HUKUM MASBUK DAN HADIS PALSU

    Soalan :

    Assalamualaikum,

    Saya zakaria,ingin mengemukakan beberapa soalan kepada pihak tuan:

     1.Saya ingin tahu apakah hukumnya saya membaca potongan ayat al-quran tanpa membaca bismillah terlebih dahulu (maksud saya satu atau dua ayat sebagai renungan).

     2.Apabila saya masuk masbuk pada tahiyat akhir,adakah saya perlu membaca tahiyat sampai akhir.

     3.Bagaimanakah saya nak mengenal pasti atau hendak bezakan antara hadis yang betul dengan yang palsu, dan apakah jika saya membaca hadis palsu.

     Hanya itu sahajalah soalan saya,dan saya harap pihak tuan dapat memberi penjelasan yang jelas tentang kekeliruan yang saya kemukan ini.

     Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

    Zakaria Zakaria


    Jawapan :

     

      1 . Tidak mengapa membaca potongan ayat Al-Quraan tanpa membaca Bismilah. Tetpi kalau membacanya adalah sunat berlandaskan hadis Rasulullah yang bermaksud: " Setiap perkara penting yang tidak dimulai dengan bimillah adalah kurang berkatnya". Mengikut mazhab Syafie, Bismillah adalah sebahagian daripada surah Al-Fatihah dan perlu dibaca ketika membaca Al-Fatihah didalam atau diluar sembahyang. Begitu juga ianya adalah satu ayat daripada surah An-Naml ayat 30.

      2 . Dalam hal ini saudara tidak perlu membaca tahiyat akhir sampai akhir. Ini bermakna saudara terusa saja menghabiskan baki rakaat. Perkara yang menjadi wajib kepada saudara ialah tahiyyat akir sembahyang saudara.

      3 . Sebenarnya untuk mengenal yang mana satu hadis maudhu’ (palsu) bukan satu perkara yang senang, hanya Ahli hadis yang benar-benar pakar dalam ilmu matan (lafaz) hadis serta perawi hadis. Ulamak telah membukukan hadis-hadis maudhu didalam kitab. Jadi cara mudah untuk mengetahui satu-satu hadis itu samaada ianya benar-benar hadis ataupun bukan hadis dengan merujuk kepada kitab-kitab hadis maudhu. Antara kitab hadis maudhu’ ialah:-

      i . Kitab Al-Maudu’uaat oleh Imam Ibnu Al-Jauzi.
      ii . Al-Masnu’ fi makrifatil hadis Al-maudhu oleh Imam Al-Qari.
      iii . Al-Laali’ul al-Maudhu’ah fil Ahaadith al-maudhu’ah oleh As-Sayuti.
      iv . Al-manaarul muniff fis sohiih wadh dhoi’iif oleh Ibn Qayyim al- Jauziyyah

    Walaupun macamanapun ulama hadis telah meletakkan tanda-tanda maudu’ kepada tanda-tanda yang kedapatan pada perawi dan tanda-tanda pada hadis itu sendiri.

    Antara tanda-tanda pada perawi:

      1 ) Pengaduan daripada perawi itu sendiri.

      2 ) Bukti sejarah.Contoh : seorang perawi mengatakan bahawa dia meriwayatkan daripada Abu Hurairah sedangkan dia tidak sempat menemuinya di sebabkan perbezaan zaman.

    Antara tanda-tanda pada matan (lafaz dan isi) hadis:

      1 ) Makna hadis tidak bertepatan dengan usul Islam.
      2 ) Hadis tersebut tidak terdapat dalam kitab-kitab yang muktabar.
      3 ) Hadis yang berlawanan dengan kaedah Islam.
      4 ) Hadis yang bertentangan dengan dalil-dalil Al-Qur’an dan Hadis.

    Manakala hukum membaca hadis palsu untuk tujuan belajar tidak mengapa.Hukum meriwayat hadis palsu telah disepakati oleh ahli hadis ianya adalah haram.

    Wallahuaklam