SOALAN
Saya tidak tahu mana nak mula tapi peristiwa yang saya alami dulu menyebabkan saya teringat-ingat. Saya seolah-olah terkilan kerana tidak sempat melakukan apa yang seharusnya saya buat. Saya tidak puas hati walaupun keadaan sekarang sudah kembali normal tapi hati saya masih diganggu. Saya rasa lemah semangat.
MZ...Ali Abu Bakar
JAWAPAN
Rawatan Penyakit Lemah Semangat.
Berkata Dr. Muhazzibun Nufus,
Saudara,
As-syeikh Sa'id bin 'Ali Al-Qahtoni di dalam kitab "Jampi daripada Al-Quran dan As-Sunnah" m/s:113 - 124, memberikan beberapa rawatan rabbani yang mujarab dengan izin Allah.Rawatan2 tersebut ialah:
1. Memohon petunjuk daripada Allah dan merelealisasikan Tauhid.
2. Cahaya iman dan amal soleh.
3. Ilmu yang bermanfaat.
4. Bertaubat kepada Allah dan cinta Allah serta beribadat dengan penuh keikhlasan
5. Sentiasa berzikir kepada Allah.
6. Berbuat baik sesama manusia.
7. Keberanian.
8. Membuang segala sifat2 terkeji.
9. Menjaga pandangan mata dan memelihara kata2 serta kurangkan makan dan tidur.
10.Melakukan perkara2 yang bermanfaat.
11.Mementingkan urusan hari ini dan melupakan kesedihan pada masa lampau.
12.Kalau anda sedih, ingatlah ada orang yang lebih sedih daripada anda.
13.Lupakan musibah yang telah berlaku.
14.Apabila berlaku sesuatu musibah, cuba ringankan bebanan anda dengan memikirkan natijah atau kesan musibah yang paling buruk sekali.Kemudian cuba hapuskannya sedaya upaya anda.
15.Kekuatan hati.
16.Tawakkal kepada Allah.
17.Menyedari bahawa kehidupan yang sebenar ialah kehidupan yang bahagia dan tenang.oleh itu janganlah anda layan perasaan sedih dan semangat anda yang lemah! Kuatkan semangat anda dengan mencari kebahagiaan akhirat yang kekal abadi.
18.Bandingkan musibah yang anda alami dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada anda. Ternyata nikmat Allah adalah terlampau banyak.Oleh itu anda kembali memiliki semangat yang kuat.
19.Jangan endahkan kata2 kesat dan tohmahan yang ditujukan kepada anda.
20.Sentiasa memikirkan perkara2 yang bermanfaat di dunia dan di akhirat.
21.Syukur kepada Allah.
22.Mengutamakan perkara2 yang bermanfaat.
23.Buat kerja hari ini dengan bersungguh2.
24.Mengutamakan perkara2 yang bermanfaat pada hari ini dengan bersunguh2 dan bertawakkal kepada Allah.
25.Ceritakan kepada orang yang anda sayang tentang nikmat2 yang diberikan oleh allah kepada anda.Nescaya ia akan menghilangkan perasaan lemah semangat
26.Jika isteri anda atau sesiapa sahaja menyakiti hati anda, maka ingatlah kembali kebaikannya.
27.Doa kepada Allah.
28.Jihad di jalan Allah.
Sekian , wassalam.