BERITA SMKSB
     
    Perasmian Sekolah 
    (15 Ogps 1998) 
    .
    Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Dato' Sri Najib b. Tun Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia, merasmikan sekolah serta melawat sekitar pameran pendidikan yang diadakan di Dewan Kantin SMKSB
     

    Gotong Royong

    Sempena perasmian, suatu siri gotong-royong telah diadakan bagi menceriakan sekolah.Seluruh  warga SMKSB terlibat dalam kerja  gotong royong ini.  Sesungguhnya semangat gotong-royong dan kerja berpasukan ini adalah suatu ciri tersendiri SMKSB.

    Sambutan Maulidil Rasul (Peringkat SMKSB)
    (9 Julai 1998)

    Kumpulan Al Fauzan
     
    Sambutan di peringkat sekolah telah diadakan sebelah pagi disertai oleh pelajar-pelajar sessi pagi dan petang.  Pelbagai acara diadakan seperti nasyid, deklamasi sajak dan ceramah.  Tema tahun ini ialah 'Kesejahteraan Negara Tanggungkawab Bersama"

    Sukan Permainan
    20 Jun
     

    Sukan Permainan SMKSB tahun ini berakhir pada 20 Jun 1998  dengan acara akhir bola tampar, bola keranjang dan taraik tali.  Johan pada kali ini ialah rumah merah.

    Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
    "Kecemerlangan Guru Tanggung jawab Bersama"
    18 Mei

    Seluruh warga SMKSB meraikan majlis tersebut dengan acara-acara seperti sukaneka, persembahan pelajar, persembahan guru dan penyampaian cenderamata.Majlis tersebut bertujuan mengenang jasa guru di samping mengeratkan silaturahim sesama warga SMKSB

    Hari Bahasa -"Yang Indah Itu Bahasa"
    24 Mac
     
    Berbagai-bagai aktiviti bahasa diadakan seperti syarahan, perbahasan, dan berbalas pantun 
    Tujuannya untuk melatih pelajar supaya lebih berani dan berwibawa serta dapat mempertingkatkan lagi penguasaan Bahasa Melayu
    Hari Bestari &Mesyuarat Agong PIBG
    21 Mac
     

     
     Hari Bestari di adakan sebagai penghargaan kepada pelajar-pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.
    Hari Bestari 98 diadakan serentak dengan Mesyuarat Agong PIBG SMKSB.

     Majlis Penyerahan derma sempena Hari Raya Aidil Fitri
     23 Jan

    Sempena dengan sambutan tersebut, sekolah (melalui sumbangan pelajar, guru dan PIBG) telah memberikan sedikit sumbangan kepada sebahagian pelajar, 
    Sesungguhnya, antara objektif yang ingin dicapai melalui ibadat berpuasa ialah bersyukur, menginsafi diri, bermurah hati serta sanggup memberikan bantuan kepada yang memerlukan.
     

    Keputusan PMR 1997

    Berikut adalah secara ringkas pencapaian pelajar-pelajar PMR '97 SMKSB
    10 orang pelajar terbaik sekolah ialah

      1. Fazlina bt. Jerman
      2. Tumiran b. Mokilan
      3. Noraziana bt. Ahmad
      4. Mohd Zafri b. Mohd Asrore
      5. Mohd Azmir b. Jiat
      6. Rusli b. Arshad
      7. Abd. Halim b. Che Yah
      8. Mohd Zaihan b. Jaafar
      9. Mohd Najip b. Misnan
      10. Siti Hawa bt. Ruslaini.

    Guru - Yang Datang Dan Yang Berpindah

      Berpindah
      1. Pn.Rafeah bt. Basri
      2. Cik Teh Nazhura bt. Hamzah
      3. En. Mohd Nizar b. Asmari
      4. En. Sarawani b. Kaimi (Pengetua)

      Baru
      1. Pn. Zariah bt. Kasdi
      2. Pn. Zuraidah
      3. En. Khairudin Sidek
      4. En.Yaakob b. Sahri (GPK1)
      5. En Hamzah b. Jamil (Pengetua)
      6. Ishak b Saring




      Jentayu mengebarkan sayapnya
                Ogos 1997
                Majalah sulong sekolah ini telah siap dicetak dan diedarkan kepada pelajar-pelajar. Alhamdulillah. Pencapaian ini membanggakan memandangkan ini adalah pengalaman pertama menerbitkan majalah sekolah.Nama 'JENTAYU'' telah diilhamkan oleh pelajar tingkatan 4 Anggun' iaitu saudari Noriah bt. Said. Tahniah kepada sidang redaksi Jentayu yang telah bertungkus-lumus menyiapkan majalah tersebut. Tahniah !!!
    Mereka yang berminat (terutama bekas pelajar) untuk memiliki majalah tersebut, bolehlah berhubung dengan Pn. Nora (03-8798341) 
    Kembali ke MUKA DEPAN