![]() |
KATA - KATA ALUAN GURU BESAR Salam sejahtera. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada guru-guru, Lembaga Pengurusan sekolah dan Persatuan IbuBapa Guru ( PIBG ). Saya berasa bangga kerana guru - guru dan kakitangan sekolah ini telah menunjukkan semangat kerja berpasukan seperti mana yang saya sarankan. Saya harap semangat seperti ini akan berterusan sepanjang masa demi kebaikan semua murid dan guru-guru. Saya juga menyeru kepada guru-guru dan kakitangan bukan mengajar agar sentiasa mengamalkan etika kerja berlandaskan profesion perguruan dan peka kepada perubahan hal ehwal semasa terutama sekali yang berkaitan dengan pendidikan seperti yang disarankan oleh Menteri Pendidikan. Saya ingin mengingatkan para pelajar agar menaganggap sekolah ini seperti rumah sendiri dan guru-guru pula ibarat ibubapa agar wujud suasana pengajaran dan pembelajaran yang harmonis. Selain itu, amalkan sikap saling menghormati rakan-rakan, guru-guru ibubapa dan orang yang tua. Sekian, terima kasih. ( VICTOR YEN AH NGAU ) Guru Besar SRJK ( C ) Yuk Yin, Keningau.