![]()
|
|
Soalan : |
Assalamualaikum... Saya ada membaca masalah dari saudara Ahmad Pairous Wafi di dalamarkib Al-Manahil.Soalan saya ialah bagaimana cara untuk memastikan pembuanganair kecil telah bersih dan boleh dibawa solat? Ini kerana apabila air kecil idak dibersihkan degan betul,maka segala ibadat seperti solat tidaksah.Apakah caranya untuk membersihkannya(kencing)dengan cara yang betul? Nama:Rozny UmiKalthom Bt Ahmad |
|
Jawapan : |
Waalaikumus salam , Apabila seseorang telah selesai membuang air kecil , dia disunatkan melakukan " istibra' seperti berdeham dan sebagainya sebelum disucikan dengan air. Ini adalah untuk memastikan tidak ada lagi baki air kecil yang tertinggal . Dan cara yang betul membasuh air kecil ialah dengan menggunakan tangan kiri . Sekiranya menggunakan tisu maka tiga helai tisu diperlukan . Tisu pertama untuk sebelah kanan kemaluan , tisu kedua untuk sebelah kiri kemaluan dan tisu yang ketiga untuk kesemua bahagian kemaluan .Bahagian kemaluan yang perlu disucikan bagi perempuan ialah bahagian yang zahir sewaktu duduk bertinggung .
Wallah huaklam
|