KAWAL MATA DAN HATI

Soalan :

assalamualaikum...

terlebih dahulu ana nak ucap terima kasih dan tahniah kerana ruangan ini disediakan utk permasalahan hati sesama kita disini ana ingin mengemuka kan beberapa soalan tentang permasaalahan hati ana..yg ana rasa datang nya dr mata ana sendiri ana sudah berkerja dan mendapat pekerjaan yg agak baik....terlalu bayak masalah ttg perkerjaan ana....tetapi...utk ruagan ini ana hanya ingin meluah kan utk hati sahaja.

ana berkerja di airport dan hari2 berhadapan dengan macam macam manusia. kalau nak dikatakan dosa mata tu...memang hari2 dapatfree je lah..terus terang ana katakan ana tiada teman wanita...bukan kerana ana tidak berpeluang...tetapi ana memang ada peluang utk memiliki teman wanita seperti org lain. apa yg ana alami ialah ana berasa kaku bila berhadapan dengan kaum hawa itu terutama bila ana ada perasaan terhadapnya. itu sudah tentu lah kan sebagai lelaki telah dikurnia kannikmat suka kpd wanita. ana tidak dapat menghampiri perempuan2 yg mana ana mempunyai parasaan terhadapnya.....seperti ada satu halangan yg menghalang ana utk menghampiri wanita seperti ini....walau pun perasaan melonjak lonjak meyuruh utk menghampirinya....masalah utama ana ialah jiwa ana berasa kosong,lengang..] oleh kerana tindakkan ana itu...tambahan pula rakan2 ana semuanya sudah ada awek masing2.

masalah ana bukanlah tiada awek...tetapi...mengapa jiwa ana harus berasa kosong lantaran tindakan ana utk tidak menghampiri wanita..pada ana ini hanyalah mainan musuh kita yg nyata itu..memang betul utk mengisi jiwa adalah..dengan menjamu nya denagn bacaan ayat ayatt suci al_Quran...tetapi utk mengetahuan anta/anti ana berkerja syif dan kebanyakan masa lapang diisi dengan tidur..

itulah....kalau jiwa sudah tidak diisi dengan benda2 yg baik benda2 yg tidak baik...senangggg je masuk. kadang2 bila datang godaan tu....masyaAllah....bila mata terpandang yg 'kotor'....hati pun turut menjadi 'kotor' teramat payah bagi ana utk menjaga hati ini yg degil dengan suruhan Allah..dan sentiasa menurut kan nafsu bila hati kotor....solat pun entah macammana....hati sentiasa saja 'berjalan -jalan' ketika solat.. seperti sabda Nabi junjungan kita bila ditanya oleh sahabat tentang apakah benda yg paling baik paling tak baik jawapan baginda adalah HATI.....

jadi....apa yg ana ingin minta pertolongan anta/anti...apakah yg harus ana buat dengan jiwa ana yg tidak mengenal kebesaran Allah...dan mengakibatkan ana tidak khusyuk dlm solat dan selalu berangan-angan kosong.... segala pertolongan anta/anti amatlah dihargai

semoga Allah membalas jasa baik anta/anti

Wallahuaklam


Jawapan :

Waalaikumussalam

Pertama sekali, terima kasih kerana bertanyakan persoalan ini. Kami pasti terlalu ramai dikalangan kita yang mempunyai masalah yang hampir sama dengan masalah saudara.

Untuk mencadangkan jalan penyelesaian sebenarnya memerlukan maklumat yang lebih banyak, namun pandangan yang dapat diberikan hanyalah sekadar terhadap persoalan yang saudara kemukakan.

Sebelum itu, kami ucapkan tahniah kepada saudara yang miskipun terdedah kepada suasana harian yang agak kotor seperti yang saudara sebutkan itu masih lagi memiliki hati yang peka terhadap rangsangan serta berkesedaran untuk menyucikannya. Tidak ramai yang begitu sebenarnya. Maka seruan kami yang pertama : Peiharalah kesentivititian hati itu dan berusahalah untuk menghidupkannya sekali pun sukar kerana kiranya hati sudah mati adalah lebih sukar untuk menghidupkannya kembali kecuali dengan rahmat Allah swt sahaja.

Saudara, sekiranya masih berpeluang untuk mendapatkan pekerjaan ditempat yang lebih baik suasananya daripada airport itu, maka kami cadangkan begitu. Namun kalaulah saudara mahu kekal disitu, maka kaedah yang sentiasa dianjurkan oleh Islam ialah dengan menjaga pandangan. Cukuplah dengan pandangan pertama sahaja tanpa bertindak balas terhadap panahan-panahan syaitan itu. Benar kata saudara masalah hati banyak berpunca daripada mata, Maka kawallah mata saudara. Sibukkanlah diri dengan kerja-kerja lain. Cuba amalkan zikir-zikir yang ringkas di peringkat awal untuk mengingatkan diri kepada Allah. Banyakkan membaca bahan-bahan bacaan yang berfaedah. Lancarkan peperangan terhadap nafsu didalam dan luar solat. Itulah yang dikatakan mujahadah.

Ana juga nasihatkan agar saudara mencari teman sekerja yang mempunyai kesedaran seperti ini agar dapat saling mengingati dan mengelak diri daripada terbabas kedalam suasana yang tidak diingini.

Saudara tidak perlu menyesal atau berasa rendah diri kerana tiada teman wanita. Malah saudara adalah lebih baik daripada teman-teman yang lain kiranya saudara menjauhi wanita-wanita tersebut kerana Allah dan bukan kerana malu atau tidak cukup keberanian untuk menghampiri mereka. Sekiranya saudara berkemampuan, kami cadangkan satu lagi cara yang digalakkan oleh Islam iaitu PERKAHWINAN. Kalaulah saudara benar-benar ingin mencari ketenangan dalam keberkatan, maka usahalah untuk mendapatkan isteri yang solehah kerana dapat membantu saudara untuk memelihara diri. Dikala itu barulah saudara saudara akan sedar bahawa saudara cukup bertuah kerana memiliki isteri yang setia dan bukannya awek yang boleh menghilang bila-bila masa sahaja.

Banyakkanlah berdoa, memohon ampun dan mengadu hal kepada Allah dan selamat meniti hari muka yang lebih baik. Insya Allah..

Wallahuaklam