ANTARA CINTA DAN SAHABAT

Soalan :

Assalamualaikum...

saya berumur 18 tahun dan masih belajar di sebuah institusi tempatan. saya mempunyai seorang sahabat lelaki dan dia adalah kawan baik saya semasa di sekolah menengah lagi. pernah suatu hari dia meluahkan perasaannya kepada saya. saya tidak dapat menerimanya kerana pada masa itu saya sedang sibuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan. sehinggalah habis peperiksaan, dia cuba lagi untuk menghampiri saya.

Pada kali ini saya tidak dapat memberikan sebarang alasan lagi. Masalah saya, adakah patut bagi saya menerimanya walaupun saya tidak pernah mencintainya dan hanya menganggapnya sebagai seorang kawan? dan adakah harus bagi saya menjauhkan diri padanya? saya akui dia adalah seorang yg baik dan taat pada agama dan dari latar belakang keluarganya pun saya akui dia dari keluarga yg baik. saya juga pernah melakukan sembahyang 'istikharah' untuk meminta petunjuk dari Allah s.w.t sebanyak 2 kali kerana saya yakin semua yg berlaku adalah drpd. kehendak-Nya.

Dengan izin Allah, selepas melaksanakan sembahyang tersebut, saya dapati pilihan saya kena padanya. Sekarang ini, saya tidak tahu apa yang patut saya lakukan. kekadang saya rasa bersalah terhadap diri saya sendiri. adakah patut saya menerimanya sebagai teman lelaki saya? dan mengetepikan perasaan saya?

Hamba Yang Buntu


Jawapan :

Assalamulikummm

Merujuk kepada soalan saudari, didalam islam tidak ada istilah yang dinamakan "teman lelaki" ataupun teman wanita kerana islam telah meletakkan garis panduannya didalam soal hubungan antara bukan mahram. Kalau saudari berpandangan bahawa lelaki tersebut seorang yang baik dan sesuai dengan saudari setelah beristikharah dan hasilnya adalah menerima lelaki tersebut. Apa yang terbaik adalah gunakan saluran yang diajarkan oleh islam iaitu dengan mengikatnya dengan tali pertunangan. Jalan ini saja yang terbaik kerana "teman lelaki" ataau "teman wanita" inilah sebenar boleh membuka pintuu syaitan yang sentasa menggoda terutama golongan remaja ( peringkat nafsu yang bergelora ) perlu diingatkan juga peringkat pertunangan pun ada adab-adab yang telah digariskan oleh Islam dan dari sudut sempadan pergaulan yang perlu di jaga. Perkara ini saudari boleh rujuk dalam bab pertunangan.

Seperkara lagi, jika saudari seoang yang mengambil berat tentang persoalan ilmu dan pengajian., Saya nasihatkan saudari jauhi perkara ini kerana ianya boleh merosakkan semangat juang untuk belajar. Dalm usia seperti saudari, utamakan pelajaran dahulu, setelah saudari menjadi orang yang berilmu ataupun telah tamat pengajian, inilah masanya sesuai untuk memikirkan perkara ini ( perkahwinan ).

Saya rasa saudari tahu adab-adab pergaulan antara bukan muhram. Saya harap saudari jaga adab-adab tersebut supaya tidak terjadi perkara-perkara yang tidak di ingini.

Kalau saudari berhajat untuk menerimanya, saudari suruh lelaki tersebut guna saluran keluarga untukmengelakkan fitnah dan ianya cara yang dituntut oleh islam.

Banyakkan berdoa dan beristikharah kepada Allah. Barangsiapa yan bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan menyediakan baginya jalan keluar. Kalau saudari rasakan belum tibanya lagi masanya untuk itu, beritahulnnya dengan baik supaya jangan memaksa dan marayu.

Semoga Allah bersama-sama saudari.

Wallahuaklam.