada sifat riak. Doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW untuk mengelakkan diri daripada sifat riak. Hendaklah dibaca pagi dan petang ![]() CARA MERAWAT PENYAKIT LUPA Penyakit lupa adalah salah satu fitrah manusia. Cuba keadaannya berbeza diantara satu sama lain. Saudina Adam Alaihissalam kalau tidak kerana lupanya akan perintah Allah supaya menjauhi pokok larangan nescaya tidak akan dilemparkan kedunia ini. Begitu juga Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya aku adalah manusia seperti kamu, aku lupa sepertimana kamu lupa. Apabila aku lupa maka peringatila aku". Manusia sendiri dalam bahasa arab dipanggil 'insan' dan pengertiannya didalam bahasa arab adalah 'lupa' sebab itulah Ibnu Abbas mengatakan "sesungguhnya manusia dipanggil insan kerana sifat lupanya sebab itu dikatakan bahawa sifat lupa adalah fitrah manusia. Imam Hasan Al-Basri berkata:"Kalaulah tidak kerana sifat lupa, nescaya kamu tidak ada dapati manusia berlalu lalang dijalanan". Ungkapan Hassan Al-Basri bermaksud, kalau tidak ada sifat lupa, nescaya semua berlumba-lumba melakukan ibadat kepada Allah sehinggakan tidak sempat langsung untuk urusan dunia, kerana mendapati perkara akhirat adalah segala-galanya. Lupa adalah penyakit bagi ilmu, sebagaimana Imam Hassan Al-Basri berkata: "Kalaulah tidak kerana lupa nescaya banyak lah ilmu sesorang ". Antara penyebab kepada lupa adalah kemaksiatan yang dilakukan oleh sesorang. Perkara ini telah disebut oleh sahabat Ibnu Masu'ud RA: "Aku beranggapan bahawa sesorang itu melupai ilmu yang dipelajarinya disebabkan oleh dosa-dosa yang dilakukannya". Diriwayatkan daripada Imam Abu Hanifah RA apabila beliau buntu dengan satu-satu masalah beliau berkata kepada muridnya: " Ini adalah datangnya daripada dosa yang telah aku lakukan". Lalu beliau terus saja beristighfar dan bersembahyang solat taubat lalu telah dibuka kepadanya pintu penyelesaian lalu beliau berkata:" Kemungkinan aku telah diampunkan oleh Allah". Seorang lagi ulamak bernama Wakii' bin Al-Jarrah dikatakan bahawa beliau telah dianugerahkan dengan ingatan yang kuat lalu beliau ditanya, apakah ubat kuat ingatan? Lalu beliau menjawab:' Kamu menjauhi maksiat". Satu lagi kisah sebagai tauladan. Imam Syafie juga antara tanda keajaiban kerana hafalannya sehingga dikatakan ketika membaca kitab, beliau terpaksa menutup sebelah kitab dikhuatiri matanya akan terpandang pada yang sebelah lagi dan terhafal. Satu hari hafalannya agak tumpul, lalu beliau dapati ia adalah kesan daripada susu kambing yang memakan tanaman orang lain tanpa izin. Sebab itu kita perhatikan ulamak dulu cukup mengambil berat persoalan makan minum dan manjauhi maksiat. Antara cara-cara lain untuk menguatkan ingatan adalah seperti berikut:- 1. Perbanyakkan bacaan Al-Quraan supaya hati kita bercahaya. 2. Biasakan diri kita menghafal Al-Quraan. Ini boleh menajamkan otak. 3. Terus beramal dengan ilmunya yang dipelajari. Biasanya ilmu yang diamalkan susah untuk dilupai. 4. Membiasakan diri dengan meminum madu lebah seperti yang dilakukan oleh Imam Az-Zuhri seorang tabi'iin. 5. Sentiasa berdoa kepada Allah agar dikurniakan ilmu dan dapat beramal dengan ilmu yang dipelajari. Wallahuaklam |