![]()
|
|
Soalan : |
Assalamualaikum, Saya sendiri merasa sedih apa perkara yang saya alami. PAda permulaannya saya tidak mengetahui apa itu melancap atau pun beronani. Tetapi setelah saya merujuk kepada ruangan ini dan beberapa majalah wanita. BArulah saya kenal pasti apa yang menimpa diri saya.Saya sedar perkara ini telah lama berlaku sejak saya belum baligh lagi dan berterusan sehingga saya berusia 20 tahun kini. Saya memang ada niat untuk berhenti melakukan perkara tersebut, tetapi hanya bertahan beberapa bulan sahaja, kemudian saya ingin melakukannya semula.Saya tidak tahu bagaimana harus saya lakukan, jikalau saya tidak melakukannya saya tidak dapat tidur malam. Saya ingin minta pendapat tuan, apakah kesannya pada diri saya, sebab saya adalah wanita, saya ingin memperolehi zuriat, ingin bersuami...... saya ada terbaca jikalau melakukannya selalu, saya akan menjadi pelupa, saya ingin pendapat tuan bagaimana untuk menghindarkan diri saya terjerumus semula . Hamba Allah |
|
Jawapan : |
Masaalah saudari merupakan isu disiplin diri sendiri . Syurkurlah kepada Allah kerana saudari terasa bersalah dan ingin kembali kepangkuanNya. Perasaan yang saudari alami ini menunjukkan bahawa Allah masih sayang kepada saudari. Harap janganlah saudari lepaskan peluang ini. Sekarang pokok perbincangan masalah ini bergantung kepada keikhlasan hati saudari sendiri.. Jika saudari benar-benar ingin mengatasi masaalah ini, pertama sekali saudari perlu yakin bahawa setiap perbuatan saudari sentiasa diawasi oleh Allah. Apabila perasaan saudari terganggu, waktu itu ingatkan lah diri saudari bahawa kedua malaikat akan merakam segala perbuatan saudari dalam video rakaman Allah. Di akhirat nanti, Allah akan tayangkan perbuatan saudari itu dihadapan khalayak ramai sebelum hukuman dijatuhkan. Bayangkanlah bagaimana keadaan saudari di hari perbicaraan di mahkamah Allah. Ibu bapa dan saudara mara saudari akan sama-sama menyaksikan perbuatan saudari itu. Insya Allah, dengan mengingati diri sendiri tentang alam perbicaraan di padang mahsyar nanti,dapat membantu saudari menghentikan perbuatan ini. Kejayaan mengatasi masalah ini akan berhasil dengan syarat saudari benar-benar ingin kembali kepangkuan Ilahi dan sanggup bertaubat. Bagi mengatasi masalah dimana perbuatan ini mengganggu tidur saudari, pertama sekali ambil wuduk dan terus membaca Al-Quran. Insya Allah, semoga syaitan yang bertapa diatas tubuh akan lari bertempiaran.. Amalkan lah doa-doa seperti doa tidur dan seterusnya. Nasihat terakhir kami ialah saudari mesti sentiasa berdamping dengan orang-orang yang suka melakukan amal ma'ruf dan menegak nahi mungkar, menghadiri kuliah-kuliah agama dan akhir sekali banyakkan berzikir. Insya Allah, amalan-amalan ini akan menjadi perisai saudari menentang serangan syaitan laknatullah. Kami berharap saudari tidak akan membenarkan syaitan menang dalam pertempuran ini. Selamat Berjaya. Wasalam. Semoga Allah memcucuri rahmatnya keatas saudari. |