Pengenalan Kepada Kumpulan TM2

    Kumpulan TM2 adalah merupakan salah satu daripada 13 kumpulan peserta yang terdiri daripada 287 orang yang sedang mengikuti kursus sulung 'Kursus Diploma Perguruan Khas' (KDPK) di Institut Perguruan Darulaman, Bandar Baru Darulaman, Jitra, Kedah Darul Aman.

    Pada masa ini terdapat lebih daripada 3000 peserta sedang mengikuti KDPK di institusi dan maktab-maktab perguruan seluruh negara. Di Institut Perguruan Darulaman, terdapat dua kumpulan yang mengambil bidang pengkhususan Teknologi Maklumat (TM) iaitu TM1 dan TM2, masing-masing terdiri daripada 21 dan 20 orang peserta.

    Kumpulan TM2 yang dibentuk pada 1 Julai 1996, memilih satu pendekatan yang agak berbeza daripada amalan biasa. Pengurusan kumpulan ini dilaksanakan berasaskan konsep pengurusan korporat.

    Kumpulan ini dibarisi oleh satu Lembaga Pengarah di bawah naungan Penasihat Kumpulan. (Pensyarah Penasihat)

    Lembaga Pengarah adalah terdiri daripada; Ketua Eksekutif, Naib Ketua Eksekutif, Setiausaha Eksekutif dan Akauntan Eksekutif Kumpulan. Selain itu, Lembaga Pengarah turut dianggotai oleh Ketua-ketua Sektor Sosial & Kebajikan, Agama, Ekonomi, Pendidikan.

    Bersesuaian dengan konsep pengurusan ala-korporat, Kumpulan TM2 telah berjaya menubuhkan beberapa 'anak syarikat' sama ada secara milik penuh ataupun subsidiari. Anak-anak syarikat ini berperanan memberi khidmat sokongan ke arah pengurusan kumpulan.

    Anak-anak Syarikat TM2

    Nama Anak Syarikat Bidang Perkhidmatan Pengurus
  • Institut Sri Padang
  • Pendidikan Tambahan Luar Kampus Habib Che Rus
  • Kolej Sri Uda
  • Bengkel dan Diskusi Ahmad Fauzi Hj. Mohamad
  • TeknoMedia
  • Kerja-kerja rekabentuk, grafik, menerbitkan Buletin TM2 (hardcopy & On-line) serta pengendali Hompej TM2 Ahmad Zuber Mohd Said (Lelabah@spidey)
  • TM2 Assignment Issuing House
  • Mengendali urusan Pengagihan Assignments Noor Azizan Mohd Isa
  • TM2 Electrical Wizards
  • Selenggaraan Peralatan Elektrik Zainal Abidin Said
  • BSTeh & Associates
  • Perakaunan & Pengauditan Teh Bee Suan

    Mungkin, inilah satu-satunya kumpulan kursus yang menjalankan kegiatannya berkonsepkan pengurusan korporat.
    Terserah kepada anda untuk membuat penilaian.


    Sila hubungi kami sekiranya anda ada sebarang cadangan/respons:Ketua Eksekutif TM2: Tel: 700 5893 / 924 2121 (fax) e-mail: spidey@lelabah
    Setiausaha Eksekutif TM2: Tel: 7141194 (fon/fax) e-mail: rohazi@tm.net.my
    PRO TM2: Tel: 733 4836 e-mail: afauzi@hotmail.com