Masalah teman Dengan Teman Lelaki

Soalan :

Assalamualaikum

Ustaz,Saya berkawan dengan jejaka 'N' sejak bulan 7 tahun lepas, 1998. Sikapnya yang panas baran dan suka memaksa dan suka mengikut segala apa yang dilakukan oleh rakan-rakan sekeliling nya telah membawa kepada perlakuan sumbang kami. Saya tidak tahu mengapa saya mengikut segala apa yang ingin dilakukannya walaupun demikian, saya berjaya mengelakkan dr berlakunya perhubungan seks yang sebenar(saya harap ustaz dapat memahami segala apa yang cuba saya terangkan di sini).

Keluarga saya melarang perhubungan kami. Dan akhirnya kerana doa ibu saya mungkin, hubungan kami telah putus. Dan saya amat merasa lega di atas keputusannya itu dan tidak mengharapkan langsung kepulangannya semula di dlm hidup saya. Akan tetapi yang menjadi masalah saya sekarang ini adalah setiap perbuatan dan perlakuan kami itu sering bermain di fikiran saya. Walaupun saya telah cuba untuk melupakan perbuatan buruk tersebut namun ianya sering wujud di hadapan saya. Saya benar-benar telah insaf di atas segala apa yang telah saya lakukan sehingga sekarang ini pun saya takut untuk berkawan dan bercinta kerana takut perbuatan yang sama akan berulang.

Tetapi semakin saya takut untuk bercinta, semakin ramai pula lelaki-lelaki yang cuba menghampiri saya termasuklah teman-teman perempuan saya yang cuba untuk match-make kan kawan mereka dengan saya. Saya serba-salah, sentiasa memikirkan sama ada untuk menerima mereka ataupun tidak.

Saya takut saya akan tersalah pilih lagi kerana saya telah bebrapa kali kecewa di dlm percintaan.

Tolonglah Ustaz. Tolong lah saya untuk menyelesaikan masalah saya ini. sekian, terima kasih.

Hamba Allah Yang bermasalah


Jawapan :

 

Bismillah hirrahmaa nirrahiim..,

Assalamua'laikum warah matullah wabarakatuh.

Segala puji-pujian hanyalah bagi Allah.., Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Beginilah nasihat dan pandangan saya dalam masalah ini&ldots;

(saudari perlu membaca dengan teliti apa yang saya tulis ini agar ia dapat memberi kesedaran kepada kita semua. Jangan dipandang remeh tentang agama&ldots;InsyaAllah Allah akan mengampunkan dosa-dosa manusia setelah ianya bertaubat Nasuha..!)

Saudari yang dirahmati Allah&ldots;

 

Ø Assalamualaikum Ustaz,

Saya berkawan dengan jejaka 'N' sejak bulan 7 tahun lepas, 1998. Sikapnya yang panas baran dan suka memaksa dan suka mengikut segala apa yang dilakukan oleh rakan-rakan sekeliling nya telah membawa kepada perlakuan sumbang kami. Saya tidak tahu mengapa saya mengikut segala apa yang ingin dilakukannya walaupun demikian, saya berjaya mengelakkan dr berlakunya perhubungan seks yang sebenar(saya harap ustaz dapat memahami segala apa yang cuba saya terangkan di sini)&ldots;&ldots;&ldots;

 

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

ü Waalaikumussalam warah matullah wabarakatuh..

ü Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna. Pada diri manusia terdapat dua jenis dorongan hidup yang senantiasa mendorong untuk melakukan kegiatan dan inginkan pemuasan pada dirinya. Pertama ialah Keperluan Jasmani (hajatu al-'Udhawiyah) seperti makan, minum, membuang hajat dsb. Keperluan ini menuntut pemenuhan dan pemuasan yang pasti dimana jikalau manusia tidak memenuhi keperluan ini, manusia akan mati. Contohnya manusia akan mati akibat kebuluran, kehausan ataupun ketiadaan oksigen untuk pernafasan. Kedua, adalah Naluri (gharizah) yang menuntut adanya pemenuhan dan pemuasan sahaja. Jika pemenuhan ini tidak dipenuhi, manusia tidak akan mati tetapi sebaliknya manusia akan rasa gelisah sehinggalah diri manusia dapat memenuhi keperluan tadi. Naluri manusia telah dikategorikan oleh Ulama Islam kepada 3 macam iaitu Naluri Menyembah/beragama (Gharizah al-Tadayyun), Naluri Seksual (Gharizah al-Nau') dan Naluri Bersaing (Gharizah al-Baqa'). Contohnya, manusia tidak akan mati jika tidak melakukan persetubuhan (bagi suami-isteri) tetapi hati dan perasaannya akan senantiasa tidak tenteram dan gelisah. Begitu juga dengan orang yang angau bercinta, sentiasa gelisah untuk bersama kekasihnya kerana inginkan pemuasan kepada naluri seksualnya walaupun dengan hanya memandang wajah kekasihnya atau berbual bersama.

ü Dari segi munculnya dorongan (yang menuntut pemuasan) ini, keperluan jasmani adalah bersifat Internal. Misalnya, orang yang ingin makan kerana lapar akan terdorong untuk makan tidak kiralah samada makanan itu berada didepannya atau tidak. Sedangkan naluri akan terdorong apabila adanya ransangan-ransangan dari luar (External). Naluri seksual misalnya akan muncul setelah melihat atau membayangkan wanita/lelaki (lawan jenis) yang cantik/tampan, atau dengan membaca buku dan menonton filem dsb.

ü Dianugerahkan naluri seksual kepada manusia adalah untuk mempertahankan keturunan. Sebagai perwujudannya, manusia memperkembangkan keturunan dengan organ kelamin yang telah diciptakan Allah untuknya. Disertai nafsu atau ghairah seksual, mendorong manusia untuk melakukan aktiviti seksual. Bagaimana aktiviti seksual itu dilakukan, Allah telah memberikan petunjuk melalui perantaraan Rasulnya. Aktiviti seksual yang dijalankan sesuai dengan aturan Allah adalah ibadah dan mendapat pahala. Sedangkan penyimpangan dari aturan itu merupakan perbuatan dosa yang akibat buruknya manusia akan menanggungnya. Untuk itulah Allah dan Rasulnya memerintahkan hambanya untuk menikah.

ü Saudari telah membuat keputusan yang tepat dengan memutuskan perhubungan saudari dan bekas kekasih. Namun begitu, saudari janganlah mengulangi lagi perbuatan saudari yang menjurus kearah Zina itu. Cubalah banyak-banyak bertaubat dan minta keampunan dari Allah SWT.

ü "Dan janganlah kamu menghampiri Zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)" (QS. Surah Al-Israa':32)

 

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Ø Keluarga saya melarang perhubungan kami. Dan akhirnya kerana doa ibu saya mungkin, hubungan kami telah putus. Dan saya amat merasa lega di atas keputusannya itu dan tidak mengharapkan langsung kepulangannya semula di dlm hidup saya. Akan tetapi yang menjadi masalah saya sekarang ini adalah setiap perbuatan dan perlakuan kami itu sering bermain di fikiran saya. Walaupun saya telah cuba untuk melupakan perbuatan buruk tersebut namun ianya sering wujud di hadapan saya. Saya benar-benar telah insaf di atas segala apa yang telah saya lakukan sehingga sekarang ini pun saya takut untuk berkawan dan bercinta kerana takut perbuatan yang sama akan berulang&ldots;&ldots;

 

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

ü Tindakan keluarga saudari melarang perhubungan saudari adalah tepat malahan ISLAM juga TIDAK PERNAH MEMBENARKAN adanya perhubungan diantara lelaki dan perempuan jika tiada ikatan yang SAH seperti Pertunangan atau Pernikahan/Perkahwinan. Jadi istilah orang kini tentang orang berkasih-kasihan atau bercinta antara "Pak We & Mak We", "boyfriend & girlfriend" ataupun "Couple" ataupun "Berpacaran" adalah Haram dan ditegah oleh Islam.

ü Pergaulan bebas adalah benih daripada segala permasalahan yang dialami oleh saudari. Jelas disini bahawa saudari tidak menjadikan Aqidah Islam sebagai tolok ukuran kepada standard tingkah-laku perbuatan (miqyasul a'mal) saudari. Semestinya sebagai seorang muslim, standard tingkah-laku kita adalah hukum syara' (Al-Quran dan As-Sunnah) seperti sabda Rasulullah SAW.: "Janganlah sekali-kali berdua-duaan antara seorang laki-laki dengan seorang perempuan ataupun bepergian dengannya, melainkan disertai muhrimnya".

ü Sabda Rasulullah lagi, "Sungguh aku (Rasulullah) benar-benar mengetahui beberapa umatku, datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan sebesar perbukitan (yang nampak putih) lalu Allah menjadikan berhamburan sia-sia. Tsauban bertanya; Ya Rasulullah, jelaskan kepada kami sifat-sifat mereka, kerana kami khuatir termasuk seperti mereka sedangkan kami tidak menyedarinya, jawab Rasulullah; Mereka adalah saudaramu yang melakukan ibadah di malam hari, tapi apabila mereka bersunyi-sunyian dengan yang diharamkan oleh Allah, mereka mengganggu kehormatannya." (Al Hadiths)

ü Dari kedua hadiths tersebut jelas pergaulan bebas antara lawan jenis tetap haram hukumnya. Kedangkalan Aqidahlah menjadi penyebab kenapa ramai orang menganggap ber'Couple' itu tidak salah dan kini sudah menjadi perkara umum yang dapat diterima oleh masyarakat. Dengan beragamnya pengertian ber'couple', maka ada dua kemungkinan pengertiannya: yang pertama ialah perasaan seorang lelaki yang ingin mencintai perempuan dan keduanya, berdua-duaanya insan lawan jenis yang saling cinta-mencintai. Kita seharusnya membezakan kedua pengertian di atas.

ü Kalau pengertian yang pertama, perasaan untuk mencintai lawan jenis adalah masalah yang mendasar yang erat kaitannya dengan fitrah/kudrat manusia, bahawa manusia dianugerahi Allah berupa naluri untuk meneruskan keturunan salah satu perwujudannya yang suka terhadap lawan jenis (Gharizah an-Nau'). Jadi adanya perasaan itu memang sudah fitrah manusia dan wajar dan tidak haram. Seperti firman Allah, "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia berupa kecintaan pada apa-apa yang diingini, yakni wanita&ldots;" (QS. Ali-Imran:14). Hanya saja untuk meneruskan perasaan cinta itu adalah hak Islam untuk mengaturnya. Sedangkan pengertian yang kedua bahawa pengungkapan dan perasaan cinta itu adalah dengan berdua-duaan, berbonceng berdua, pandang-pandangan kemudian berani bergandingan tangan dan yang kronis sampai ciuman, inilah yang haram menurut Islam.

ü Pergaulan antara lain jenis dalam Islam telah diatur dengan terperinci. Islam memerintahkan seorang lelaki dan perempuan agar menahan pandangannya (bukan bererti harus memalingkan muka atau menunduk) artinya pandangan tidak disertai syahwat, seperti firman Allah: "Suruhlah orang-orang yang beriman menundukkan pandangannya dan memelihara kehormatannya&ldots;" (QS. An-Nur:31). Dan firman Allah lagi, "Dan suruhlah wanita-wanita mukmin menundukkan pandangannya dan memelihara kehormatannya, dan janganlah mempamerkan kecantikannya kecuali bahagian badan yang boleh kelihatan (muka dan telapak tangan) dan supaya menutup dadanya dengan kerudung&ldots;" (QS. An-Nur:31)

ü Dua kalimat perintah diatas menjelaskan disamping untuk menahan pandangan antara keduanya juga diperintahkan untuk menutup aurat, baik lelaki atau perempuan. Selama ini ramai orang Islam beranggapan bahawa berjilbab adalah hal yang tidak moden, tidak 'up-to-date', ciri-ciri kekampungan padahal seorang muslimah selamanya akan berdosa jika tidak mengenakan jilbab, juga selamanya muslim akan berdosa selama mana dia masih ber'couple' dengan perempuan yang memakai jilbab ataupun tidak. Wanita yang memakai jilbab tetapi berpakaian ketat atau yang menampakkan lekukan tubuhnya (sudah menjadi trend di Malaysia kini) sehingga menimbulkan syahwat bagi yang memandangnya sama saja dengan tidak berjilbab. Demikian juga lelaki pun wajib menutup auratnya dari pusat ke lutut dan aurat tidak boleh dilihat oleh orang lain kecuali muhrimnya. Disamping kita memahami bahawa ber'couple' adalah haram, maka kita juga perlu sedar bahawa menutup aurat adalah wajib hukumnya.

ü Perasaan saudari yang selalu dibuai oleh pengalaman buruk yang lalu sememangnya sukar untuk dilupakan. Saudari janganlah bersikap negatif denagn perasaan tersebut sebaliknya hendaklah saudari bersikap positif untuk dijadikan sempadan dan pengajaran dalam batas pergaulan saudari. Sepatutnya kini saudari sudah mengerti batas-batasan pergaulan diantara seorang lelaki dan wanita dan cubalah bina personaliti baru yang terbaik dan berlandaskan Aqidah Islam..

 

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

 

Ø Tetapi semakin saya takut untuk bercinta, semakin ramai pula lelaki-lelaki yang cuba menghampiri saya termasuklah teman-teman perempuan saya yang cuba untuk match-make kan kawan mereka dengan saya. Saya serba-salah, sentiasa memikirkan sama ada untuk menerima mereka ataupun tidak. Saya takut saya akan tersalah pilih lagi kerana saya telah bebrapa kali kecewa di dlm percintaan.

Ø Tolonglah Ustaz. Tolong lah saya untuk menyelesaikan masalah saya ini.

Sekian, terima kasih.

liana.

 

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

 

v Ramai orang berdalih bahawa untuk memahami calon suami atau isteri kita perlu banyak bergaul. Tak kenal maka tak cinta&ldots;! Apakah dengan ber'dating' sepasang Teruna dan Dara dapat saling kenal-mengenali..! Betulkah itu..? Katakan seoarang teruna dan Dara telah jatuh hati antara satu sama lain. Mereka merancang untuk mengadakan pertemuan pertama dengan makan malam bersama. Untuk itu, si Jejaka akan berpakaian setampan yang ia mampu dan berpersonaliti sebaik mungkin sementara si dara pula akan memaksa untuk dirinya kelihatan anggun dan bertutur kata yang sopan untuk mengambil hati pasangan. Pernyataan seperti ini sebenarnya pernyataan yang dibuat-buat. Persoalannya kini, apakah tujuan asal mereka berjumpa untuk saling kenal mengenali tercapai atau mereka sebenarnya saling melakukan pembohongan (mereka tidak menampilkan perwatakan dan tingkah laku mereka yang sebenar). Maka perbuatan mereka adalah sia-sia malah mengundang dosa. Dalam Islam, ikatan antara lelaki dan wanita hanya ada dua iaitu Peminangan/Pertunangan (Khitbah) dan Nikah/kahwin. Jadi untuk memahami peribadi calon isteri, seorang lelaki seharusnya menanyakan kepada wanita itu dengan niat-niat yang betul-betul kuat untuk menikahinya, akan tetapi pihak wanita tetap harus disertai muhrimnya.

v Sekiranya alasan bagi menghalalkan 'couple' ialah untuk saling kenal-mengenali sebelum mendirikan rumahtangga, itu bukanlah penyelesaiannya malahan adalah bathil kerana Islam telah memberikan panduan iaitu melalui peminangan. Meminang adalah cara Islam untuk suatu pernikahan. Menikah tidak dilakukan begitu sahaja tanpa fikir panjang, ada cara untuk mewujudkan dan menyempurnakan dengan meminang. Islam membolehkan orang yang meminang melihat yang dipinang dengan ketentuan yang ditetapkan oleh Islam. Jadi meminang itu sendiri bukan bererti sudah setengah rasmi jadi suami isteri lalu bebas melakukan seperti layaknya suami isteri atau bebas untuk ber'couple'. Rasulullah bersabda kepada salah satu sahabatnya Mughirah bin Syu'bah: "Pergilah dan lihatlah (calon isteri) kerana itu boleh dijadikan dasar atau pedoman bagi kalian berdua" (sunan Ibnu Majah, juz 1 hal 599)

v Saudari sepatutnya tidak lagi menjalinkan perhubungan dengan bebas kerana bukan sahaja ia boleh memberi kesan buruk kepada saudari, tambahan pula ia adalah suatu dosa. Seeloknya saudari perlu memikirkan secara serius untuk mendirikan rumahtangga bukannya untuk ber'boyfriend' lagi yang ditegah oleh Islam. Ingatlah firman Allah:

v "Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberiannya) lagi Maha Mengetahui. " (QS. Surah An-nur:32).

v Diriwayatkan dari Ibnu Mas'ud ra. Yang berkata bahawasanya Rasulullah saw. Bersabda: "Wahai para pemuda, barangsiapa diantara kamu telah memiliki kemampuan, maka hendaklah ia kahwin, kerana dengan menikah itu ia dapat menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan, dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah ia berpuasa kerana dengan berpuasa itu dapat menjadi penghalang."

v Janganlah saudari pedulikan tentang peranan kawan-kawan saudari yang cuba 'match-make' antara saudari dengan kawan lelaki yang lain. Begitu juga dengan kawan lelaki saudari yang ramai meminati saudari. Saya berpendapat, sekiranya mereka Ikhlas untuk menjadikan saudari sebagai isteri, seeloknya mereka berani untuk bersemuka dengan keluarga saudari dan berterus-terang dengan saudari sendiri bukannya hanya menjadi 'steady boyfriend'. Masuk meminanglah dengan segera dan secara terhormat. Sesungguhnya seorang lelaki yang benar-benar mencintai seorang wanita, mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara yang bercanggah dengan Islam seperti berdua-duaan, berpegang tangan ataupun yang lebih teruk daripada itu. Seelok-eloknya pilihan keluarga juga patut dipertimbangkan oleh saudari dan cara ini juga adalah terbaik bagi seorang gadis. Namun begitu, saudari juga boleh membuat pilihan tetapi pilihan itu hendaklah berdasarkan Syara' bukannya perasaan semata-mata. Sabda Raulullah SAW. Dari Jabir, "Sesungguhnya perempuan itu dinikahi orang kerana Agamanya, Hartanya dan Kecantikannya, maka pilihlah yang beragama"

v Jadi berdasarkan nas-nas tersebut, eloklah saudari memilih kriteria yang ditetapkan Islam agar hidup saudari dirahmati Allah. Sekiranya saudari sudah menjumpainya, banyak-banyaklah berdoa, sembahyang hajat, Istikharah dan yang penting saudari perlu untuk mengubah personaliti saudari kepada personaliti seorang Muslimah yang Solehah seperti yang dituntut oleh Islam.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Persoalan dan Kesimpulan.

Siapakah yang harus dipersalahkan dalam permasalahan yang saudari sedang alami ini..?

Ramai wanita yang mengalami masalah seperti saudari kemukakan kepada KLINIK HATI AL-MANAHIL. Saudari tidak boleh dipersalahkan !00% diatas apa yang telah saudari alami. Sebenarnya permasalahan ini timbul akibat SISTEM SOSIAL yang diatur kini adalah berasaskan sistem barat yang kufur. Apakah idea 'kebebasan', (freedom) yang di utarakan oleh pihak barat (the West) seperti kebebasan bertingkah-laku boleh memberi kesejahteraan kepada ummat manusia atau idea 'kebebasan' ini hanya mengundang ke arah kebinasaan peradaban ummat manusia ? Sama-sama kita fikirkan bersama&ldots;!

Diskusi lanjut boleh dibincang bersama (jika saudari mahupun Ahli panel al-Manahil) inginkan penjelasan lanjut tentang isu prinsip kebebasan yang diperjuangkan kini. Apakah permasalahan ini dapat dihapuskan dalam masyarakat dan apakah alternatif dan penyelesaiannya yang diberikan oleh Islam bagi menangani masalah ini.

Sekian&ldots;

Wassalam.

Yang benar - Ibnu Ishaq