![]()
|
|
Soalan : |
Assalamualaikum wbkt ... semoga tuan / puan bahagia dan dalam lindungan Allah swt. Yang
Mulia tuan / puan, ... saya baru sahaja berumahtangga, ... isterisaya sedang mengandung enam bulan. Masalah saya ialah: 3) Dari kecil hinggalah dewasa, saya amat ghairah dan sukakan buah dada perempuan, setelah saya beristeri maka isteri saya terpaksa melayani kehendak saya setiap malam dengan buah dadanya kerana saya tak dapat tidur dengan nnyenyak jika tidak dapat memegang atau menyentuhnya. Masalahnya: i) Apakah hukumnya jika menghisap dan menelan susu dari buahdada isteri saya. ii) Apakah hukumnya jika saya meminum susu yang diperah dari buahdada isteri saya. Hamba Allah ingin tahu. |
|
Jawapan : |
1 . Sila rujuk jawapan yang lepas. 2 . Islam membenarkan suami menggauli isterinya yang dalam keadaan haid, tetapi tidak berjimak (memasukan zakar didalam kemaluan isteri) kerana ianya adalah haram dan memudharatkan.Firman Allah yang bermaksud : "Mereka bertanyakan kamu tentang haid ? Katakanlah :`Haid itu adalah kotor ! Oleh itu hendaklah kamu menjauhi wanita sewaktu haid". -Al-Baqarah : ayat 222. Para ulama berselisih pendapat dalam menentukan bahagian badan yang harus ditinggalkan oleh suami sewaktu isterinya dalam keadaan haid. 1 ) Pendapat yang pertama: Seluruh badan.Ini pendapat yang lemah. 2 ) Pendapat yang kedua : Antara pusat dan lutut,dikhuatiri apabila seseorang itu mencecah kawasan antara pusat dan lutut,dia tidak dapat mengawal nafsunya lalu memasukkan zakarnya ke dalam faraj.Pendapat ini disokong oleh Imam Ibnu al-Arabi al-Maliki. 3 ) Pendapat yang ketiga : Faraj sahaja. Titik persamaan di antara ketiga-tiga pendapat adalah haram memasukkan zakar ke dalam faraj sewaktu haid. 3 . i) Ulama menyebut bahawa menelan susu dari buah dada isteri hukumnya makruh.Lebih afdal (baik) jika dia menghisap dan membuangnya keluar.Menelannya tidak diharamkan. ii) Hukum meminum susu perahan dari buah dada isteri seperti yang saya sebutkan.di atas.Mungkin apa yang menjadi tanda tanya saudara,takut meminumnya sama dengan hukum anak susuan ekoran daripada saudara meminum susu daripada isteri saudara.Jumhur ulama menyebut bahawa orang dewasa yang meminum atau menghisap/menelan susu seseorang perempuan hukumnya bukan seperti hukum anak susuan. Iaitu orang dewasa tidak menjadi anak susuan perempuan tersebut.Hukum anak susuan khusus kepada kanak-kanak yang umurnya tidak lebih daripada dua tahun. Wallahuaklam
|