![]()
|
|
Soalan : |
asalamualaikum warahmatullah saya ingin bertanya..apakah hukumnya memakai minyak atar yg beralkohol..khususnya ketika sembahyang?..jika boleh apakah dalilnya..dan begitu jugasebaliknya? Bolehkah seseorang yang bermazhab(Hanafi misalnya) berimamkan seorang yang bermazhab lain, kerana kekadang ada mazhab lain yang pendapatnya tidak sama dgn mazhab yg dianutinya? alahnaf ibnu ululazmin" <i.alahnaf@mailcity.com> |
|
Jawapan : |
Masalah alkohol. Sebelum menentukan sembahyang sah ataupun tidak, Pertama sekali kita mesti pastikan yang minyak atar itu tidak mengandungi alkohol yang diperbuat daripada bahan najis seperti lemak binatang yang tidak disembelih. Jika alkohol itu diperbuat daripada bahan yang najis minyak atar itu tidak harus dipakai & jika dipakai masa sembahyang maka mesti diqadha sembahyang itu. Jika sebaliknya, maka harus dipakai kerana ia tidak mengandungi bahan yang najis seperti lemak tumbuhan. Inilah fatwa ulama sekarang. Jika minyak atar itu datang dari negara Eropah contohnya, maka dinansihatkan supaya dengan memakainyakecuali yakin ianya tidak mengandungi Alkohol yang tidak diperbuat daripada bahan yang bernajis. Masaalah mazhab. Jika seorang yang bermazhab syafie berimamkan seorang yang bermazhab Hanafi, Jika imam ( hanafi) itu tidak melakukan perkara yang membatalkan sembahyang disisi mazhab Syafie maka sah mengikutnya. Tetapi jika Imam Hanafi itu melakukan perkara - perkara yang membatalkan sembahyang disisi mazhab Syafie maka tidak sah mengikutnya seperti mazhab Hanafi itu tidak membaca fatihah atau menyentuh kemaluannya atau tidak ada tama'ninah. Jadi ringkasnya jika Imam itu tidak melakukan perkara perkara yang membatalkan wudu' dan sembahyang maka sah mengikutinya. Wallahukalam |