GAY

Soalan :

Assalamualaikum,

Saya di sini mempunyai masalah yang amat besar. Saya suka lihat gambar kaum sejenis saya. Saya ingin cari jalan penyelesaian tapi gagal.

Tolonglah saya. Saya tak mahu dikategorikan sebagai GAY keran saya tahu benda tu berdosa di sisi agama. Kekadang untuk ngelak diri saya dari terjebak dalam dunia GAY tu, saya hanya lihat gambar agak explicit di internet dan 'melancap' seorang diri sahaja.

 Saya amat sedih dengan apa yang berlaku terhadap diri saya kerana dahulu saya boleh dikategorikan sebagai orang kuat jugak pegangan agama. Saya senantiasa sembahyang dan tak pernah lagi tinggal sembahyang (kcuali terpaksa qhada' sekali sekala kerana sentiasa tak dapat elak ada kelas)

Saya sedang melanjutkan pelajaran di luar negeri dan pergaulan saya agak bebas kerana saya seorang yang agak friendly dengan semua orang. Sebagai lelaki, saya kerap kali cuba untuk suka perempuan tetapi selalunya saya lebih tertarik terhadap kaum sejenis.

Tolonglah saya, atas sebab ni saya harap pihak tuan dapat menolong saya, dan saya tak dapat beri tuan nama penuh saya keana saya terlalu MALU BESAR untuk memperkenalkan diri saya. Saya harap ada keikhlasan di pihak tuan untuk membantu saya yang lemah ini. Tapi pihak tuan boleh memanggil

saya Hamba Allah yang perlukan PERLUKAN BANTUAN


Jawapan :

Waalaikumussalam

Terlebih dahulu kami bersyukur kepada Allah kerana anda arif tentang hukum hakam orang yang digelar "Gay". Sepertimana dimaklumkan hukumnya adalah HARAM dan akan membawa keambang neraka jahanam. Aauzubillah.

Masalah anda sebenarnya adalah berkaitan dengan NIAT anda sewaktu ingin bergaul atau berkawan. Niat anda tidak sihat kerana anda lebih mirip kepada perkara-perkara yang memang diharamkan oleh syarak. Sebagai seorang Muslim anda sepatutnya bergaul atau bermesra dengan seseorang itu semata-mata kerana Allah . Dalam pergaulan itu anda perlu menjaga adab-adab agama supaya anda akan menjadi orang yang hormati dan disegani. Yang penting di sini ialah seorang Muslim dimana sahaja dia pergi dan dengan siapa sahaja dia bergaul dia akan hanya membawa kebaikan dan bukannya kerosakan.

Tentang isu saudara melihat gambar-gambar dan melancap diri, tanyalah diri sendiri kenapa anda melakukannya ?. Apakah niat anda itu? Adakah anda dahagakan keseronokan sehingga sanggup melakukan perkara-perkara yang hina dan keji itu. Dimanakah perasaan malu anda sewaktu membuat perkara-perkara seperti itu. Lupakah anda bahawa Allah dan 2 malaikat yang berada begitu dekat dengan anda sedang menyaksikan perbuatan anda itu. Malu kepada manusia tidak perlu anda risau kerana bukan semua manusia di dunia ini tahu tentang perbuatan anda itu. Malunya mesti hanya kepada Allah s.w.t.

Kami harap anda dapat menjawab soalan-soalan tersebut dengan jujur dan ikhlas. Jawapannya adalah diantara anda dengan pencipta anda. Kami . Sebagai manusia kami hanya boleh mengingatkan dan menasihatkan sahaja supaya anda tidak dijadikan salah seorang daripada mangsa syaitan.

Kami tidak mahu anda menyerah diri kepada ajakan dan bisikan syaitan kerana dia pasti akan berusaha sedaya upaya untuk membawa anda kepangkuannya.

Berkenaan dengan pergaulan anda pula dengan kaum wanita kami ingin menasihatkan anda supaya periksa lah niat anda sekali lagi.. Jika anda ingin bergaul mereka semata-mata ingin mencari keseronokan atau mengisi ruang hati yang sunyi sepi kami nasihatkan jangan lah terjerumus dalam jerat syaitan ini. Sepertimana diketahui Islam membenarkan kita berfikir soal wanita apabila kita sudah bersedia untuk berumah tangga iaitu sanggup memikul tanggungjawap. Islam adalah satu-satunya agama di dunia ini yang tidak membenarkan kaum wanita di jadikan alat penghibur sebaliknya mereka ini mesti dihormati dan disanjungi sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak yang bakal dilahirkan. Cara untuk memilih wanita yang sesuai juga ada tercatit dalam hadis Rasulullah dimana kita boleh menjadikannya sebagai panduan .

Walaupun saudara berada dinegara orang yang mungkin juga tidak seagama dengan saudara, anggaplah segala yang dihadapan anda itu merupakan cubaan dan dugaan daripada Allah s.w.t. Beritahulah kepada diri anda bahawa anda telah dipilih oleh Allah untuk menyampaikan risalah Nya. Oleh kerana itu anda banyakkan membaca supaya dapat menambahkan ilmu agama dan menyertai persatuan-persatuan atau organisasi-organisasi Islam yang terdapat di situ. Di samping itu jangan sekali-kali meninggalkan sholat 5 kali sehari semalam kerana ia merupakan talian yang mengeratkan kita dengan Allah. Jika saudara memutuskan talian ini, anda telah menjauhkan diri dengan Allah. Juga banyaklah berzikir dan membaca doa-doa supaya ia dapat mencekalkan hati anda. InsyaAllah satu hari nanti munkin anda dapat pula membantu mereka yang sedang mencari kebahagiaan dunia dan akhirat.

InsyaAllah dengan niat ingin menyelamatkan umat manusia dan membawa mereka keambang syurga kami yakin anda dapat menempiskan gangguan-gangguan syaitan itu. Dia akan lari bertempiaran kerana anda sekarang lebih condong dalam mencari cahaya Allah s.w.t.

Selamat berjaya.

We are with you. You are not alone on this battle field.