TEMAN LELAKI KERAS HATI

ASSALAMUALAIKUM..

TUAN/PUAN,

SAYA MEMPUNYAI SATU KEMUSYKILAN YANG TELAH LAMA SAYA FIKIRKAN. TEMAN LELAKI SAYA MERUPAKAN SEORANG YANG AGAK KERAS HATI DAN SERING MERASAKAN DIRINYA BENAR DALAM MELAKUKAN APA SAJA TERMASUK MELAHIRKAN PENDAPAT YANG KONONNYA MENURUT PRINSIP HIDUP. BELIAU JARANG MELAKUKAN IBADAT SEMBAHYANG. BILA DI TEGUR NADA PENERIMAAN BELIAU AGAK KURANG MENYENANGKAN. BELIAU JUGA MUDAH MARAH DAN MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI. SAYA INGIN DIA BERUBAH, BIARLAH HATINYA MUDAH DILEMBUTKAN KERANA SAYA TIDAK MAHU DIA TERUS-TERUSAN BEGITU.

TUAN/PUAN,

BERILAH SAYA PANDUAN ATAU CARA-CARA MENEGURNYA .JIKA ADA DOA UNTUK MELEMBUTKAN HATI UNTUK MANUSIA YANG KERAS HATI, SAYA MEMINTA JASA BAIK PIHAK TUAN/PUAN SUPAYA DISERTAKAN SEKALI . TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBANTU SAYA. MOGA-MOGA DIA BERUBAH, INSYAALLAH...

MUKRIM NAIUNNIDA

JAWAPAN

Assalamualaikum

Saudari yang bertanya;

Untuk menyelesaikan masalah yang serius ini, Dr. Muhazzibun Nufuus mencadangkan agar saudari mengamalkan nasihat-nasihat ini :-

  1 ) Memutuskan hubungan saudari dengan teman lelaki saudari. Kerana hubungan yang diantara lelaki dan perempuan tanpa ikatan nikah yang sah adalah tidak dibenarkan oleh Islam (haram!). Ia juga adalah tidak manis dipandang orang.

  2 ) Jika saudari benar-benar mahu menasihatinya, maka saudari mestilah berkahwin dengannya. Apabila saudari berkahwin, maka mudahlah bagi saudari untuk menasihatinya.

  3 ) Apabila sudah berkahwin,jadilah seorang isteri yang solehah dan berakhlak mulia. Apabila keluar rumah, pakailah tudung labuh dan jubah muslimah yang menutup aurat. Hormatilah suami anda dan tunjukkanlah kasih sayang anda kepadanya. Jangan sakitkan hatinya dan senyumlah selalu. Yang pentingnya, saudari telah dapat memikat hatinya. Ini akan memudahkan lagi usaha saudari untuk menasihatinya.

  4 ) Nasihatkanlah dia dengan kata-kata yang lembut dan penuh kasih sayang. Terutamanya ketika hendak tidur, selepas makan ataupun selepas menunaikan solat subuh. Waktu-waktu seperti ini adalah amat sesuai untuk diberi nasihat.

  5 ) Jangan sekali-kali anda menasihatinya ketika dia sedang marah,tension atau balikdari kerja, kerana dia letih dan akan menambahkan lagi marahnya.

  6 ) Apabila saudari sedang masak : bacalah surah al-Fatihah dan banyakkan zikrullah. Begitu juga bacakan Fatihah di dalam air yang diminum oleh suami saudari setiap hari. Insyaallah hatinya akan menjadi lembut.

  7 ) Apabila tiba waktu solat, tolong kejutkan dan ingatkan suami anda. Juga lemparkanlah kata-kata yang manis kepadanya. Jangan sekali-kali anda memarahinya, jauh sekali mengherdik dan memaki hamun.

  8 ) Apabila suami anda mula insaf dan berubah sedikit demi sedikit,ceritalah kepadanya kelebihan solat berjemaah di masjid dan dosa orang yang meninggalkan solat.

  9 ) Ajaklah selalu suami anda pergi solat berjemaah dan mendengar kuliah-kuliah agamadi masjid.

  10 ) Hidupkan suasana Ialamdi raumah anda seperti mambaca al-Quran,Qiammullaih dan majlis tazkirah.

  11 ) Sentiasa berdoa kepada Allah agar Allah melembutkan hatinya dan menjadikannya seorang suami yang soleh. Waktu berdoa yang paling mustajab ialah sepertiga malam yang terakhir.

  12 ) Apabial berada di rumah, pasangkan tape-tape video yang menceritakan tentang solat. Begitu juga di dalam kereta, pasangkan kaset-kaset ceramah yang disampaikan oleh ulama’-ulama’ seperti Ustaz Ismail Kamus, Dr. Haron Din, Tuan Guru Haji Hadi, Tuan Guru Nik Aziz, Dr. Hasan Ali, Dr. Yusof al-Qardawi, Sheikh Ali al-Qarny, Sheikh Muhammad Assyinqity, Sheikh Soleh Usaimin, Ustaz Abdul Aziz bin Baz dan Abdul Hamid Kisk.

  13 ) Jangan jemu menasihati suami anda dan bersabarlah. Ini menunjukkan betapa saudari mencintai dan menyayanginya.

  14 ) Terangkan Aqidah Solafus Soleh di dalam hatinya dengan mengikut jejak langkah para sahabat.

  15 ) Meminta nasihat orangtua dan para ulama’ di tempat anda.

Akhirnya Dr. Muhazzibun Nufus bertawassul kepada Allah dengan Asmaullah dan sifat-sifatnya Yang Maha Tinggi agar Allah menjadikan kalian berdua suami isteri yang soleh dan solehah. Rajin beribadat serta merealisasikan Tauhid. Sekian Wassalam.