Pengenalan
Cara Berfungsi
Ringkasan Jadual

 
 
 

 

Port selari merupakan salah satu daripada port komunikasi yang amat penting. Ia juga dikenali sebagai 'Centronics Port' kerana hampir serupa dengan port pencetak. Walau pun port sesiri boleh digunakan untuk menghatar data ke sesetengah mesin pencetak, tetapi biasanya port selari digunakan kerana ia mempunyai kelajuan yang lebih tinggi berbanding dengan port sesiri.

Berbeza daripada port sesiri, port selari boleh menghantar beberapa bit melalui lapan dawai selari secara serentak. Ini bermakna ketika port sesiri menghantar satu bait, port selari menghantar seluruh bait pada masa yang sama.

Sambungan selari mempunyai satu kekurangan iaitu voltan dalam talian menyebabkan cakap silang. Cakap silang ialah satu keadaan di mana voltan bocor dan mengalir dalam talian lain. Ia menjadi lebih teruk kepada kabel selari yang panjang. Ini menghadkan sambungan selari kepada 10 kaki.

Oleh sebab kebanyakan grafik dan teks yang mengandungi fon yang boleh dibesarkan atau dikecilkan, maka port selari menjadi satu pilihan yang terbaik. Selain daripada menghantar data dari komputer ke mesin pencetak, port selari juga digunakan untuk menghubungkan dua komputer dan sebagainya.

 

Dalam contoh ini, port selari komputer disambung kepada mesin pencetak.

Isyarat dari persisian seperti mesin pencetak dihantar ke talian 13 (Talian Pilihan) pada komputer untuk memberitahu komputer bahawa mesin pencetak sudah dalam talian dan bersedia untuk menerima data.

Data-data dimuatkan dalam talian 2 melalui talian 9 dalam bentuk voltan tinggi (5V mewakili 1 dan 0V mewakili 0).

Selepas voltan ditetapkan pada semua talian, talian 1 akan menghantar isyarat kepada mesin pencetak bagi satu mikrosaat untuk memberitahu mesin pencetak bahawa ia patut membaca voltan pada talian data.

Isyarat daripada mesin pencetak pada talian 11 memberitahu komputer apabila mesin pencetak terlalu sibuk mengendalikan data yang baru dihantar dan komputer patut menahan daripada menghantar data yang seterusnya sehingga isyarat diberikan. Isyarat sibuk mungkin diberikan kerana mesin pencetak sedang mencetak huruf terakhir atau memasukkan bait terakhir ke dalam penimbal, atau penimbal sudah penuh, atau kertas tersekat atau keadaan lain yang menghalang mesin pencetak daripada terus menggunakan bait yang seterusnya.

Isyarat daripada mesin pencetak pada talian 10 memaklumkan penerimaan data yang dihantar pada talian 2 melalui talian 9 dan memberitahu komputer bahawa mesin pencetak sudah bersedia untuk menerima aksara lain.

Talian 12 menghantar isyarat dari mesin pencetak ke komputer apabila mesin pencetak kehabisan kertas.

Talian 15 digunakan oleh mesin pencetak untuk memberitahu komputer bahawa terdapat sesetengah ralat seperti kepala cetak terjepit, atau panel terbuka.

Isyarat dari komputer pada talian 16 menyebabkan mesin pencetak set semula kepada keadaan asal iaitu sama keadaan seperti baru dimatikan dan dihidupkan kembali.

Isyarat voltan rendah atau voltan sifar daripada komputer pada talian 14 memberitahu mesin pencetak untuk menggerakkan kertas sebanyak sebaris apabila ia menerima kod pengembalian. Isyarat voltan tinggi memberitahu mesin pencetak untuk menggerakkan kertas sebaris apabila ia menerima kod daripada mesin pencetak.

Isyarat daripada komputer pada talian 17 memberitahu mesin pencetak supaya tidak menerima data. Talian ini hanya digunakan pada sesetengah mesin pencetak yang direka untuk dihidupkan dan dimatikan oleh komputer.
 

 

 
 
No. Pin Isyarat  Fungsi 
1 STROBE- Selepas voltan ditetapkan pada semua talian, komputer menghantar isyarat STROBE kepada pencetak melalui talian 1 selama 1 mikrosaat untuk memberitahu pencetak bahawa ia patut membaca voltan pada talian data.
2 Data Bit 0 Merupakan isyarat masukan yang membawa data pada bit 0
3 Data Bit 1 Merupakan isyarat masukan yang membawa data pada bit 1
4 Data Bit 2 Merupakan isyarat masukan yang membawa data pada bit 2
5 Data Bit 3 Merupakan isyarat masukan yang membawa data pada bit 3
6 Data Bit 4 Merupakan isyarat masukan yang membawa data pada bit 4
7 Data Bit 5 Merupakan isyarat masukan yang membawa data pada bit 5
8 Data Bit 6 Merupakan isyarat masukan yang membawa data pada bit 6
9 Data Bit 7 Merupakan isyarat masukan yang membawa data pada bit 7
10 ACK- Isyarat ini juga dikenali sebagai ACKNOWLEDGEMENT. Isyarat pada talian ini dihantar oleh pencetak untuk memaklumkan penerimaan data yang dihantar dari talian 2 hingga 9 dan memberitahu bahawa pencetak sudah bersedia untuk menerima data yang selanjutnya. Iysarat ACKNOWLEDGEMENT dihantar secara automatik apabila pencetak ON-LINE. Pada masa ini, isyarat BUSY berubah dari tinggi ke rendah.
11 BUSY Isyarat daripada mesin pencetak memberitahu komputer apabila pencetak terlalu sibuk untuk mengendalikan data yang baru dihantar dan komputer patut menahan daripada menghantar data yang selanjutnya sehingga isyarat diberikan. Isyarat sibuk mungkin diberikan jika : 
i.  Pencetak sedang memproses data atau mencetak aksara terakhir. 
ii. Kertas tersekat. 
iii. Pencetak OFF-LINE. 
iv. Pencetak dalam keadaan ralat. (ERROR) 
v.   Penimbal (Buffer) penerima sudah penuh.
12 PO Isyarat ini dihantar dari pencetak ke komputer apabila pencetak kehabisan kertas.
13 SLCT Talian ini merupakan talian pilih dan isyarat ini dihantar dari persisian seperti pencetak untuk memberitahu bahawa pencetak dalam keadaan talian(ON LINE). dan sedia untuk terima data. 
Isyarat SLCT tinggi apabila pencetak ON LINE dan rendah apabila pencetak OFF-LINE.
14 Auto Feed Isyarat ini dihantar oleh komputer ke pencetak untuk mengarahkannya menggerakkan kertas. 
Apabila isyarat auto feed ini bervoltan rendah atau sifar, pencetak akan menggerakkan kertas sebanyak satu baris apabila ia menerima kod pengembalian. 
Isyarat voltan tinggi pula memberitahu pencetak untuk menggerakkan kertas sebanyak satu baris apabila ia menerima kod dari pencetak.
15 ERROR- Isyarat ERROR dihantar oleh pencetak ke komputer untuk memberitahu komputer bahawa terdapat sesetengah ralat seperti kepala pencetak terjepit atau panel terbuka, tetapi tidak menyatakan apakah ralatnya. Ralat ini boleh disebabkan oleh : 
i.   Tiada kertas pada pencetak. 
ii.  Pencetak OFF-LINE. 
iii. Overload.
16 INIT Isyarat INIT dari komputer pada talian 16 menyebabkan pencetak set semula kepada keadaan asal sama seperti pencetak dimatikan dan dihidupkan semula.
17 SLCT IN- Isyarat SLCT IN- dari komputer pada talian 17 memberitahu pencetak supaya tidak menerima data. 
Isyarat pada talian ini hanya digunakan pada sesetengah pencetak yang direka untuk dihidupkan dan dimatikan oleh komputer.
18 - 25 GND Talian Bumi.