KELIRU DENGAN AGAMA

Soalan :

saya sedang belajar di luar negeri. Islam di sini berlainan dengan cara Melayu dan saya lebih percayakan pendapat2 mereka kerana Melayu hanya taksub dan mengikut pendapat syafie dan menolak yang lainnya. Ini adalah salah bagi saya, saya ni sekarang sudah keliru dengan agama Islam atapi saya tahu Islam itu benar dan saya hanya ingin mengikut al Quran dan HAdis tapi yang lain-lainya saya tinggalkan kerana tidak pasti kebenarannya. Saya sekarang mepunyai masalah mempercayai kata2 sesiapa sahaja bersangkut paut dengan agama kerana tidak tahu unsurnya dan saya hanya mahukan alquran dan hadis.

 Apa yang perlu saya lakukan kerana saya fikir saya pandai dan tahu fikir sendiri. saya fikir saya sentiasa betul dan ini membuatkan saya takut kerana saya tak pernah fikirkan yang saya salah dalam apa sahaja yang saya buat dan cuba memikirkan logik atau dalih dalam otak saya untuk mebenarkan ia. saya sekarang betul2 terhimpit dengan pemikiran ini seolah2 menyebabkan saya seperti ingin menjadi freethinker tetapi mau ikut alquran dan hadis tapi tidak tau menafsirkannya.

Hamba Allah


Jawapan :

Untuk makluman saudara bukan semua Melayu di Malaysia taksub dan mengikut pendapat Imam Shafie . Kebanyakkan mereka yang intellect boleh menjadi taksub kerana mereka lebih suka mencari jalan yang mudah dimana mereka tidak perlu banyak berfikir. Mereka lebih senang meninggalkan urusan agama kepada ulamak-ulamak atau ustaz-ustaz kerana mereka berfahaman bahawa urusan agama hanya dikhaskan kepada orang yang tertentu sahaja. Dengan cara ini mudahlah mereka meneruskan urusan duniawi dan mengejar kekayaan. Jadi memadai sahajalah bagi mereka dengan mengikut apa yang di kata oleh ulamak-ulamak ..Sekurang-kurangnya mereka rasa mereka juga beragama.

Ada pula segolongan yang lain yang tidak berpelajaran dan daif pula kehidupannya sudah pasti akan menerima segala kata-kata tuk guru mereka tanpa bersoal. Sekurang-kurangnya dengan cara taksub ini dapat juga menyelamatkan mereka daripada terus tidak beragama.

Tetapi ada pula satu lagi golongan yang suka berfikir seperti saudara. Memang tidak dapat kita nafikan Allah suka kepada hambaNya yang sentiasa berfikir. Oleh kerana itu saudara harus mengambil setiap suatu pertemuana yang baru dengan perlahan-lahan. Dengan bersikap sedemikian saudara tidak akan merasa keliru . Perasaan keliru ini sebenarnya permainan syaitan keatas saudara supaya saudara bertindak dengan tidak rasional dan terkeluar dari batas-batas islam.

Cara untuk mengatasi masalah saudara adalah mudah sahaja kerana segalanya bergantung kepada niat saudara. Terlebih dahulu saudara banyakkan sholat malam (sholat tahajud) dan dalam setiap sholat sentiasa berdoa dan meminta Allah tunjukan jalan yang akan membawa saudara hampir kepadaNya.

Jikalau saudara memang minat dalam mengkaji dan mendalami Al Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. kami nasihatkan saudara pelajarilah Bahasa Arab. InsyaAllah, apabila saudara sudah menguasai Bahasa Quran ini InsyaAllah tidak akan timbul masalah bagi saudara memahami tafsiran Al Quran maupun Hadis apabila berguru nanti.. Mungkin satu hari nanti saudara boleh membantu orang-orang Melayu kita yang taksub.

Tetapi jika saudara tidak berniat untuk mempelajari Bahasa Arab kami nasihatkan saudara carilah guru. Pastikan guru-guru ini sentiasa mengeluarkan dalil- dalil daripada Qu;ran dan Hadis bagi setiap hujah mereka. Juga saudara pastikan guru -guru ini bukanlah hanya pandai bertutur tetapi mereka sendiri mengamalkan apa yang diajarnya dalam semua aspek hidup mereka. Kenapa kami nasihatkan carikan beberapa guru ? Ini untuk membolehkan saudara membuat perbezaan keatas sesuatu isu . dengan lebih berkesan. Kami tidak mahu saudara menjadi taksub kepada sesuatu kumpulan kerana ini juga akan membawa masalah pada saudara . InsyaAllah dengan cara ini saudara bebas dan dapat berfikir dan memahami kenapa sesebuah hadis atau ayat quran diturunkan dan bagaimana ia berkaitan dengan hidup kita dimasa ini.

Dalam mencari ilmu Allah ini saudara perlu juga banyak bersabar dan menjaga adab-adab dan batas-batas yang telah di gariskan oleh agama kita. Saudara perlu sentiasa mengingatkan diri bahawa syaitan sentiasa mengawasi saudara kerana saudara sedang mencari nur Allah. Jadi janganlah saudara tersilap langkah dan bergantung kepada fikiran logik untuk menyelesaikan sesuatu perkara yang berkaitan dengan agama.

Agama adalah satu-satunya bidang yang tidak dapat difikir dengan menggunakan akal kerana akal tidak berkeupayaan menjelaskan apa yang tersirat didalam naluri kita. Oleh sebab itu ada pepatah yang mengatakan " tiada kata-kata yang dapat diukir&ldots;.." Kenapa ? Kerana kekuatan akal tidak dapat menandingi kekuatan perasaan hati dan biasanya kasih sayang terhadap Allah hanya tersirat didalam hati.

Oleh kerana itulah orang yang cinta kepada Allah tidak sekali-kali akan menggunakn akal untuk membuat kesimpulan tentang agama Allah. Sebagai seorang Muslim kita mesti yakin dan percaya segala yang dijadikan adalah untuk kebaikan kita. Lihatlah diri saudara sendiri, Allah telah mengizinkan saudara dirantau orang dan membuka peluang untuk saudara berfikir. Juga Dia telah menjadikan saudara seorang yang bijak pandai supaya saudara menggunakan anugerah ini untuk mendekati diri kepada Nya. Saudara sepatutnya merasa gembira dan bersyukur atas nikmat ini

Janganlah saudara menyalahgunakan nikmat ini dengan mengikut nasihat dan pujukan syaitan kerana saudara pasti akan berada jauh daripada jalan yang diredhai Allah. Saudara boleh lihat sendiri bagaimana syaitan telah mempermainkan saudara dengan anugerah Allah ini : iaitu dia telah membuat saudara berfikir untuk menjadi seorang FREETHINKER. Seorang yang cerdik pandai tidak sekali-kali akan menjadi freethinker kerana mereka tidak akan membenarkan diri mereka diperalatkan oleh syaitan. Syaitan yang ingkar kepada Allah pun tidak sanggup digelar sebagai freethinker. Sehingga hari ini syaitan tidak menafikan akan kewujudan Allah cuma yang dia benci dan marah sangat hanyalah kepada kita yang bergelar MANUSIA.

Mereka yang gelar diri mereka freethinker adalah manusia pengecut, tidak bertanggungjawap,tidak tahu bersyukur dan menghargai segala pemberian Allah kepada mereka. Mereka adalah orang yang sombong dan bongkak kerana mereka rasa mereka tahu segala-galanya Bukankah sifat-sifat ini mirip dengan sifat syaitan, musuh ketat manusia.

Kami harap janganlah saudara membiarkan syaitan menewaskan saudara dalam perjuangan hidup yang singkat ini. Jikalau saudara ikhlas dan benar-benar ingin mencari cahaya Allah kami pasti saudara tidak dapat disesatkan oleh syaitan. Kami yakin saudara akan menang dalam pertempuran ini dan pada suatu masa nanti saudara dapat menerangi hidup-hidup mereka yang dahagakan kasih sayang Allah s.w.t.

Doa kami semoga saudara berjaya dan sentiasa berada di dalam rahmat Allah s.w.t.