MASALAH BOMOH DAN JIN

Soalan :

Assalamualaikum

1) Bolehkah dijelaskan apakah caranya untuk kita mengetahui perbezaan pengamal perubatan (e.g. bomoh) yang bertentangan dengan ajaran Islam?

2) Saya juga ingin mengetahui tentang makhluk Allah yang sukar dilihat dimata kasar seperti jin, syaitan, dll. Didalam golongan yang manakah orang bunian atau orang halus berada?

3) Saya amat berbesar hati sekiranya diberikan cara cara untuk kita mengatasi gangguan gangguan syaitan, iblis dan makhluk yang jahat.

4) Bagaimanakah caranya (amalan) untuk kita mendapatkan fikiran yang tenang secara total?Terima kasih

haneem <norhanimn@yahoo.com.>


Jawapan :

Walaikumussalam

1) Cara untuk mengenal perubatan yang bertentangan dengan ajaran Islam ialah :-

 - Apabila bomoh itu memohon pertolongan selain daripada Allah SWT.

 - Apabila jampi / mentera yang dibaca jelas bertentangan dengan ajaran Islam , contohnya ialah dengan menukar atau menambah ayat-ayat Al-Quran kerana menukar , menambah atau mengubah ayat Al-Quran adalah satu daripada cara sihir .

2) Jin dan syaitan adalah makhluk yang dijadikan oleh Allah SWT daripada unsur yang sama , iaitu api .(sila rujuk Al-Quran , surah Al-Kahfi ayat 50 @ surah Al- A'raf ayat 12)

Semua keturunan syaitan adalah kafir , berbeza dengan jin yang biasa kita dengar , mereka itu sama macam manusia , ada dikalangan mereka yang Islam , kafir , jahat(fasiq) . Rujuk surah Jin yang biasa mengganggu manusia adalah dari golongan fasik atau kafir. Manakala orang bunian @ orang halus ini berada dalam alam jin @ dari kalangan jin .

3) Cara mengatasi gangguan jin dan syaitan :

Amalkan membaca surah-surah berikut setiap pagi dan petang .

1-Surah Al-Kafiruun (Þá íÇ ÃíåÇ ÇáßÇÝÑæä)

2-Al-Ikhlas (Þá åæ Çááå ÃÍÏ)

3-Al- Falaq (Þá ÃÚæÐ ÈÑÈ ÇáÝáÞ)

4- Annas ( Þá ÃÚæÐ ÈÑÈ ÇáäÇÓ )

5- Ayat Kursi ( áÇ Çáå ÅáÇ Ã ááå )

 dan disyorkan supaya anda beramal dengan bacaan Al- Ma'thurat pagi dan petang sebagai zikir kepada Allah S.W.T.

4) Banyakkan zikir@ingat kepada Allah dan juga selalu membaca Al-Quran dan sebaik-baik sikir ialah membaca Laailaaha illa Allah.

Wallahuaklam