SOALAN
assalamualaikum wbt..
saya pernah mendengar ada orang mengatakan bahawa membeli barang di kedai orang kafir adalah haram, boleh tolong jelaskan supaya saya dapat meyakinkan orang-orang tertentu.
Azman Chik, Malaysia
soalan :
adakah contoh-contoh dalil atau hadith yang mengharamkan membeli barang di kedai orang kafir, jika ada boleh tak siarkan atau beri pada saya untuk saya jadikan bukti kepada orang-orang tertentu.
sekian, Terima Kasih
Syamsul Abdullah Thani, UKM,
JAWAPAN
HUKUM BERJUAL BELI DENGAN ORANG KAFIR
Kehidupan di dalam masyarakat kita sebenarnya telah jauh lari daripada garis panduan yang diterangkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah . Islam yang sebenarnya adalah Islam yang diterjemahkan di dalam bentuk politik , ekonomi dan seluruh kehidupan kita .Misalnya , di dalam bentuk politik , sebuah negara Islam yang tertegak berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah akan membahagikan orang yang bukan Islam kepada dua golongan .
Golongan yang pertama : Kafir harbi : iaitu kafir yang memerangi orang-orang Islam .
Golongan kedua : Kafir zimmi : kafir yang tidak memerangi orang Islam
Golongan yang kedua , adalah golongan yang tunduk dengan pemerintahan Islam . Mereka membayar jizyah ( cukai tahunan ) kepada pemerintah . Mengenai golongan ini Rasulullah s.a.w. bersabda :
ãä ÃÐí ÐãíÇ ÝÞÏ ÂÐÇäí ¡æãä ÂÐäí ÝÞÏ ÂÐí Çááå
Maksudnya : " sesiapa yang meneyakiti zimmi , sesunguhnya ia menyakitiku , sesiapa yang menyakitiku sesungguhnya ia menyakiti Allah .
Oleh itu Islam tidak menghalang kita berhubung dan berjual beli dengan golongan ini . Allah s.w.t. berfirman di dalam surah Al-Mumtahinah ayat 8 maksudnya :
"Allah tidak melarang kamu berbuat baik kepada dan berlaku adil kepada kepada orang yang tidak memerangi kamu .."
Di dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. telah membeli gandum daripada seorang Yahudi secara berhutang dan menggadaikan kepada Yahudi tersebut baju rantainya .
Hadis tersebut berbunyi :
ÊæÝí ÑÓæá Çááå æÏÑÚå ãÑåæäÉ ÚäÏ íåæÏí ÈËáÇËíä ÕÇÚÇ ãä ÔÚíÑ
Maksudnya : " Rasullullah wafat dan baju rantainya masih tergadai di tangan Yahudi sebagai jaminan kepada 30 gantang gandum yang diambil oleh baginda .
Golongan yang kedua ( kafir harbi ) ialah golongan yang kita ditegah berhubung dengan mereka . Hubungan kita dengan mereka adalah hubungan peperangan semata-mata . Kita diperintahkan memerangi mereka samada dengan tangan , lidah , hati ataupun dengan memutuskan sebarang kegiatan berjual beli dengan mereka . Ini adalah kerana apabila seseorang itu berjual beli dengan kafir harbi bermakna ia membantu musuh tersebut di dalam memerangi Islam .
Apa yang saya sebutkan ini adalah mengenai kedudukan orang bukan Islam di dalam NEGARA ISLAM yang kita impi-impikan . Mengenai berjual beli dengan orang bukan Islam di zaman sekarang ,di dalam keadaan masyarakat yang jauh daripada petunjuk Islam ,sekiranya mereka menunjukkan permusuhan yang nyata kepada Islam seperti membunuh umat Islam dan sebagainya ,maka Dr.Yusuf Al-Qardawi berpendapat bahawa golongan tidak dibolehkan kepada kita untuk berjual beli dengannya .
Wallahua'lam