![]()
|
|
Soalan : |
Assalamualaikum.... Di sini saya ada persoalan yang dikemukakan.Berkenaan remaja sekarang yang mabuk cinta .Soalannya...Apakah Hukum menyimpan gambar kekasih @ bukan muhrim ?dan hukum bercakap dengan kekasih @ bukan muhrim samada melalui telefon @ direct.Bagaimana cara nak bercakap dengan kekasih menurut persepsi islam? Sila terangkan prosedur-prosedurnya menurut cara islam. Wassalam..... mohd hisham ghazali" <rg_1@hotmail.com> |
|
Jawapan : |
Hukum Menyimpan Gambar Kekasih atau bukan Mahram. Hukum menyimpan gambar fotografi adalah harus selagi mana tidak melanggar aturan yang telah ditetapkan oleh Islam seperti menyembah, membesarkannya seperti orang kafir atau artis gambar yang tidak menutup aurat berkenaan dengan gambar kekasih jika ianya menutup aurat daan tidak lalai atau asyik melihat gambar itu sehingga malanggar syara' maka menyimpannya adalah harus. Hukum berjumpa dengan kekasih. Islam mengharamkan perempuan bersunyi-sunyian atau berjumpa dengan lelaki yang halal berkahwin dengannya seperti didalam perpustakaan taman dan lain-lain. Ini kerana ingin menjaga kehormatan wanita bimbang kalau-kalau berlaku perkara yang menyalahi syara' seperti zina berpegangan tangan dan seumpamanya. Islam tidak mengharamkan perjumpaan ini secara mutlak, malah Islam membenarkan perjumpaan diantara perempuan dan lelaki yang bukan mahram apabila ada bersama perempuan itu mahram iaitu lelaki yang tidak boleh berkahwin dengannya. Kerana hadis riwayat bukhari bermaksud Rasulullah bersabda: Tidak dibenarkan lelaki bersunyian dengan perempuan melainkan ada bersama perempuan itu mahramnya. Hukum bercakap lelaki bukan mahram Cara-cara yang dibernarkan oleh syara': 1. Hendaklah ada bersamanya mahram 2. Tidak bercakap perkara yang boleh menaikkan nafsu lelaki. 3. Hendaklah perempuan itu tidak melembutkan suaranya sekalipun bercakap perkara yang baik. 4. Diriwayatkan bahawa apabila isteri Nabi saw bercakap dengan lelaki mereka meletakkan tangan diatas mulut supaya suara berubah menjadi lebih kasar dan tidak didengari kelembutannya. 5. Dalil diharuskan bercakap dengan lelaki bukan mahram Firman Allah swt mafhumnya: wahai isteri-isteri Nabi kamu tidaklah seperti perempuan-perempuan alain jika kamu bertakwa kepada Allah jangan kamyu melembutkan suara kamu ketika bercakap dengan lelaki sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hati mereka dan ucaplah perkara yang baik. Wallahuaklam |