SOALAN
assalamualaikum,
Terima kasih kerana sudi menjawab soalan berikut:
1. Bagaimanakah melaksanakn sembahyang istikharah sebaik-baiknya?
2. Apakah agar-agar, pembaur dan tahu kering haram untuk dimakan?
3. Saya telah meminjam wang kepada rakan-rakan atas dasar kasihantetapi mereka tidak membayarnya balik. Bolehkah saya anggapkan wang tersebut sebagai zakat wang simpanan saya dan tidak menuntut balik dari mereka?
4. Si A telah membuat kesalahan kepada sahabatnya B tanpa disedarioleh B. Perhubungan antara A dan B adalah dalam keadaan baik. A telahmemohon maaf secara umum (misalnya pada Hari raya) pada B. Perlukah A memberitahu B akan kesalahannya itu jika memberitahu akan mengeruhkan suasana yang sudah baik?
5.Apakah maksud nama berikut:
i) Muhammad Ikmal
ii) Nurul Asyakirin
Zainab binti Marzali
JAWAPAN
Assalamulaikumm..
1)Sembahyang istikhorah eloklah dilakukan selepas berlalunya satu pertiga malam . Ini adalah kerana waktu tersebut adalah waktu doa dimakbulkan . Solatnya ialah dua rakaat dan doa istikharah adalah selepas selesai sembahyang . Apabila tidak ditemui jawapan terhadap apa yang dikehendaki , maka ulangilah sembahyang dan doa tersebut .
2)Halal ataupun haram bahan makanan tersebut berdasarkan kandungannya , sekiranya kandungannya dan cara pembuatannya mengandungi bahan yang diharamkan maka ia adalah diharamkan . Kita tidak dituntut keterlaluan di dalam memeriksa kandungannya dan cara membuatnya .
3) Ada dua pendapat di dalam mazhab Shafie di dalam masaalah tersebut . Pendapat yang lebih sahih ialah tidak dibolehkan . Tetapi sekiranya si pemiutang ( pemberi hutang ) membayar zakat kepada penghutang ( sekiranya penghutang benar-benar layak menerima zakat ) supaya dia ( si penghutang ) membayar semula hutangnya kepadanya , ia adalah dibolehkan .
4) Ya , tidak perlu diberitahu tentang kesalahan yang dilakukan sekiranya dikhuatiri boleh membawa fitnah . Memadai dengan meminta kemaafan atas segala kesalahan yang telah dilakukan terhadapnya .
5) Mohammad Ikmal :
Mohammad : Yang terpuji
Ikmal : penyempurnaan
Nurul Shakirin:
Nurul :Cahaya
Shakirin : Orang-orang yang bersyukur
Wallahuaklammm...