![]()
|
|
Soalan : |
Assalamualaikum, Saya amat tertarik hati dengan kemusykilan berkenaan dengan terlepas solat subuh atas sebab tertidur tetapi solat tersebut tidak perlu di qada' (iaitu mengerjakan tunai) sebaik sahaja terjaga dari tidur. Namun begitu, saya terdapat satu kemuskilan. Bagaimanakah hendak dicategorikan tertidur ini? Diharap klinik_hati dapat mejelaskan. Mohd
Azahari Yaakub |
|
Jawapan : |
(1)Tertidur yang dimaksudkan di sini ialah tertidur dengan penuh nyenyak daripada malam , dan apabila tersedar di dapati matahari telah terbit .Jadi apabila terjaga ia bersembahyang tampa berniat Qadha . Walaupun begitu pendapat lain mengatakan perlu berniat qadha kerana waktu yang dituntut sudah terlepas , tetapi ia tidak dikira berdosa kerana tidak tersengaja . Ini adalah kerana maksud qadha di dalam Usul Fiqh ialah mengerjakan sesuatu tuntutan di luar waktu yang diperintahkan , sementara Ada' ( tunai ) ialah mengerjakan sesuatu tuntutan di dalam waktu yang diperintahkan . Tetapi orang yang sengaja tidur selepas masuk waktu Subuh dan terlepas waktu subuh maka dia perlu qadha dan berdosa.
|