MASALAH IBU MERTUA

Soalan :

Assalamulaikum warahmatullah

Saya mempunyai masalah dengan mertua saya yang masuk campur urusan rumah tangga, mencaci saya dan tidak berbuat baik pada kelaurga saya. Sekarang ini rumahtanggaa saya ibaratkan retak menanti belah kerana suami saya kekadang memukul saya tanpa belas.

( soalan ini telah disunting oleh maintainer kerana terlalu panjang dan untuk melindungi identiti penyoal )

 


Jawapan :

 Saudari,

Selepas membaca kisah saudari, kami di sini turut bersimpati dengan masalah saudari ini. Tidak dapat kita nafikan bahawa apa yang sedang berlaku terhadap diri saudari semuanya berada di dalam pengetahuan Allah s.w.t. Oleh kerana itu jangan lah saudari merasa terlalu sedih kerana Allah sedang melihat segala-galanya yang sedang berlaku ke atas saudari. Apa yang sedang berlaku semua ini pasti ada hikmah disebaliknya kerana Allah tidak akan melakukan sesuatu itu tanpa sebab. Apa yang penting sekali saudari perlu menjaga hubungan saudari dengan Allah. Nasihat kami ialah saudari perlu menyelesaikan masalah ini dengan mengharungi jalan yang di redhai Allah s.w.t. Mungkin saudari sudah maklum bahawa apa yang sedang berlaku ini adalah semata mata satu ujian Allah terhadap saudari . Untuk pengetahuan saudari, Allah sangat mencintai saudari dan Dia ingin saudari sentiasa mengingatiNya. Dengan adanya masalah ini saudari mesti berusaha mengenalNya dan mendekatiNya kerana Dia sahaja yang benar-benar mengetahui situasi saudari.

Jika dilihat pada zahirnya mungkin saudari merasa diri saudari tersiksa dengan perbuatan ibu mertua saudari tetapi pada hakikatnya ibu mertua saudari lah yang sebenarnya menderita. Kenapa kami sebut begini? Kerana setiap perbuatan dan ucapanya tidak di restui Allah dan dia hanya mencari kemurkaan Allah s.w.t. Ini adalah satu amalan yang sangat merbahaya dan merugikan kerana jika Allah sudah murka kepadanya maka neraka jahanamlah tempat kembalinya. Tetapi bagi saudari pula dengan segala pengorbanan dan kesabaran yang ada Allah akan menghadiahkan sebuah mahligia yang indah di syurga nanti.

Untuk pengetahuan saudari, syurga adalah satu tempat yang paling teristimewa dan termahal harganya. Cara untuk memperolehinya ialah kita perlu mengikut segala yang termaktub di dalam kitab Allah dan jadikan Rasulullah s.a.w. sebagai model kita. Kita juga perlu banyak berkorban segi kehidupan duniawi dan sentiasa menunggu untuk bertemu dengan kekasih kita yang kekal abadi iaitu Allah s.w.t.

Cuba saudari bayangkan jika saudari hendak membeli sebuah rumah di dunia ini saudari terpaksa melalui beberapa peraturan. Kemudian kalau sudah ada rumah timbul pula masalah lain iaitu masalah " maintenance ". Tetapi kita sanggup menghadapi segala peraturan buatan manusia semata-mata ingin memiliki sebuah rumah yang sementara sahaja. Walaupun kita tahu segala kesusahan yang mesti kita tempuhi semata-mata untuk memilik barang-barang atau harta-harta dunia yang hanya buat sementara waktu tetapi kita masih sanggup. Jadi kenapakah kita tidak boleh bersusah dan berkorban untuk mendapat mahligai yang kekal abadi di syurga.

 Nasihat kami buat saudari adalah, saudari perlu membina kuatkan segi batin iaitu dengan banyak menumpukan masa untuk mendekati diri kepada Allah. Caranya banyakkanlah sholat tahajud ( sholat malam ), banyak berzikir kerana dengan berzikir hati akan menjadi cekal dan tenteram apabila menghadapi sesuatu keadaan yang tidak di ingini. Juga saudari amalkan mengaji Quran setiap hari dan cuba lah memahami maksudnya dan seterus itu amallah dengan segala yang di baca itu. Begitu juga dengan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Saudari juga boleh membaca bagaimana cara hidup para isteri Rasulullah dan sahabat-sahabat. Di samping itu saudari hadirilah kelas-kelas ceramah atau bimbingan agama supaya apa yang saudari baca dapat di rujuk kepada ustaz-ustaz ini.

InsyaAllah, dengan adanya perubahan dalam hidup saudari yang menuju ke arah jalan Allah, kami yakin dan pasti Allah akan pancar cahayaNya ke dalam hati saudari di mana saudari sendiri dapat melihat dengan jelas jalan yang terbaik buat saudari sekeluarga.

Apa yang penting sekali janganlah saudari mengotori lidah atau hati saudari sepertimana amalan ibu mertua saudari. Saudari adalah model untuk anak saudari dan juga suami saudari. Suami saudari telah dibesarkan oleh seorang ibu yang jauh dari pangkuan Islam. Jadi mungkin dia rasa inilah cara hidup yang terbaik. Cubalah saudari bercakap dengan nya dari hati ke hati. Bertanyalah kepadanya kenapa ibunya boleh bersikap begini dan bersama-samalah cari jalan bagaimana untuk membantu ibunya itu. sebelum terlambat. Mintalah supaya dia juga mendekati Allah dan beramal dengan amalan-amalan yang telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w InsyaAllah dengan contoh dan akhlaq yang mulia yang berpandukan Quran dan Hadis mungkin dia akan sedar bahawa ada cara yang lebih baik dalam mengharungi hidup yang sementara ini.

Tetapi saudari perlu ingat semua ini tidak dapat di capai dengan sekelip mata sahaja. Saudari perlu ingat segala yang baik perlu banyak pengorbanan dan kesabaran. Allah telah berfirman orang yang benar-benar sabar hanyalah orang-orang yang beriman. InsyaAllah, kita berdoa semoga saudari akan tergolong dalam golongan ini kerana golongan ini pasti akan di balas dengan sorga.

Jika saudari tidak sanggup menghadapi segala cabaran ini maka jalan yang paling singkat dan yang dinanti-nantikan oleh suami adalah bercerai. Tetapi kisahnya tidak tamat di situ sahaja. Saudari perlu pula mengharungi berbagai cabaran yang lain semata-mata untuk menjaga anak saudari. Dalam proses itu banyak perkara yang tidak di ingini akan berlaku dan ini lah hasrat yang diimpi-impikan oleh syaitan la'natullah.

Oleh kerana itu buat sementara ini kami nasihat saudari jadi model bagi mereka kerana mereka sekarang dalam perangkap syaitan. Mata , telinga dan hati mereka telah di hijabkan oleh syaitan. Mungkin dengan kehadiran saudari dalam keluarga itu saudari dapat membuka hijab itu dan selamatkan mereka dari kemurkaan Allah..

Kami juga nasihatkan saudari agar menziarahi mertua saudari dan buktikan kepada mereka bahawa saudari adalah seorang yang berakhlak mulia dan beradab dengan peradaban Islam. Mungkin mereka tidak tahu cara hidupnya orang Islam. Cara yang mereka hidup ini adalah cara orang yang bertuhankan hawa nafsu. Apabila saudari bersama keluarga mertua saudari cubalah bercakap tentang kisah-kisah yang berkaitan dengan agama. Jika mereka buat tidak endah jangan putus asa atau terkecil hati kerana saudari perlu yakin dan percaya bahawa Allah sedang berada di sisi saudari.

Jika mertua saudari memaki hamun atau berkelakuan yang melukakan hati saudari, ketika itu saudari banyakkanlah berzikir. Berdoa kepada Allah dan memohon kepadaNya supaya ditunjuki jalan yang benar dan apakah cara yang terbaik untuk mengatasi kelakukan mertua saudari ini. Jika saudari tidak dapat menahan perasaan hati kami nasihatkan saudari berwuduk dan sholat 2 rakaat sunnat minta supaya Allah memberi ketenteraman kepada saudari dan menyembuhkan hati yang luka itu. InsyaAllah dengan berkat doa dan sabar saudari mungkin satu hari nanti mertua saudari akan berubah dan segan terhadap saudari. Selagi saudari belum mencuba tidak boleh juga kita jatuhkan hukuman. Buatlah segala-galanya untuk mencari keredhaan Allah bukan untuk manusia.

Saudari, akhirkata daripada kami ialah - Hidup ini sementara sahaja, jadi tumpukan masa untuk mencari kasih sayang Allah. Kasih Allah berpanjangan hingga ke akhirat, kasih manusia hanya sementara. Seorang Muslim yang bijaksana akan mencari dan berdamping dengan segala-gala yang berkekalan dan bukan perkara yang sementara.

Doa kami semoga saudari Allah sentiasa bersama saudari dan semoga saudari berjaya dalam ujian hidup ini.