HUBUNGAN AFFAIR GENGAN ISTERI SAHABAT

SOALAN

Assalamualaikum wahai ustaz bijak laksana....semoga keampunan Allah mengatasi kemurkaannya buat kita adanya..

Ustaz, hari nih baru tergerak hati saya untuk mencari pedoman kerana apakah masih ada kehidupan buat saya pada hari2 yang berikut ini, dan apakah masih ada kasih sayang Allah terhadap saya dan kehidupan di hari kemudian kelak serta, dan bagaimana lah keadaan saya untuk menghadapi Allah kerana masalah saya ialah ......

Sejak setahun lalu saya telah melakukan zina dengan isteri sahabat saya sedang kami masing2 telah punyai beberapa orang anak/zuriat yang masih memerlukan bimbingan kami. Saya sentiasa didorong kerana kelazatan bersamanya....dan amat susah memisahkan nafsu apabila saya berhadapan dengannya....beliau juga terlalu ghairah dan selalunya merasakan kepuasan yang amat sangat bila bersama saya. Kami menjalin hubungan asal kerana perniagaan..dan sentiasa bertemu di hotel.....

Saya punyai asas latarbelakang agama dari keluarga yang tinggi displin dalam agama....Isteri dan sahabat saya sendiri tiada tahu hubungan kami berdua....Perlakuan yang begitu berat untuk saya kendong segala tanggungjawab dan perlakuan yang saya telah lakukan di hari akhirat nanti....

Bantulah saya ustaz untuk dapat saya lalui hari2 berikut dalam ni'mat dan pandangan Allah......Bagaimana pula harus saya berhadapan dengan sahabat saya (suaminya) yang pastinya yakin dengan saya yang memberikan bimbingan niaga kepada isterinya hingga maju dalam perniagaannya...

Yang paling utama tiada meminta untuk terus berada dalam keadaan seperti ini.....kerana isteri saya di rumah saya asuh agar menjadi isteri yang solehah....Bantulah saya dalam segera wahai ustaz.....saya telah lafaz dua kali taubat tapi saya ingkar jua....Saya juga pernah suruh dia minta cerai dan nikah dengan saya saja (sebab perbuatan kami)....tapi payah untuk dia lakukan. Saya begitu terasa amalan saya dalam Islam juga sejak kebelakangan ini begitu merosot sekali.....

Semoga tuan terdorong oleh Allah untuk menyelamatkan saya dan tanggungan saya dari perkara2 yang merbahaya....amin.

HAMBA ALLAH, MALAYSIA

JAWAPAN

Waalaikum salam ,

Alhamdulillah kerana Allah telah menggerakkan hati Abang untuk kembali menilai perbuatan setelah lama bergelumang dengan kehinaan tersebut . Tidak ada seorang pun di kalangan kita dapat lari daripada dosa . Cuma yang berbeza adalah besar atupun kecilnya dosa tersebut . Di sinilah terzahirnya kasih sayang Allah s.w.t. kepada kita apabila ia memberi TAUBAT sebagai hadiah untuk kita membersihakan dosa kita selagi nyawa kita belum berada di halkum .

Di dalam hadis Imam At-Tarmizi , Rsullulah telah bersabda yang bermaksud : “ Allah s.w.t. akan menerima taubat hambanya selagi ruh belum sampai ke halkum .

Walupun Abang merasa kesalahan yang Abang lakukan sanagat besar , namun ini semua tidak menghalang kasih sayang Allah kepada Abang dan kita semua . Saya rasa Abang tentu pernah mendengar hadis Imam Bukhari yang menceritakan tentang kisah seorang lelaki yang melakukan seratus pembunuhan kemudian ia bertaubat lantas di masukkan ke dalam syurga .

Berbalik kepada masalah Abang , Abang sebenarnya cuba berjuang daripada tersungkur di dalam kehinaan tersebut &ldots;. dan Abang gagal . Ya , Abang gagal kerana tuntutan nafsu yang dibantu olah syaitan laknatulllah &ldots;. di tambah dengan daya penarik yang mungkin ada di dalam diri isteri kawan Abang . Akirnya Abang lemas di dalam nikmat dunia yang hanya sedetik jika dibandingkan dengan azab neraka di hari yang panjangnya 50 ,000 tahun . ( lihat terjemahan surah Al-Maa’rij )

Begitu juga Abang telah mengkianati amanah kawan Abang , kesetiaan isteri , harapan dan pendidikan yang diberi oleh keluarga &ldots;.

Untuk itu saya nasihatkan Abang supaya melakukan perkara tersebut :

1) Segera bertaubat nasuha dan melakukan solat taubat .
2) Selalu mengunjungi masjid , menghadiri majlis-majlis agama terutamanya yang berbentuk pembersihan jiwa .
3) Jangan menceritakan kepada sesiapa segala kekejian yang telah Abang lakukan .Biarpun kepada suami perempuan tersebut .( kawan Abang )
4) Memutuskan hubungan dengan isteri kawan Abang . Ini memang pahit , tetapi azab neraka terlalu pahit .
5) Membawa bersama isteri Abang , ke setiap urusan pernigaan yang memakan masa beberapa hari , ataupun ke setiap majlis yang dikhuatiri boleh menjerumuskan Abang ke arah kekejiaan tersebut .
6) Banyakkan bersedekah untuk membersihkan lagi dosa yang Abang telah lakukan .
7) Sekiranya Abang ada kelapangan rezeki , cuba bawa isteri dan anak-anak Abang ke Mekah mengerjakan umrah .
8) Banyakkan berpuasa sunat dan cuba bangun bertahajjud . Ceritakan segala dosa kepadaNya di waktu semua manusia sedang tidur dan mintalah keampunanNya .
9) Berdamping dengan kawan-kawan yang boleh membawa Abang kemabali kepadaNya begitu juga dengan para ulama .
10) Berikan masa untuk isteri dan anak-anak di rumah terutamnya apabila selesai waktu kerja .
11) Bayangkan jika lelaki lain berzina dengan isteri abang atau ibu dan anak abang. Bagaimanakah perasaan abang? Begitulah juga perasaan orang lain. Dengan cara ini dapat mengelakkan perbuatan zina berulang kembali.

Saya yakin Abang akan berjaya melakukanya . Tidak ada sesiapa yang boleh menghalang Abang daripada kasih sayang Allah s.w.t. Kembalilah kepada anak-anak dan isteri . Buktikanlah Abang adalah bapa yang sejati kepada anak-anak dan suami yang setia kepada isteri . Insya Allah Allah bersama Abang .

Wallahu A'lam