![]()
|
BEKERJA DI BANK KONVENSIONAL |
Soalan : |
Isteri saya bekerja dengan sebuah bank, adakah gaji yang diterimanya halal?
mohd salim bin ahmad |
|
Jawapan : |
Assalamualaikum&ldots; Sebelum saya menjawab soalan saudara, Saya suka mulakan dengan hadis Nabi saw yang berbunyi: Maksudnya : Akan tiba suatu masa tidak ada seorang pun daripada manusia yang hidup melainkan makan riba, Sekiranya dia tidak memakan riba maka dia terkena debu2 riba. Daripada hadis ini kita dapat simpulkan bahawa kehidupkan hari secara umumnya tidak dapat dipisahkan daripada sistem riba. Masyarakat akan terlibat dengan riba samaada secara langsung atau tidak langsung. Oleh yang demikian kita hendaklah berusaha untuk menyelamatkan diri kita daripada riba dengan apa cara sekalipun. Adapun gaji yang diterima oleh isteri saudara adalah tidak halal, kerana gaji tersebut adalah habuan daripada kerja menguruskan riba. Al-Quran secara jelas mengharamkan riba dan Nabi saw melaknat pemakan, pemberi riba dan penyaksi amalan riba. Oleh itu saya mencadangkan :- 1 - Isteri saudara mencari kerja lain yang halal, supaya kehidupan keluarga saudara memperolehi keberkatan daripada sumber yang halal. 2 - Sekiranya tidak ada kerja lain yang halal dan meninggalkan kerja di bank itu boleh memudharatkan kehidupan keluarga saudara maka kekallah dengan kerja tersebut di atas dasar kehidupan dalam islam merupakan satu perkara yang besar. Tetapi saudara tidak boleh redha dengan sistem riba itu, bahkan perlu berusaha dan menanam azam untuk menukarnya dengan sistem kewangan islam. Wallahualam. Wassalam. |