KURANG KASIH SAYANG

Soalan :

Assalammuailaikum...ustaz,

 saya anak kedua dari 4 orang adik beradik.ibu dan bapa saya telah lama berpisah.Sekarang saya mempunyai ayah tiri dan ibu tiri.Masalah saya dari kecil saya tidak pernah menerima kasih sayang dari ayah saya sekarang saya belajar di ipt di ibukota dan tidak jauh dari rumah ayah kandung saya..saya tak boleh menerima dia kerana cara hidup dia jauh lari dari agama allah.seperti tidak sembahyang dan berpuasa.Ibu tiri pula selalu mengapi-apikan ayah saya.Ibu pulak bila setiap kali saya menelefonnya di johor seolah-olah tidak mahu bercakap dengan saya.apatah lagi bertanya khabar ttg diri saya.ini membuatkan saya berasa diri saya tiada sesiapa yang sudi menyayangi.Kakak saya sibuk dengan urusan kerja dan kedua orang adik saya belajar di berlainan tempat.

Kebetulan sekarang saya baru lepas putus cinta kerana teman lelaki saya yang tidak jujur dalam perhubungan kami.

gadis sepi..


Jawapan :

Pertama sekali kami mohon kemaafan atas kelewatan ini. Mengenai masalah yang dihadapi oleh saudari. Klinik Hati terlebih dahulu mengajak agar sentiasa bersabar di samping tingkatkan ketakwaan dengan mendekatkan diri kepada Allah. Di dalam Al Quran Allah berfirman yang mafhumnnya:

"Dan sekitaranya mereka beriman dan bertakwa nescaya bagi mereka dari sisi Allah gnajaran pahala dan kebaikan kalau mereka terddiri daripada orang yang mengetauhi" Al Baqarah:103

Dan firmanNya lagi:

"Dan sekiranya mereka itu beriman dan bertakwa, nescaya kami bukakan bagi mereka keberkatan daripada langit dan bumi&ldots;"

Lihatlah betapa pentingnya ketakwaan terutama dalam kesulitan. Dalam sebuah hadis, Rasulullah menceritakan perihal orang mukmin dengan sabdanya:

"Apabila merek mendapat nikmat mereka bersyukur danapabila mereka ditimpa bala/ujian mereka bersabar.

Mengenai hubungan saudari denga keluarga saudari, Klinik Hati mencadangkan agar dipereratkan lagi hubungan kekeluargaan sungguhpun saudari mempunyai masalah dalam menjalinkan hubungan kekeluargaan tersebut, Insya Allah dengan berkat usaha saudari disamping berdoa dan usaha, hubungan itu akan pulih. Namun tunjukkanlah tingkah laku yang terbaik dan cuba dekatkan diri dengan mereka dengan mengadakan ziarah atau sering berhubung dengan mereka. Bak kata pepatah 'tak kenal maka tak cinta'. Jadi denga cara tersebut Insya Allah mereka akan menyedari tanggungjawab mereka. Berbuat baiklah kepada mereka lebih-lebih lagi mereka itu ibu bapa saudari sendiri.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Asma' binti Abu Bakar. Dia bertanya kepada Rasulullah dengan katanya "Ibu(yang ia berkeadaan musyrik) datang kepadaku dalam keadaan senang, apakah saya boleh menyambutnya? Rasulullah bersabda: Ya jalinlah hubungan dengan ibumu" -Riwayat Bukhari dan Muslim.

Ada seorang sahabat bertanya kepada Nabi : "apakah amalan yang paling dicintai Allah". Nabi menjawab : "Berbakti kepada ibu bapa". - Riwayat Bukhari dan Muslim

Daripada Anas r.a. berkata, Rasulullah bersabda : "Barang siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka sambungkanlah tali silaturrahim". -Riwayat Bukhari dan Muslim.

Mengenai 'putus cinta' yang saudari alami, Klinik Hati ingin tegaskan:

 1. Cinta yang abadi ialah cinta kepada Allah dan RasulNya.

 2. Dalam sebuah hadis Rasulullah tegaskan : "Tiga golongan yang mendapat kemanisan Iman, salah satunya bahawa dia mengasihi seseorang atas dasar kerana Allah". Jelas dalam menjalinkan persaudaraan perlukan keikhlasan hati kerana Allah. Faedahnya jika berlaku sesuatu seorang itu tidak gundah dan sebagainya.

 3. Jodoh adalah di tangan Allah. Kita hanya merancang tapi penetunya adalah Allah oleh itu bersabar dan terima ketentuan ini dengan hati yang tenang. Klinik Hati mendokan saudari beroleh yang lebih baik lagi.

Amin