![]()
|
|
Soalan : |
Assalamualaikum, Saya ingin meminta pendapat Tuan tentang apa yang perlu saya lakukan berkenaan dengan keadaan yang saya hadapi sekarang. Saya seorang pelajar lelaki berumur 21 tahun dan mempunyai seorang sahabat perempuan yang sebaya. Keadaan yang saya hadapi sekarang ialah sebelum saya mengenalinya, saya telah menanamkan dalam diri saya bahawa saya perlu mengelakkan diri saya daripada rapat kepada seseorang perempuan, untuk mengelakkan saya daripada terikat dengan sebarang perkahwinan, kerana saya bercadang hanya untuk memikirkan tentang perkahwinan apabila saya telah berumur 35 tahun. Ini adalah kerana saya berfikir, apabila saya tamat belajar nanti, saya boleh tumpukan kepada untuk mencapai cita-cita saya dan juga untuk membantu ibu-bapa saya. Oleh itu, walaupun saya rasa saya telah menemui sahabat saya itu yang saya rasa cukup baik dari segi agama dan budi pekertinya, tetapi saya tidak berani untuk melakukan apa-apa (contohnya memberitahunya), kerana saya takut jika dia mengetahui tentang perkara tersebut, tentulah saya mestilah menjalinkan satu perhubungan yang serius dengannya, dan seterusnya tentu kami perlu melangsungkan perkahwinan semasa kami dalam peringkat umur 20-an lagi. Saya bimbang apabila saya telah berkahwin nanti, saya tidak akan dapat menjaga hati kedua ibu-bapa saya dan tidak membalas jasa mereka dengan sebaik-baiknya seperti mana yang dapat saya lakukan jika saya tidak berkahwin lagi, itu yang saya fikirkan, apakah yang saya fikirkan itu benar, salah atau bagaimana? Walaubagaimanapun, saya benar-benar mengambil berat tentang sahabat saya tersebut dan saya fikir dengan memberitahunya apa yang saya rasa dapat membantu saya dan dia dalam perkara ini. Adakah sebarang amalan yang boleh dilakukan selain sembahyang sunat Istikharah untuk memohon kepada Allah supaya menunjukkan jalan yang terbaik? Selain itu, saya ingin bertanya bagi seorang lelaki Islam, berapakah umur yang sesuai untuk melangsungkan perkahwinan, dan adakah perkahwinan itu penting kepada seseorang Islam terutamanya untuk orang yang bercita-cita tinggi untuk mendalamkan pengetahuan dalam kedua-dua bidang ilmu dunia dan akhirat.Sekian, Terima Kasih.Assalamualaikum..... Hamba Allah yang lemah. |
|
Jawapan : |
Pertanma sekali kami mengucapkan tahniah diatas semangat saudara untuk menuntut ilmu dan diatas inagtan saudara terhadap jasa jasa ibubapa. Banyak ayat al Quran menyuruh kita melakukan kebaikkan kepada kedua ibubapa speerti firmannya yang bermaksud : ( Dan bagi kedua ibu bapa kebaikkan. ) Mengenai persoalaan tentang persahabatan saudara tersebut seboleh nya dielakkan daripada terkena penyakit 'cinta' lebih lebih lagi ketika saudara masih lagi didalam alam pengajian. Namun begitu sekiranya anda ingin bersahabat ianya perlulah diiiringi dengan keikhlasan kepadA Allah serta menjaga batas batas pergaulan menurut pandangan Islam. Masaalah membalas jasa ibubapa ini tak semestinya ia tak dapat ditunaikan selepas berkahwin. Akan tetapi perlu difikirkan dengan sebaiknya bahawa jika anda berkahwin maka anda akan ditambahkan lagi tanggungjawab yang mesti dipikul. Oleh yang demikian anda perlu melihat keadaan saudara dan kemampuan saudara. Disamping itu pesoalan perkahwinan ini juga mesti difikir bersama kedua Orang Ibubapa. Kami menyokong pandangan anda yang hendak berbincang dengan baik bersama sama sahabat anda. Akan tetap harus diingat, seboleh nya perbincangan perbincangan anda dengannya adalah dalam keadaaan anda menceritakan apa yang seharusnya anda buat, apa tanggungjawab dan apa cita cita anda seperti hendak membalas jasa ibubapa dan sebagianya. Elakkan terlebih dahulu persoalan persoalan 'perkahwinan 'dan sebagianya. Solat Isthikarah disyariatkan bagi menunjukkan pentingnya pergantungan hamba dengan tuhannya. Ini kerana Dialah yang mengaturkan urusan manusia dan mengtahui masa depan seseorang hamba. Oleh itu dengan Isthikrah, Insyaalah seseorang itu diberi petunjuk yang terbaik daripada Allah.Selain Isthikarah saudara juga boleh melakukan solat Hajat memohon agar sentiasa diberi petunjuk kepada Allah disamping sentiasa berdoa. Didalam Islam tidak dihadkan umur untuk berkahwin. Namun Islam menggariskan syarat syarat lain seperti baligh, mempunyai kemampuan dan lain lain. Perkahwinan merupakan suatu yang pentig sehingga nabi bersabda " Sesiapa yang meniggalkan sunnahku satunya perkahwinan maka dia bukan dari kalangan kami." Perkahwinan mempunyai pelbagai faedah salah satu dapat menjaga mata, diri , hati , seseorang daripada kemaksiatan kepada Allah. Manakala adakah ianya menghalang citacita untuk mendalam ilmu pengtahuan, ianya bergantung kepada keadaan seseorang itu kadang kadang perkahwinan itu menjadi wajib bagi mereka yang tak mampu menahan syahwat dan dia nya berkampuan serta diaperlukan perkahwinan untuk menaikkan semangat terus belajar. Kesimpulannya ia bergantung pada keadaan seseorang .. Wassalam..
|