MEMBACA QURAAN

Soalan :

Assalamualaikum w.r.b

Di sini saya ada 2 kemusykilan yg telah sekian lama tersimpan dalamfikiran:

1) Apakah hukumnya membaca Al-Quran jika kita tidak mengkhataminya dahulu? Saya seorang yg suka membacanya kerana supaya terus dapat di beri hidayah Allah s.w.t. tapi satu ketika dahulu ada seorang ustazah mengatakan jika kita tak khatam Quran, makruh atau haram hukumnya, saya pun tak pasti. Kemudian, saya bertanya lagi kepada ustazah yg lain, dan dia mengatakan yg sama dan menggalakkan saya khatam Quran dahulu. Memandangkan saya tidak ada masa lagi utk berguru, perkara ini telah menghalang saya sementara dari terus membacanya. Namun, apabila saya berbincang dengan kawan saya., mereka berpendapat bahawa perkara ini salah. Oleh itu saya berharap pihak anda dapat menjawab kemusykilan ini dengan jelas.

2) Setakat ini saya hanya mendengar hukum oral seks terhadap pihak perempuan. Adakah sama hukumya apabila kita melakukan oral seks terhadap kemaluan lelaki?

Sekian terima kasih. Wassalam

Noor Baharom

nab6@lehigh.edu


Jawapan :

MEMBACA AL-QURAAN

Soalan 1

Kita digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan al-quraan sebagaimana hadis Rasulullah yang bermaksud: "Bacalah Al-Quraan kerana al-Quraan dapat membEri syafaat kepada orang yang membacanya pada hari kiamat" Riwayat mUslim

Pendapat yyang mengatrakan kita perlu mengkhatamkan dahulu sebelum membacanya adalah tidak tepat. Tidak ada nas Al-Quraan mahupun hadis yang menyatAkan demikian. Cuma pada pandangan saya, apa yang dimaksudkan oleh Ustazah tersebut adalah kita mengkhatamkan al-quraan dihadapan guru mahir tentag ilmu tajwid supaya kita dapat menguasai ilmu tajwid dan dapat membaca al-quraan dengan cara yang betul dan berttepatan dengan bacaan sebagaimana ianya diturunkan oleh Allah Taala. Allah Taala berfirman didalam Al-Quraan : " Bacalah al-Quraan dengan penuh tartil (bertajwid)"

Manakala hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah dimana jika ianya dipelajari oleh seorang maka semua tidak berdosa. Huykum membaca al-Quraan dengan bertajwid pula adalah fardhu ain keatas semua orang islam.

Orang yang membaca al-Quraan dapat digolongkan kepada tiga golongan,

Golongan pertama: Orang yang membaca Al-Quraan dengan pembacaan yang baik, mereka akan diganjari dengan pahala. Bacaannya adalah diambil daripada guru yang mahir yang silsilah pembacaannya sampai kepada Rasulullah SAW dan membacanya dengan sebutan bahasa Arab yang fasih. Golongan inilah yang disebut oleh Rasulullah Saw dalam hadisnya yng bermaksud: "Mereka yang membaca Al-Quraan dan dia mahir membacanya , dibangkitkan pada hari kiamat bersama dengan malaikat yang bernama "As-sufratul kiraam al burdah".

Golongan kedua: Mereka yang di maafkan. Golongan ini terdiri daripada mereka yang lidahnya telah keras yang tidak dapat membaca dengan sebutan yang betul tetapi dia berusaha serta mereka yang tidak ada orang yang sanggup untuk mengajar. Mereka inilah yang disebut oleh Rasulullah SAW didalam hadisnya yang bermaksud: " Mereka yang membaca Al-Quraan sedangkan bacaan tersekat-sekat dan susah untuk membacanya. Padanya dua pahala. Pahala bacaan dan pahala usaha membacanya walaupaun tersekat.".

Manakala golongan ketiga: Golongan yang buruk pembacaannya dan mampu untuk membacanya dengan betul dengan belajar tetapi dia takabbur dan menganggap bacaannya adalah betul. Golongan ini adalah golongan yang berdosa.

Wallahuaklam..

SOALan 2 ORAL SEKS

Rujuk soalan lepas, cuma Isteri melakukan oral seks terhadap suami dari sudut adabnya tidak elok. Biasanya perempuan mempunyai sifatr malu. Ulamak ada menyebut bahawa adab berjimak suami isteri saling tidak memandang kemaluan masing-masing. Ini kerana kalau selalu pandang boleh menjemukan.

Wallahuaklam.