![]()
|
|
Soalan : |
Assalamualaikum Saya seorang gadis yang berusia 29 Tahun, belum berumahtangga telahpun bertugas di Jabatan Kerajaan dan berpendidikan setakat diploma 1. Apakah hukumnya bagi seorang wanita islam menolak pinangan seorang lelaki muslim semata2 kerana tidak mencintai lelaki memandangkan lelaki tersebut tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh dan pada pandangan saya dia tidak mampu membimbing saya untuk kebahagian di akhirat kerana pada saya, saya inginkan seorang suami yang menitikberatkan pendidikan agama demi kerana Allah semata2. Apakah hukumnya pula menolak pinangan seorang lelaki tidak muslim kerana masalah yang sama adakah saya berdosa?????????? dan apakah hukumnya, saya menyedari saya seorang gadis yang mempunyai pegangan agama yang cetak oleh hal yang demikian saya inginkan seorang suami yang benar2 menitikberatkan soal pendidikan agama agar hidup saya diredhai tuhan dunia dan akhirat. 2. Soalan saya yang ke 2 berdosakah seorang wanita yang selalu mengecewakan perasaan lelaki semata2 kerana lelaki tersebut tidak memenuhi citarasa saya. Wassallam. |
|
Jawapan : |
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan tahniah kepada saudari kerana masih berpegang teguh kepada kehendak agama Allah. Syukurlah kehadarat Illahi. Untuk makluman saudari, terdapat sebuah hadis Rasulullah s.a.w. dimana beliau telah berpesan sekiranya kita ingin berumahtangga kita perlu bergantung kepada 4 faktor yang utama iaitu : 1.
Harta benda atau kekayaannya Walaubagaimanapun Rasulullah s.a.w. telah berpesan diantara 4 faktor ini yang paling baik adalah memilih seorang yang bepegang teguh kepada agamanya. Melalui hadis ini saudari telah membuat satu pilihan yang sangat baik dan tepat seperti mana yang telah di pesan oleh Rasulullah s.a.w. Jadi sudah pastilah saudari tidak berdosa jika saudari menolak pinangan mereka dengan alasan mereka tidak dapat membimbing saudari demi mencapai kebahagiaan diakhirat nanti. Setiap manusia mempunyai citarasanya tersendiri . Allah s.w.t. telah mencipta kita sebegitu rupa supaya kita sentiasa dapat melahirkan sifat bertoleransi dan sabar sesama manusia. Yang menjadi pokok pembahasan di sini ialah kita mesti pastikan segala citarasa kita itu sentiasa berada dilandasan yang diredhai oleh Allah dan Rasul. Sekiranya kita sentiasa menjaga perasaan kita supaya jangan ia digoda oleh hawa nafsu atau ajakan syaitan, insyaAllah, kita akan merasa kemanisan iman itu. Jadi isu mengecewakan perasaan lelaki atau mengecewakan mereka tidak timbul kerana citarasa saudari adalah berlandaskan kepada Quran dan Hadis. Yang penting sekali jangan saudari membelakangkan atau menepikan hukum-hukum agama demi menjaga perasaan manusia kerana di hari esok kita akan dipersoalkan kerana perbuatan kita tidak ikhlas semata-mata untuk Allah s.w.t Kami ingin mengambil kesempatan disini untuk menghulurkan sedikit nasihat buat saudari tentang mencari suami yang berpendidikan agama. Agama Islam adalah satu-satu nya agama yang mengajar kita cara untuk mengharungi hidup seharian. Dari mula kita buka mata sudah terdapat doa bangun tidur kemudian diberi pula ganjaran kerana kita menggosok gigi dan membersihkan diri.. Apabila hendak memakai baju ada pula doanya kemudian hendak pakai kasut diajar supaya dimulai dengan kaki kanan dan seterusnya. Tidak sama dengan agama lain. Mereka hidup mengikut akal yang lojik atau perasaan sendiri akhirnya mereka melakukan sesuatu tanpa mengetahui sebab-sebabnya. Tetapi bagi kita Allah sudah gariskan semua panduannya supaya hidup kita ini akan menjadi lebih bermakna dan sebagai balasanya atas kepatuhan kita, Dia akan membalas kita dengan syurga. Oleh kerana itu sebagai seorang Muslim ia merupakan tanggunjawap kita sendiri sebagai individu mempelajari dan mendalami agama yang kita anuti ini. Kita tidak boleh hanya bergantung kepada orang lain dalam urusan agama kerana di kubur nanti kita akan dipersoalkan atas segala perbuatan atau amalan yang kita lakukan sendiri. Jika saudari seorang yang berilmu insyaAllah saudari juga boleh membantu dan membimbing bakal suami saudari di suatu masa nanti. Jangan lah kita rasa tanggungjawap membimbing kaum wanita hanya terletak kepada kaum lelaki sahaja. Sebagai suami isteri kita sepatutnya saling bantu membantu dalam semua aspek termasuk dalam mencari keredhaan Allah s.w.t. Lagi pun sebagai seorang wanita dan bakal ibu ia adalah tanggungjawap kita untuk mendidik anak-anak supaya menjadi anak-anak yang sholeh. Jadi kami berharap jangan lah saudari hanya bergantung kepada kaum lelaki dalam mencari ilmu agama. Kami berharap saudari akan menghadiri ceramah-ceramah agama dan banyakkan membaca buku-buku berkaitan dengan agama . Jadikan satu amalan harian dalam mengaji Quran dan cubalah memahami maknanya sekali. InsyaAllah sewaktu sholat sentiasa mendoakan supaya saudari mendapat suami yang akan membantu saudari mendekati Allah s.w.t. InsyaAllah, kami berdoa semoga Allah akan menyinari cahayaNya keatas saudari. Amin. |