![]()
|
|
Soalan : |
Assalamualaikum Ustaz, Saya
ada dua kemuskilan; Kedua, mengenai riba. Ada satu institusi keewangan yg menawarkan produk pinjaman bercirikan syariah. Institusi keewangan ini (tak perludinyatakan) akan bertindak sebagai orang tengah. Ia akan membeli barang yang saya inginkan (rumah, kereta dsb) terus daripada pemaju atau pengeluar dan kemudian menjual kepada saya dengan akad dan perjanjian menurut syariah. Saya akan membayar kepada institusi keewangan ini beransur-ansur setiap bulan dengan kadar dan tempoh masa yang telah dipersetujui. Harga dalam akad yang ditawarkan kepada saya lebih tinggi daripada harga pasaransemasa dan ia dianggap sebagai keuntungan oleh institusi keewangan tersebut. Persoalannya sekarang menggapa saya harus membeli melalui orang tengahyang menawarkan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran semasa. Adakah ianya berpunca saya tidak ada keewangan yang mencukupi (itulah hakikat sebenar) dan saya terpaksa menggunakan orang tengah yang menawarkanbayaran tertangguh walaupun terpaksa membayar lebih. Sekiranya saya mempunyai keewangan yang mencukupi saya tidak akan menggunakan perkhidmatan orang tengah ini kerana mengapa saya terpaksa membayar lebih. Ustaz bukankahia dikategorikan riba an-nasiah (riba kerana tertangguh)? Saya terpaksa membayar lebih kerana saya akan membayar semula harga barangan yang saya beli pada masa akan datang. Wassalam Hamba Allah UKM |
|
Jawapan : |
Oleh Ust. Ahmad Nazri Dollah Saudara Tamat yang dikasihi , Setiap barangan yang ditinggalkan oleh si mati adalah harta yang menjadi milik pewaris . Di dalam masalah yang disebutkan tadi , hak isteri adalah satu perlapan daripada peniggalan si mati . Sekiranya baju-baju arwah termasuk di dalam satu perlapan daripada miliknya selepas pembahagian , maka dia boleh menghadiahkannya kepada sesiapa sahaja . Jika belum dibahagikan ataupun menjadi milik anak-anak yatim tadi selepas dibahagikan maka baju-baju tersebut tidak boleh dihadiahkan kepada sesiapa . Oleh itu saudara mesti menerangkan kepada isteri arwah kawan saudara supaya ia tidak terjerimus di dalam dosa kerana disebabkan oelh perasaan . 2-Jual beli seperti ini dinamakan Al-Murabahah . Maksudnya , seperti yang disebutkan oleh ulama terdahulu adalah seperti berikut :penjual menjual sesuatu barangan dengan menyatakan kadar keuntungan tertentu daripada harga asal kepada pembeli . Tetapi konsep ini telah dikembangkan perlaksanaanya di dalam bank-bank yang mengunakan nama Islam , kepada cara yang saudara sebutkan . Dan ia tidak di namakan riba An-Nasiah kerana riba An-Nasiah berlaku di dalam barangan riba yang mempunyai illah yang sama ( seperti jual padi dengan gandum , ataupun jual dollar dengan ringgit ) . Ia terjadi apabila akad jual beli telah terjadi , tetapi salah tukaran tidak diserahkan di dalam majlis akad tersebut . Misalnya : Saudara menjual kepada saya U.S 100 dollar dengan harga 400 RM dengan syarat saya membayar 400 RM tersebut selepas seminggu contohnya . Ia juga tidak dinamakan dua jualan di dalam satu jualan .( Al-Baitani fi Baiatun ) kerana ia terjadi di dalam akad . Sebagai contoh : Sebuah rumah sekiranya dibayar tunai berharga RM 130,000 dan secara ansuran ialah RM 150,000 . Sekiranya di dalam akad penjual menyebut : "saya menjual rumah ini dengan harga 150,00 sekiranya dibayar tunai dan 130,000 sekiranya dibayar ansuran , maka ia adalah diharamkan . Tetapi selepas berlakunya perbincangan dan tawar menawar pembeli bersetuju membeli secara ansuran , dan penjual menyebut di dalam akad : saya menjual rumah dengan harga 150,000" tanpa menyebut harga tunai , maka ini adalah tidak mengapa . Permasalahan kita pada hari ini adalah kesempatan yang digunakan oleh sesetengah institusi kewangan untuk mengaut keuntungan berganda di dalam perlaksanaan ekonomi Islam . Ini adakalanya memberi gambaran buruk tentang sistem ekonomi Islam sendiri dan menyebabkan sesetengah umat Islam sanggup bergelumang di dalam riba apabila memilih pinjaman biasa . Wallahuaklam |