![]()
|
|
Soalan : |
Assalamualaikum... Saya seorang perempuan, bujang, berumur 28 tahun, anak bongsu dari 7 org adik beradik. Saya sudah bekerja sebagai kerani di sebuah jabatan kerajaan dan saya mempunyai pendidikan setakat spm sahaja. Saya selalu kecewa dan bersedih kerana belum mendapat jodoh tapi saya bersabar.. Soalan saya ialah saya ada berkawan dgn seorang lelaki berumur 27 tahun..oleh kerana saya ingin penjelasan dari dia sejauh mana persahabatan saya dgnnya saya telah bertanya dgnnya melalui email. Memandangkan dia seorang yg pemalu dan terlalu sukar utk memberi penjelasan secara langsung melalui telefon jadi saya buat keputusan bertanyakan hal demikian melalui email. Dia ada memberitahu dia anggap saya sbg rakan atau sahabat dan dia minta maaf kalau tidak dapat memenuhi impian seseorang selama ini dia kata lagi tapi dia telah berusaha...itu saja jawapannya. Tetapi kami telah berkawan dari tahun lepas dan saya rasakan sendiri dia berkawan dgn saya bukan kawan biasa. Mungkin juga saya perasan sendiri...tapi saya tak dapat lupakannya..Saya amat meminatinya..senang berkawan dgnnya..kerana sifaf yg dimilikinya..malah saya sayangkan dia dan selalu ambil berat ttg dia..apa yg saya beri semata2 ikhlas dan sayang terhadapnya. Kedua ibu bapa saya juga menyayanginya dan pernah berjumpa dgnnya semasa dia datang ke kampung saya pada bulan lalu. Bolehkah saya atau kedua ibu bapa saya menunaikan solat hajat utk melembutkan hati atau membuka hatinya itu utk saya? Salahkah cara yg demikian itu? Saya amat berharap minta pertolongan doktor dalam hal ini.Wassalam Hamba Allah |
|
Jawapan : |
Saudari, Melalaui luahan rasa saudari, saudari seolah-olah merasa tertekan dengan usia saudari yang semakin meningkat, tetapi masih belum ditemukan jodoh. Mengenai hal ini, saudari perlu insaf keadaan ramai lagi wanita yang senasib dengan saudari, malah ada yang lebih buruk lagi.Jika saudari benar-benar yakin dengan jodoh yang bakal menemukan saudari dengan jejaka pilinan bersabar dan bertindaklah dengan tenang. Jangan terlalu mengikut perasaan kecewa atau sayang saudari semata-mata. Perlu saudari sedari, kehidupan ini bukan disempurnakan atau diakhiri dengan perkahwinan semata-mata . Walau tidak dinafikan perkahwinan mampu membentuk kebahagian seseorang individu. Oleh itu, saudari perlu berhati-hati dalam membuat pilihan dan banyakkan memohon pertolongan Allah. Perlu saudari insafi ada di antara wanita yang teraniaya zahir batin setelah berumahtangga, bercerai disebabkan sikap terburu-buru atau cinta buta. Saudari, Sebaik-baiknya, kenalilah peribadi dan serba sedikit mengenai keluarganya, melalui orang yang boleh dipercayai. Di samping itu saudari juga jangan mengabaikan petunjuk dan pertolonga Allah. Sebagai hambaNya kita hanya mapu berusaha seupayanya dan natijahnya terpulanglah kepada ketentuan Allah. Dirikanlah sembahyang 'istikharah' dan sembahyang hajat dengan tujuan agar diilhamkan dan ditunjukkan oleh Allah, adakah saudari membuat pilihan yang terbaik dalam pemilihan ini. Ini seelok-eloknya dilaksanakan oleh kedua ibu bapa saudari. Ulangilah beberapa kali hingga saudari benar-benar yakin petunjuk Allah. Jika jawapan yang sauadari rasakan dan begitu juga ibu bapa saudari , maka bolehlah saudari teruskan pula melakukan sembahyang hajat agar dilembutkan hati pemuda tersebut untuk melamar saudari dan seterusnya. Namun jika petanda negatif yang saudari rasakan dan perolehi, banyak-banyaklah bersabar, keranan itulah yang terbaik untuk saudari demi kepentingn dunia dan akhirat. Dalam hal ini saudari mesti meyakini kehendak Allah kerana tiada sipa yang tahu hikmah dan kebaikkan disebaliknya. Saudari, Insya Allah usaha dan kesungguhan saudari tidak akan dipandang sepi. Allah Maha Mengetahui perkara yang terbaik buat saudari. Yang penting saudari perlu meletakkan target dan azam untuk mencari suami yang baik yang bakal memberi kebahagian buat saudari di dunia dan akhirat. Di sini disertakan doa-doa yang elok diamalkan oleh saudari selepas menunaikan solat @ sembahyang lima waktu atau solat istikharah dan solat hajat. ![]() Doa Istikharah dibaca selepas solat istikharah
![]() Doa sembahyang hajat
![]() |