KIBLAT

Soalan :

assalamuaalaikum................

saya ingin bertanyakan satu kemuskilan iaitu...masalah mengenai menghalakan diri ke arah kiblat ketika sembahyang...masalahnya ialah ade seorang Cina bertanya kepada saya kenape kitatidak menghalakan arah kiblat kita ke belakang.....kerana ke belakang pun arahnya ia akan tetap menuju ke arah kaabah kerana bumi ini bulat.....

saya harap saudara faham ngan persoalan saya ini....terima kasih...

Mohd Suffian Bin Ali


Jawapan :

Seperti yang dimaklumi umum bahawa menghadap kiblat adalah di antara syarat sah sembahyang. Sebelum saya menjawab persoalan yang diutarakan oleh saudara, saya rasa elok kiranya kita menyingkap sejarah kiblat Umat Islam. Semoga ianya dapat memberikan gambaran bahawa sebenarnya umat Isam bukannya menyembah Ka'bah itu sendiri tetapi ianya adalah kiblat umat Islam sewaktu sembahyang. Sebagaimana kibalat bagi doa adalah langit. Oleh sebab itulah semasa kita berdoa kita mengangkat tangan kita ke arah langit.

 Sebelum berkiblatkan Ka'bah di Mekah, Nabi saw. dan para sahabat mengahadap ke arah Baitul Maqdis sewaktu sembahyang selama 17 bulan selepas berhijrah ke Madinah. Ekoran daripda itu golongan Yahudi sentiasa mempersendakan Nabi kerana kebetulan Batul Maqids juga adalah kiblat bagi Yahudi. Oleh yang demikian Nabi sentiasa mengharapkan agar Allah Ta'ala menukar hala Kiblat ke Mekah. Lalu turunlah ayat dalam surah Al-Baqarah yang mengarahkan supaya umat Islam menghalakan kiblatnya sewaktu sembahyang ke arah Baitullah Al-Haram.

 Menyentuh persoalan saudara, saya kita perlu meninjaunya melalui beberapa sudut, antaranya:

Saya nampak persoalan yang diuturakan lebih kepada mempermainkan agama Islam. Lalu dicipta soalan-soalan yang boleh mengelirukan umat Islam serta melemahkan keimanan umat Islam. Namun kita seharusnya peka dengan persoalan-persoalan yang seumpama ini walaupun ianya dianggap remeh.

Di dalam teori untuk menentukan arah, kita berpandukan kepada arah yang terdekat. Kaedah ini diterima pakai oleh ilmuan dan ahli geografi. Sebagai contoh: Si A berada di sebelah kiri di B. Adakah rasional sekiranya si A mengatakan yang dia berada disebelah kanan si B. Hujah yang diberikan adalah dunia ini berbentuk bulat. Otak manusia tidak boleh terima sebab kita berpandukan pad keduudukannya yang terdekat iaitu sebelah kiri, walaupun jika dikira mengikut bulatan bumi tentunya si A juga berada di sebelah kanan si B. Tetapi akal tidak ........ demikian. Contoh yang kedua, perjalanan dari Johor Bharu ke Kota Bharu adalah perjalanan dari selatan ke Utara. Dan jarak ini adalah jarak terdekat perjalanan ke Kota Bharu, kenapa orang tidak pergi ke Kota Bharu melalui Singapura dan menaiki Flight dari Singapura Singapura ke Bangkok serta terus ke Kota Bharu? Ini menunjukkan bahwa Arah ditentukan mengikut jarak terdekat. Begitu juga dengan arah kiblat kalu kita menghadap ke belakang Ka'bah ini tidak memberi pengertian kita menghadap Kiblat sebab berdekatan dengan arah terdekat Kiblat.

Setelah kita menerima pakai teori di atas, kita kembali kepada syarat sah sembahyang. Di antara syarat sah sembahyang seperti yang tersebut sebelumnya adalah 'istiqbal al-qiblah' atau menghadap kiblat. Kalau kita menghadap berlawanan arah kiblat ini dipanggil 'istidbar al-qiblah' atau membelakangi kiblat dan boleh menyebabkan sembahyang kita batal. Bila kita menyebut istilah 'menghadap' dan 'membelakangi' ianya memberi pengertian sesuatu berada di hadapan kita atau yang terdekat denga kita. Kalau kita membelakangi Kiblat memeang kita tetap juga menuju ke rah Kiblat tetapi sembahyang kita tidak sah kertan menghadap Kiblat adalah hukumnya di antara syarat sah sembahyang.

Memang ada satu tempat di atas dunia yang diakui oleh ahli falak di mana tempat tersebut berada betul-betul bertentangan dengan Ka'bah di Mekah, tempat tersebut terletak pada titik permukaan bumi lebarnya 21° 26' dan pangjangnya 219° 14'. Mankala titik mekah pula lebarnya 21° 26' dan panhjangnya 39° 49' (sila rujuk peta dunia). Pada tempat ini ke arah manpun menghadapnya ia adalah arah Kiblat.

Wallahua'lam.