![]()
|
|
Soalan : |
Assalamualaikum, Saya ingin keudarakan masalah saya. Sebelum ini saya telah berkenalan dengan seorang lelaki melalui dunia Cyber. Setelah itu kami pernah berjumpa. Umurnya yang dia beritahu adalah 28 manakala saya baru 20.. dan mengatakan dia masih bujang. Saya adalah pelajar IPT, saya dan dia kerap berjumpa, dia kini menetap di Kuantan Pahang, dan saya di Seremban. Dia selalu datang berjumpa dengan saya walaupun jaraknya jauh. Sepanjang perkenalan kami sejak 6 bulan lalu, dia begitubaik dan take care saya sepanjang kehidupan saya. BAru-baru ini, dia ada menyatakan bahawa dia sudah berkahwin, saya merasa kecewa dengan hal ini semua. Bagi saya, saya telah jatuh hati kepadanya, apabila mendengar berita ini, tentu membuat kan saya merasa sedih teramat sangat. Dia telah memberitahu perkara sebenar bahwa dia sudah berusia 33 tahun dan dia telah berkahwin sejak 10 tahun yang lalu dan mempunyai anak 4 orang, yang paling tua 9 tahun dan paling kecil 2 tahun. SAya bertanyakan kepadanya, kenapa dia membohongi saya,alasannya sebab dia tak mahu menganggu saya dalam pembelajaran (memang benar ketika itu saya baru sahaja memasuki IPT dan akan mengambil exampertama kali) Kini, saya dan dia masih terus lagi berkawan. Dia tidak mahu putus hubungan, dia masih mahu keluar bersama saya tanpa pengetahuan isterinya. Dia juga sayangkan saya. Untuk pengetahuan, semasa dia berkahwin adalah atas dasar keluarganya. Dia terpaksa berkahwin dengan pilihan keluarganya iaitu sepupunya sendiri kerana keluarga lelaki terasa terhutang budi kepada keluarga perempuan kerana sepanjang dia belajar di IPT pihak keluarga perempuan telah banyak membantu. Akhirnya kami telah membuat keputusan, bahwa kami hanya bercinta sahaja tetapi tidak berkahwin cara ini akan berterusan sehinggalah samapai jodoh saya. Memang cara kami salah, tetapi ini adalah perasaan kami. Saya mahu pendapat Tuan dalam masalah ini dan pada masa depan saya jika dah bekeluarga nanti. Sekian terima kasih.... Hamba Allah, Malaysia |
|
Jawapan : |
Masalah saudari yang paling ketara dan serius kerana saudari telah mempertuhankan hawa nafsu saudari sendiri. Kenapakah kami berkata sedemikian? Ini adalah kerana saudari sendiri mengatakan bahawa saudari sedar perbuatan saudari itu salah tetapi saudari meneruskannya juga semata-mata ingin memuaskan perasaan saudari.. Memandangkan saudari ingin tahu pandangan kami tentang hal ini, kami akan memberitahu saudari dengan harapan Allah akan membantu kita semua, insyaAllah. Pertama sekali, menurut pandangan kami, si lelaki ini adalah seorang yang bersifat tidak bermoral, mementingkan diri sendiri dan seorang ayah yang tidak bertanggungjawab. Kenapa kami kata sedemikian? Sebagai seorang lelaki yang sudah berumahtangga selama 10 tahun dan mempunyai 4 orang anak dimana kah letaknya tanggungjawapnya terhadap keluarganya. Sebagai pemimpin dalam rumahtangganya dia wajib mendidik isteri dan anak-anak nya mengenal Allah dan mengerjakan segala perintah-perintah Allah. Tetapi kerana dia seorang yang tidak bertanggungjawap maka tugas utama yang diamanahkan oleh Allah keatas nya dia abaikan. Bolehkah orang seperti ini kita percayai? Jawapannya sudah terbukti : - Pertemuan yang pertama diantara saudari dan dia terjelas sifat celanya terbukti apabila dia menipu saudari mengatakan dia masih bujang dan seterusnya.. Alasan yang dia beri tidak dapat di terima oleh akal yang sihat dan bermoral. Untuk maklumat saudari hukumnya adalah Haram apabila mengatakan dia bujang walhal dia sudah berumahtangga. Kedua , dia menjaga saudari dengan baik sekali selama 6 bulan. Ini baru 6 bulan sahaja saudari. Isteri yang dinikah selama 10 tahun kenapa tak di jaga nya dengan baik dan berlaku dengan jujur. Tidakkah saudari terpikir dia juga boleh lakukan sedemikian kepada saudari suatu hari nanti ? Ini sudah menjadi satu permainan bagi nya. Tetapi dia memberi alasan pula dengan mengatakan perkahwinannya adalah pilihan keluarga. Sekarang persoalannya ialah: - Dia tidak menyebut dia di paksa sekadar pilihan keluarganya sahaja. Dimana akhirnya dia setuju kalau tidak masakan bertahan sehingga 10 tahun dan mendapat 4 zuriat pula. Bukankah perbuatannya menipu isteri dan mengabaikan 4 orang insan yang tidak berdosa itu adalah perbuatan kejam. Jika saudari membiarkan dan menggalakkan perbuatan penipuan ini bukankah saudari juga bersubahat dalam merosakkan kebahagiaan anak-anak yang tidak bersalah ini. Jika si lelaki ini sudah merasa bosan terhadap isterinya yang berusia selama10 tahun ini, kenapa tidak di lakukan mengikut hukum syarak. Sebagai seorang lelaki dia di beri peluang bernikah lebih daripada satu, jadi tidak timbul masalah disini jika dia ingin berkahwin dengan saudari. Sebagai seorang lelaki yang bermoral dan bertanggungjawap dia tidak akan mempermainkan dan memperalatkan saudari demi kepuasan nafsunya. Bayangkan saudari baru sahaja berusia 20 tahun dan hidup saudari masih menunggu saudari tetapi si lelaki ini sudah tenggelam di telan usia dan pengalaman. Tidak kejamkah sekiranya dia hendak menahan saudari daripada mengharungi masa depan yang manis dan bermoral. Dalam usia sebegini, dia sepatutnya memperbaiki diri dan meninggikan dirinya dalam pengajian agama sekurang-kurangnya apabila mati nanti bolehlah anak nya yang soleh itu mendoakan untuknya. Juga saudari tidak akan disoal oleh Allah kerana menjadi punca dalam membawa kerosakkan di muka bumi ini. InsyaAllah, esok hari saudari akan merasa bangga dengan diri sendiri kerana saudari telah dapat menewaskan syaitan dalam mencari keredhaan Allah s.w..t. Pada suatu masa nanti saudari boleh menjadi model yang terbaik untuk zuriat-zuriat saudari, insyaAllah. Akhirkata dari pihak kami ialah jikalau saudari rasa dia lah orang yang dinanti-nanti selepas sholat Istikharah, kami harap saudari ikutlah jalan yang di gariskan oleh agama. Tidak berguna jika hawa nafsu di beri keutamaan kerana akhirnya neraka jahanam lah tempat bertapa. Semoga Allah memimpin kita semua . amin Cara-cara untuk mendekati diri dengan Allah bagi supaya hawa nafsu dapat di kawal ialah : 1.
Sholat 5 kali sehari semalam Wallahuaklam |