SOALAN
Assalamualaikum,
Saya zakaria bin che lah,masih menuntut.Saya ingin bertanya tentang persoalan 10 org yang solatnya tidak di terima Allah. Bolehkah ustaz menerangkan dengan lebih terperinci mengenai sabda ini. (Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.)
Saya nak tau adakah kalau kita solat seorang diri,solat kita tak diterima atau ketika solat,kita tak membaca apa-apa,solat kita tak diterima. Harap pihak ustaz dapat memberi penerangan.......
Terima kasih.....
JAWAPAN
Waalaikumussalam&ldots;&ldots;&ldots;&ldots;..
Saudara yang dirahmati Allah swt.
Solat sah di tunaikan secara berjamaah ataupun bersendirian. Yang lebih baik kita berjamaah di masjid. Solat itu ada rukun rukun dan syarat syaratnya. Sekiranya rukun ditinggalkan maka tidak sah solat itu. Salah satu rukun ialah,rukun yang melibatkan kata kata ( qauli ). Salah satunya ialah membaca surah Al Fatihah. Jika seseorang itu sembahyang bersendirian tanpa membaca sesuatu pun maka solatnya tidak sah. Oleh itu rajin rajinlah sembahyang di masjid secara berjamaah dan janganlah sekali kali meninggalkan rukun Qauli begitu juga rukun Perbuatan ( Feel ) seperti ruku' dan sujud. Saya nasihatkan agar saudara sentiasa bertanya ustaz ustaz tentang perkara ini.