AL QURAAN SEBAGAI PENAWAR

SOALAN

Bolehkah kita gunakan ayat-ayat suci Al Quran,untuk tujuan kebaikan,misalanya ayat-ayat tertentu jika kita amalkan untuk

keselamatan?,kalau boleh berikan contohnya sekali.

Kaharudin Ismail <kahar_isma@yahoo.com>

JAWAPAN

Menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk tujuan kebaikan seperti mengubati penyakit dan sebagainya adalah dibolehkan . Terdapat kisah yang meriwayatkan bahawa para sahabat mengubati bisa binatang dengan menggunakan ayat suci Al-Quran dan perkara ini dibenarkan oleh Rasullulah s.a.w. Sebenarnya Al-Quran itu sendiri merupakan penawar bagi orang mukmin .Olehh itu kita dapati banyak ayat Al-Quran yang digunakan untuk tujuan yang saudara sebutkan seperti ayat Al-Qursi , surah Ya’sin , surah Al-Ikhlas , Al-Falaq , AN-Nas dan begitu juga dengan ayat-ayat terakhir surah Al-Baqarah .

Dan yang tidak dibolehkan ialah menggunakan ayat Al-Quraan sebagai tangkal dan Azimat dengan harapan dapat menghindarkan dari mala petaka dan jin Syaitan kerana ia telah mengubah tanggapan kita bahawa Ayat itulah yang dapat memberi keselamatan, secara automatik kita kurang bergantung kepada Allah. Hanya sahajalah yang berkuasa terhadap kita dan ayat Al-Quran itu hanyalah sebagai perantaraan sahaja.