![]()
|
|
Soalan : |
assalamualaikum. Saya ingin bertanya apakah hukumnya membersihkan bulu kemaluan dengan mencukur atau mengguntingnya. Manakah yang lebih wajar? Dan berapalamakah seharusnya pada syarak perkara ini harus dilakukan (selang waktu)?? Sekian,terima kasih. Din,Ampang,Selangor. |
|
Jawapan : |
Terima kasih diatas persoalan yang diutarakan. Sesungguhnya didalam mencari kebenaran agama, kita hendaklah melupakan persoalan malu. Tahniah di ucapkan kerana saudara mengemukakan persoalan yang mungkin dipandang remeh oleh sebahagian kita, tetapi islam ada penyelesiannya. Di dalam Sunnah Nabi ada menjelaskan kepada kita tentang persoalan ini. Ini menunjukkan kepada kita betapa agama islam adalah agama yang syumul sehinggakan sekecil-kecil perkara hinggalah hubungan antarabangsa islam ada jalan penyelesiannya. Kembali kepada persoalan yang diutarakan, hukum asal bagi membersihkan bulu kemaluan adalah sunat sebagaimana di ketahui sesuatu hukum boleh beubah dengan perubahan keadaan. Sebagai contoh wajib keatas isteri membuang bulu ari-ari sekiranya ianya diminta oleh si suami mencukurnya. Begitu juga sekiranya si suami jejek dengan bulu isteri. Manakala untuk membuangnya pula, yang paling afdhal mengikut Sunnah Nabi SAW adalah dengan kita mencukurnya. Namun cara lain juga dibolehkan seperti mencabut, menggunting dan lain-lain. Tentang selang waktu pula, Imam Muslim meriwayatkan badis bagaimana Rasulullah mnyebut bahawa sunat bagi kita mencukurnya dalam tempoh 40 hari, Namun sekiranya bulu tersebut cepat panjang, boleh untuk mencukurnya walaupun tidak sampai tempoh 40 hari. Manakala cara mencukurnya pula, kita kendaklah mencukurnya sendiri, dan haram sekiranya kita menyuruh orang lain mencukurnya kecualilah isteri dan hamba perempuan kita. Bulu yang telah dicukur disunatkan supaya kita menanamnya. Begitu juga rambut serta bulu-bulu lain. Wallahukalam |