WAKAF HARTA SIMATI

Soalan :

Assalamualaikum.

Saya ingin mendapat penjelasan ;

1.Apakah hukumnya jika kita mewakafkan wang peningallan si mati atasnamanya ? Adakah ganjaran pahalanya diperolehi si mati tersebut atau orang yangmewakafkannya ?

2. Apakah pula hukumnya pada si mati jika kita mendermakan wangnya kepadabadan-badan kebajikan ?

3 ...Terima Kasih .Salam Ikhlas

Mohd Zamri. AliEmail : zamri@mbox4.singnet.com.sg

Singapura


Jawapan :

1) Rasullullah s.a.w. telah bersabda di dalam sebuah hadis yang bermaksud : “ Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia maka akan terputuslah melainkan tiga perkara : Sedekah jariah , ilmu yang yang memberi manfaat dan anak soleh yang mendoakannya .

Berbalik kepada soalan saudara , apabila seseorang itu meniggal dunia maka secara automatik harta peniggalannya menjadi hak waris selepas dilunaskan hutang dan wasiat yang ditinggalkan . Wakaf yang dilakukan oleh orang yang masih hidup dan bukannya orang mati , sehinggakan orang yang menderita sakit yang dikhuatiri boleh membawa kematian tidak dibenarkan mewakafkan lebih daripada satu pertiga hartanya demi menjaga hak pewarisnya . Oleh itu apabila pewaris mewakafkan harta si mati , maka pahalanya adalah kepada pewaris tersebut kerana harta itu adalah hartanya .

Walaupun begitu sebahagian ulama berpendapat sekiranya ia berniat menghadiahkan pahala tersebut kepada si mati yang telah meniggalkan harta tersebut kepadanya Insya Allah pahala tersebut akan sampai kepadanya .

2) Masalah tersebut adalah sama seperti masalah di atas

Sama-sama .