![]()
|
|
Soalan :
Soalan 1.
Adakah boleh kita membuat pinjaman daripada organisasi yang telah menjalankan pinjaman cara islam.sebagai contoh Telekom Malaysia
Soalan 2.
Saya pernah membaca dan mendapat berita tentang seseorang yang telah berjumpa dengan orang yang telah lama mati dalam keadaan jaga.Persoalan saya ialah apakah jenis 'orang' ini dan adakah pernah berlaku perkara ini pada zaman para sahabat atau tabie'-tabiedan ulama' salaf terdahulu.
ibrahim b muda
medan jaya,rusila terengganu.
Jawapan :
1) Boleh , kerana ia bebas daripada unsur-unsur riba .
2) Masalah ini merupakan satu masalah yang terlalu sukar untuk dihuraikan kerana ia berkaitan dengan ruh . Ruh mengikut pendapat Ahli Sunnah ialah zat yang berdiri di dalam jisim manusia . Oleh ruh tetap kekal selepas seseorang manusia itu mati .Oleh itu apabila seseorang itu mati , ruhnya samada berada di dalam lubang daripada lubang-lubang neraka ataupun taman daripada taman-taman syurga . Walaupun begitu terdapat pendapat yang mengatakan ruh orang-orang saleh boleh menjelma . Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa Nabi Khidir a.s . sebenarnya telah meninggal tetapi apa yang dijumpai dan dilihat oleh sesetengah orang ialah ruhnya . Dan Allah Maha Mengetahui segala rahsia makhluk-makluknya .
Wallahuaklam