SIFAT KEBUDAKAN

Soalan :

Assalamulaikum

Masalah saya walaupun usia saya sudah 29 tahun tapi perangai dan tingkah laku masih seperti kebudak-budakan, perkara ini saya sedari dan cuba untuk memperbaiki tetapi gagal, tolonglah bagi saya tip2 yang boleh saya amalkan.

2. Saya mempunyai sifat buruk yaitu cepat naik darah dan suka bersendirian pada satu2 ketika, berilah saya sedikit bimbingan.

Terima kasih, wassalam


Jawapan :

Sifat kebudak-budakan kadangkala wujud pada mereka yang telah dewasa. Namun bagitu perlu dilihat adakah sifat ini seentiasa wujud tanpa mengira tenpat dan masa atau ianya wujud pada waktu-waktu terrentu sahaja seperti mana apabila seseorang itu berada bersama rakan sebaya dan sebagainya. Jka ianya satu kelaziman, maka seorang itu perlulah berusaha mengurangkan serta meletakkan pada waktu dan tempat tertentu sahaja. Manakala jika ianya wujud dalam suatu ketika seperti diatas, maka elakkan ianya daripada keterlaluan. Ini kerana kadangkala seseorang itu tidak mampu untuk melarikan diri daripada memperaktikkan sesuatu yang merupakan pengalaman lampau. Cuma elakkan daripada ianya berlebihan kerana hal ini memalukan lebih-lebih lagi bila umur kita meningkat dewasa.

Antara tips yang boleh diamalkan bagi merawat sifat tersebut ialah bergaul dengan mereka yang lebih dewasa atau orang yang tua. Ini akan membawa seseorang itu memahami dan cuba memperaktikkan sifat-sifat kedewasaan . Disamping itu, dengan memandangkan usia saudara yang telah meningkat, kami cadangkan saudara agar mencaari teman hidup. Ini kerana kebiasaanya seseorang itu akan mengalami perubahan sikap selepas berkahwin. Akan tetapi pilihlah teman hidup yang mampu membimbing saudara.

Cara untuk mengubati sikap cepat naik darah ialah dengan apa yang telah di tunjukkan oleh Rasulullah:

1. Ketika kita marah, perbanyakkan beristighfar ( astaghfirullah) Ini kerana marah adalah datangnya dari syaitan.

2. Dalam sebuah hadis yang mafhumnya: " Jika kamu marah dalam keadaan kamu berdiri maka hendaklah kamu duduk, jika sikap tersebut masih ada, ambillah wuduk serta solat sunat dua rakaat"

Perasaan suka bersendirian pada suatu ketika ini biasanya timbul akibat daripada sesorang itu menghadapi masalah atau ia adalah menjadi satu tabiat. Sikap ini bukanlah suatu yang buruk jika dengan bersendirian saudara memikirkan penyelesaian kepada masalah, manakla jika ianya suatu tabiat cuba kurangkan dan isikan masa tersebut dengan kerja-kerja berfaedah sepeeri mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan solat sunat, berzikir,membaca Al-Quraan dan sebagainya. Ini kerana firman Allah yang bermaksud " Adalah dengan berzikir/mengingati Allah memberi ketenangan kepada hati.

 

Wallahuaklam